..

..
Archive for 06/06/10

default

Bukti Mr Bean PAS tak buat kerja di kawasannya , cakap saja lebih

on Sunday, June 6, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments

'' tempat aku dah ada orang lain buat keja, so aku
tak payah amik tau lagi ..dia buat keja aku take
credit dah ....



LANGGAR - Tenang. Begitulah reaksi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar apabila diajukan soalan berkaitan demonstrasi aman oleh 100 penduduk Jabi di hadapan Tapak Pelupusan Sampah Jabi, kelmarin yang menuntut perhatian daripada pihak bertanggungjawab termasuk dirinya agar masalah bau dan ancaman lalat diatasi segera.

Di dalam ketenangan itu, beliau menyatakan terima kasih kepada penduduk yang menyertai demonstrasi berkenaan malah menyifatkan telah membantu usaha beliau yang selama ini terus ‘menekan’ pihak bertanggungjawab terutamanya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk melihat perkara itu secara lebih serius.

Menurutnya, beliau juga difahamkan bahawa Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat juga turut berada di situ dan berkata tidak mahu mengecam sesiapapun tetapi lebih suka melihat kepada arah yang positif.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Haris yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada kerana turut hadir di tapak pelupusan sampah semalam dan demonstrasi itu secara tidak langsung membantu saya untuk terus menekan pihak yang bertanggungjawab agar melihat permasalahan ini secara serius.

“Apa yang dilakukan oleh saya sebelum ini seolah-olah diikuti oleh penduduk yang sudah tidak berpuas hati dengan penyelenggaraan tapak sampah sehingga mendatangkan kesan yang negatif di kawasan itu,” katanya di dalam satu sidang media di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena, kelmarin.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kesabaran penduduk kampung di sekitar Tapak Pelupusan Sampah Jabi meletus apabila kira-kira lebih 100 penduduk mengadakan demonstrasi aman di hadapan tapak pelupusan berkenaan kira-kira sejam sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang menuntut pihak bertanggungjawab mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah bau dan ancaman lalat.

Di sebalik bantahan aman itu juga terselit satu kain rentang yang turut menuntut janji Ali Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang sebelum ini berjanji akan mengambil langkah bagi mengatasi masalah berkenaan sebelum Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas.



Komen PB

Ucapan terima kasih Mahfuz itu jelas membuktikan kepada kita bahawa beliau MP Pokok Sena yang tidak buat kerja . Pirahhh !! Sebenarnya itu cara dia nak cover dirinya tidak buat kerja , konon pergi la buat ucapan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena , Sdr Haris Che Mat kerana membantunya untuk menekan pihak PBT. hahaha lawak betul Mr Bean ni ...

Puak2 ini aku tak percaya langsung cakap depa terutama Mr Bean PAS ini Si Mahfuz ...kalau bab kutuk Najib dan kerajaan ..kita harus ingat inilah orang No 1 akan ke depan belasah UMNO dan kerajaan .

Sekarang kita boleh lihat sendiri bukti siapa yang tidak buat kerja membela nasib rakyat ??

fikir-fikirkan lah .......

default

Tragedi Mavi Marmara buka mata masyarakat dunia dan kemenangan moral kepada negara dan rakyat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap kejadian sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel semasa membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai satu kemenangan moral yang besar kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

Perdana Menteri berkata insiden itu telah mencetuskan satu kesedaran di dunia hari ini mengenai kekejaman rejim Israel sehinggakan dikutuk habis-habisan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat.

"Tentu sekali apa yang dilalui mereka (sukarelawan) bukan saja menyayat hati tetapi akan membuka mata rakyat Malaysia dan dunia terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang selama ini kita baca dan kita tengok melalui kaca televisyen.

"Lepas peristiwa ini, sekurang-kurangnya 12 rakyat Malaysia ini, merupakan kumpulan yang boleh menyatakan melalui pengalaman mereka sendiri betapa zalimnya dan tanpa sebarang perasaan perikemanusiaan ataupun belas kasihan antara manusia sesama manusia sanggup melakukan perbuatan yang boleh kita sifatkan sebagai perbuatan keganasan sebenarnya.

"Apabila sejarah ini ditulis nanti tentu sekali sukarelawan ini dan kumpulan lain serta kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia akan dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada dunia yang telah menggerakkan "consciousness of the world" untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak adil sama sekali selama ini," katanya
.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan kepulangan 12 rakyat Malaysia termasuk dua wakil media yang sebelum ini ditahan Israel selepas kapal 'Mavi Marmara' yang dinaiki mereka untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditawan tentera rejim Zionis itu, di kediamannya di sini pada Ahad.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki, Mavi Marmara yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.

Bernama melaporkan turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Sambil menyifatkan 12 sukarelawan itu sebagai wira negara, Najib berkata beliau sangat bersyukur mereka telah selamat kembali ke tanah air.

"Kita berasa lega hari ini dan saya menanti-nantikan sangat kedatangan sukarelawan kita. Terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman atas kejayaan misi membawa balik sukarelawan kita dan terima kasih kepada kerajaan Jordan dan pihak-pihak lain yang membantu sukarelawan-sukarelawan kita," katanya.

Najib berkata kerajaan akan membantu dengan apa cara sekalipun dan tidak akan lari daripada apa yang boleh disumbangkan supaya perjuangan untuk menegakkan kebebasan, keadilan dan hak asasi manusia tercapai.

"Sebab itulah kita akan ambil tindakan melalui usul yang kita akan bawa pada pagi esok, di Parlimen (Dewan Rakyat) dan saya telah menyatakan bahawa saya tidak mahu kita terhenti dengan usul di Parlimen yang mengutuk regim Zionis itu sahaja.

"Tetapi kita hendak tindakan susulan dalam apa jua bentuk supaya kerajaan Israel sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak boleh diterima oleh dunia atas prinsip kemanusiaan dan atas prinsip menghormati undang-undang antarabangsa," katanya.

Perjuangan untuk membantu rakyat Palestin akan diteruskan biarpun berapa lama supaya rakyat negara itu akan hidup dalam keadaan aman dan bebas sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat pada satu hari nanti, katanya.

Najib berkata kerajaan Israel sepatutnya bukan sahaja meminta maaf tetapi membayar ganti rugi kepada pihak yang menjadi mangsa terhadap keganasan mereka termasuk sembilan orang yang terbunuh pada insiden Isnin lepas.

Perdana Menteri berkata serangan oleh tentera Israel itu jelas merupakan tindakan pencerobohan dan keganasan dan contoh sebenar "bentuk keganasan' yang dilakukan oleh rejim Israel.

"Lebih-lebih lagi kumpulan dalam kapal ini (Mavi Marmara) tidak membawa sebarang senjata tetapi telah diserang dengan cara yang tidak ada rasa kemanusiaan sama sekali dengan menembak menggunakan senjata dari jarak dekat.

"Ini ialah satu pembunuhan kejam yang dilakukan pasukan komando yang telah diarahkan oleh rejim Tel Aviv itu," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad turut mengumumkan sumbangan daripada badan-badan korporat sebanyak US$5,000 masing-masing kepada keluarga sembilan sukarelawan yang terbunuh dalam kejadian itu.-6/6/2010

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.