Archive for 05/23/10

default

Gagal selenggara sistem perparitan , Guan Eng tuduh Perda penyebab banjir di Balik Pulau

on Sunday, May 23, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Dalam isu banjir kilat yang berlaku di Kg Sg Pinang , Balik Pulau pada 19 Mei yang lepas, Guan Eng jelas cuba lepas tangan daripada menyelesaikan masalah penduduk di situ dengan menuduh pemaju projek rumah kos rendah berdekatan kawasana itu iaitu PERDA sebagai punca berlakunya banjir .

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Azhar Ibrahim membidas sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana menyalahkan badan tersebut berikutan banjir kilat yang berlaku di sebuah taman perumahan di Balik Pulau semalam.

Beliau berkata arahan kerajaan negeri supaya Perda menghentikan projek berdekatan taman berkenaan sehingga sistem perparitan diperbaiki hanya akan merencatkan pembinaan rumah untuk rakyat termiskin.

"Bila dihentikan kerja pembinaan 216 buah kediaman kos rendah ini, bermakna ia menyusahkan rakyat untuk memiliki rumah mengikut jadual. Ini menunjukkan dia (Guan Eng) tidak prihatin dengan golongan miskin khususnya orang Melayu, ini kerajaan zalim yang menindas rakyat.

"Sepatutnya dia membantu rakyat dan memudahkan kerja-kerja Perda, sekarang ini dia menyusahkan rakyat,"klik di sini selanjutnya



Bukti tuduhan Guan Eng terhadap Perda adalah bohong


Tuduhan Guan Eng juga turut dibidas oleh Adun Teluk Bahang , Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang melawat sendiri pintu air di sebuah parit di perkampungan nelayan di situ yang menjadi punca berlakunya banjir di kawasan tersebut Selasa lepas. klik di sini

Masalah ini boleh diselesaikan dengan membuat sistem perparitan di sepanjang jalan supaya air boleh masuk ke dalam longkang dan terus mengalir keluar, langkah ini dilihat boleh mengurangkan banjir.

''Jadi, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu selenggara perparitan di kawasan terlibat dengan kadar segera, jangan kerana nak jimat kos atau belanja, maka masalah sebegini pun tak lakukan, ini yang jadi penyebab banjir," katanya.


Sekarang kita dapat lihat siapa yang tak buat kerja dan suka mencari salah orang lain . Guan Eng ingat dengan jimat kos dan duit kerajaan negeri dengan tidak perlu selenggara perparitan boleh menunjukkan contoh kerajaan yang telus dan akautabiliti ??

Dalam isu banjir ini, Guan Eng sebenarnya cuba mencari alasan untuk memberi tekanan terhadap agensi Pusat yang terlibat dalam program pembangunan negeri. Mungkin kerana mahu membalas dendam terhadap kerajaan Pusat dan Ketua Pembangkang PP yang menerajui Perda , kerajaan negeri sengaja mahu menghalang projek2 agensi kerajaan pusat di negeri ini .

Selain daripada mengarahkan supaya Perda menghentikan projek kerja pembinaan 216 buah kediaman kos rendah ini, kerajaan negeri diterajui DAP ini juga sengaja melengahkan untum melulusakn pertukaran status tanah iaitu kira-kira dua tahun daripada kebiasaan yang hanya mengambil masa selama enam bulan untuk diselesaikan.

default

PERKASA cabar Pemuda PAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


MACHANG 22 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Dewan Pemuda Pas mendesak kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang supaya menghapuskan juga lesen judi di negeri terlibat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan itu berasa aneh dengan sikap sayap parti tersebut yang hanya menyalahkan Kerajaan Pusat kerana meluluskan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 tetapi membiarkan premis judi lain terus beroperasi di negeri-negeri pakatan pembangkang.

Menurutnya, sikap pemimpin muda Pas itu juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam memperjuangkan Islam tetapi hanya mahu meraih sokongan politik demi kepentingan peribadi.

“Memang kita sokong dengan bantahan itu, malah Perkasa sendiri telah bertindak lebih awal menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan lesen ramalan bola walau atas apa alasan sekalipun.

“Persoalan di sini ialah kejujuran dan keikhlasan Pemuda Pas itu sendiri. Kalau dia benar-benar jujur, ikhlas untuk membanteras judi, bukan baru sekarang mereka perlu bertindak demikian, sepatutnya mereka juga sudah lama mendesak negeri-negeri yang dipimpin pakatan pembangkang supaya menghapuskan judi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Bicara Perkasa di tapak Pasar Borong Hutan Kuin dekat sini lewat malam tadi.

Semalam, Dewan Pemuda Pas di beberapa buah negeri telah mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mencabar kerajaan negeri supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut sekiranya benar-benar berhasrat untuk menghapuskan kegiatan itu.

Ibrahim berkata, sekiranya Pemuda Pas benar-benar memperjuangkan Islam, mereka akan segera bertindak menghapuskan judi di negeri-negeri pakatan kerana ia di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

“Pas seolah-olah hanya nampak kuman di seberang laut tetapi tidak nampak gajah di depan mata. Saya puji tindakan Pas di Kelantan yang menutup semua premis judi tetapi kenapa langkah sama tidak dilaksanakan di Kedah kerana mereka yang menjadi tunjang kerajaan negeri.

“Ini satu sikap hipokrit, satu sikap berat sebelah. Jadi saya tidak nampak keikhlasan Pas menentang isu lesen judi ini kerana hukumnya haram tetapi lebih menjurus kepada isu politik,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, tindak tanduk Pas hari ini menunjukkan mereka hanya menjadi ‘keldai’ kepada DAP sehingga sanggup meninggalkan perjuangan asal iaitu menegakkan syiar Islam semata-mata mahu mencapai cita-cita politik.

Katanya, pemimpin Pas tanpa segan silu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu berkempen dengan menggunakan isu kalimah Allah sehingga mencemarkan kesucian agama Islam.

“Kita boleh lihat dalam isu kalimah Allah, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah tetapi timbalannya, Datuk Dr. Haron Din berpendapat sebaliknya.

“Orang bukan Islam akan melihat kecelaruan di antara ulama Islam sendiri dan akhirnya mereka tidak lagi menghormati agama suci ini,” katanya.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.