..

..
Archive for March 2010

default

Ini lah dia Calon PKR " Saya pun Melayu "

on Tuesday, April 13, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Akhirnya telah sah la Anwar bin Ibrahim telah memilih Zaid Bin Ibrahim sebagai Calon PKR P94 Hulu Selangor . Katak dari Kelantan yang suka lompat ini juga menjadi pilihan Anwar dan PKR dengan mengetepikan calon muda iaitu Shamsul Iskandar Ketua AMK PKR .

PB cukup bersimpati dengan Shamsol Pendek tidak dipilih sebagai calon oleh Bang Nuar walaupun pelbagai usaha beliau untuk support Anwar hinggakan sanggup membuat demo dulu selepas solat Jumaat di Masjid Seberang Jaya dengan banner yang best iaitu " We Love Anwar "

banyak pihak yang memberi pandangan mengenai nama Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon PKR dan ulasan dari blog GAP cukup menarik kerana salah seorang master mind memilih Zaid adalah Azmin Ali !! klik di sini

Pandangan PB mengenai pemilihan Zaid sebagai calon adalah bukan sahaja bola tanggung untuk SMASH tetapi juga sepakan penalti untuk ditendang saja masuk dalam pintu GOAL !!

Zaid memang terang lagi jelas bahawa bukan berasal dari IC Selangor tetapi dari negeri Kelantan . Beliau bukan anak jati Hulu Selangor dan ini menunjukkan orang luar yang cuba mencuba nasib di tempat orang. Lagi satu beliau juga boleh digelar pemimpin katak kerana terang-terang melompat dari UMNO ke PKR .

Zaid juga memang dikenali ramai dan juga pemimpin UMNO sebagai KAKI #*#^*# maklum lah orang guaman dan boleh dikategori Melayu elit . klik di sini

Malah pemimpin UMNO seperti Datuk Shahrir Samad menyambut secara sinis apabila nama Zaid disebut calon PKR Hulu Selangor dengan menyifatkan Zaid adalah golongan Melayu elit yang ada serba -serbi termasuk hobi-hobi luar biasan dan istimewa .



“Dia boleh jadi jaguh PKR. Pilihanraya kecil ini akan jadi pertembungan antara atap genting dengan atap rumbia,” kata Shahrir yang juga bekas menteri.




Di kem PKR pulak , keputusan Anwar yang memilih Zaid Ibrahim sebaga calon juga tidak dipersetujui oleh MP -MP PKR sendiri dan kini PKR telah berpecah kepada 3 kumpulan .

klik di sini MStar ... "Satu, yang menyokong Zaid sepenuhnya sementara kedua, 'tidak akan bekerje kuat memasikan kemenangannya manakala kumpulan ketiga ialah yang akan mengsabotaj bekas ahli Umno itu dengan menggantikannya dengan calon pilihan mereka selain akan memecahkan undi kepada pembangkang "

Ini membuktikan kepada kita masalah dalaman yang berlaku dalam PKR menjelang PRK Hulu Selangor ini . Ada sumber menyatakan ini merupakan " good time "untuk Azmin 'bunuh' karier politik Zaid yang dianggapnya sebagai pesaing yang menyusahkan beliau sahaja dalam PKR .

Zaid Ibrahim , welcome to War Zone Hulu Selangor !!

default

200 ahli PKR keluar parti !! Adun Kulim cakap tak serupa bikin ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hampir 200 anggota PKR cawangan Taman Tunku Putra Kulim keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru BN iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu. Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

ADUN PR kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai BN kepada Pengerusi Barisan Nasional Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra hari ini.




"Cakap tak serupa bikin " .. itu lah ungkapan terbaik untuk Adun Kulim Lim Soo Nee yang selalu mengkritik pemimpin lain tidak turun padang tetapi kawasannya sendiri pun tak dijaga. Dulu beliau lah antara geng PKR yang menambah cerita untuk melakukan " Character murder " terhadap YB Bebas Zulkifli Nordin dengan menunjukan bukti SMS yang disimpan selama 2 tahun . Malah Lim Soo Nee juga lah yang orang PKR yang kuat dan lantang mengkritik YB Zulkifli tidak pernah turun padang ke kawasannya selepas keluarnya beliau dari PKR ke BEBAS.


Hari ini dalam sinar harian pun , beliau juga turut mengkritik Adun BN Kuala Nerang kononnya main politik kerana berhasrat menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi meminta kenaikan gaji kepada majikan mereka iaitu Kumpulan Ladang-Ladang Kedah Sdn Bhd berikut harga getah kini mencecah RM 4.70 sekilogram .


Artikel di atas ini mendedahkan cerita sebenar siapa Lim Soo Nee dan pendedahan didedahkan sendiri oleh ahli PKR seramai 200 di Tmn Tuanku Putra yang telah keluar parti beramai-ramai. Alasan utama mereka keluar adalah kerana kecewa dengan kepimpinan parti PKR dan Adun PKR Kulim yang tidak pernah turun padang ke kawasan mereka selepas 2 tahun menang.


Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri, Lim Soo Nee yang suka sangat mengkritik orang lain akhirnya dimalukan sendiri oleh ahli-ahli PKR sendiri . Baru saja dilantik menjadi Exco Negeri tetapi rupanya

pemalas turun padang ....




default

PENANG BANGKIT : BACA HANSARD INI UNTUK MENGENALI SIAPA SEBENARNYA KHALIFAH GUAN ENG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Klik gambar untuk imej lebih besar



Inilah kenyataan dari khalifah Lim GE yang menjadi pujaan seluruh pengikut ajaran Pas. Apabila Lim GE mengatakan;

"Di sini saya ingin menegaskan bahawa DAP mepunyai rekod 26 tahun menentang perlaksanaan Undang-Undang Islam"

Kini sudah 18 tahun berlalu, bermakna sudah 44 tahun DAP menentang perlaksanaan Undang-Undang Islam.

Pas pula yang kononnya ingin menegakkan undang-undang Islam di negara ini kini terpaksa "sujud" dikaki DAP hanya semata-mata kerana ingin menumpang kuasa.

Jika kini Pas mengatakan bahawa Lim GE dan DAP telah berubah menyokong undang-undang Islam, buktikannya kepada rakyat !

Pas lah yang dilihat sejak kebelakangan ini mengenepikan fahaman Islam mereka hanya semata-mata mahu mengambil hati puak-puak kafir harbi DAP.

Kini banner-banner Pas dan juga slogan Pas juga tidak lagi berani menunjukkan mereka itu sebuah parti Islam kerana mematuhi kehendak DAP yang menolak ciri-ciri Islam didalam negara.

Jika dulu ulamak politik Pas mengeluarkan fatwa bahawa bekerjasama dengan kafir adalah kufur, tetapi kini ulamak politik Pas terpaksa menjilat kembali kahak yang mereka ludahkan apabila mereka menjalin hubungan istimewa dengan DAP.

Barisan komponen kafir didalam BN tak pernah menghalang setiap keputusan mengenai syariat Islam dijalankan didalam negara. Tetapi DAP secara terang-terangan menolak penubuhan negara Islam malah tak langsung mengiktiraf sistem perundangan Islam di Malaysia.

Inilah kafir harbi yang Pas jadikan sekutu untuk menumbangkan kerajaan yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam di Malaysia.

Pas kini bukan lagi sebuah parti yang mahu memperjuangkan Islam, tetapi Pas kini lebih kepada sebuah parti yang tamakkan kuasa dan juga gilakan populariti.

Selagi Pas berterusan mendampingi KAFIR HARBI seperti DAP, selagi itulah semangat Islam Pas akan dilacurkan oleh puak-puak munafiqeen itu demi kepentingan peribadi mereka.


sumber : pusaka ayahanda



SYABAS KEPADA RAKAN BLOGGER OTAI IAITU PUSAKA AYAHANDA KERANA BERJAYA MENDAPATKAN HANSARD UCAPAN KHALIFAH UMAR ABD AZIZ PAS . MELAYU PP HARUS MENGETAHUI SIAPA GUAN ENG INI SEBENARNYA DAN SIKAPNYA JELAS SEORANG YANG CHAUVINIS ,ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM !!


default

Waris kesal AJK Masjid , mana Exco Agama Malik Kassim ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


SAZALI bersama bapanya, Ariffin Jaafar melihat tanda nama pada longgokkan batu nisan yang ditempatkan semula di tanah perkuburan di Masjid Kubang Buaya di Butterworth, semalam.


BUTTERWORTH 12 April - Waris jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kubang Buaya di sini kesal dengan tindakan kontraktor yang membuang batu nisan di tepi Pantai Bersih di sini.

Dalam pada itu, mereka turut kesal dengan tindakan jawatankuasa masjid di situ yang mengupah kontraktor terbabit membersihkan kawasan perkuburan berkenaan tanpa berbincang dahulu dengan penduduk.

Arifin Jaafar, 67, berkata, tindakan membuang batu nisan itu di pantai tersebut nyata tidak peka dengan sensitiviti keluarga jenazah yang dikebumikan di situ.

"Ramai ahli keluarga saya termasuk isteri dikebumikan di sini dan saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan batu nisan itu.

"Saya sedih dengan kejadian ini dan berharap agar pihak jawatankuasa masjid bertanggungjawab atas apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di kawasan kejadian hari ini.

Dalam pada itu, Arifin juga mahu pihak jawatankuasa masjid memastikan supaya perkara seperti itu tidak berulang dan berbincang dengan pihak waris sebelum mengambil sebarang tindakan.

Semalam, lebih 60 batu nisan dijumpai oleh nelayan dalam timbunan tanah di tepi Pantai Bersih.

Tanah tersebut dilonggokkan di kawasan itu bagi menambak kawasan laut berhampiran restoran makanan laut di situ beberapa hari lalu.

Seorang lagi waris, Jamil Dalma, 51, berkata, kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku di tempat yang dianggap mulia oleh orang Islam.

"Saya harap pihak jawatankuasa masjid dan kontraktor terlibat memohon maaf kepada waris atas kejadian yang berlaku ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kes tersebut dianggap selesai selepas kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembersihan tapak perkuburan itu mengakui kesilapan mereka.

"Mereka mengakui kesilapan pekerja yang menguruskan batu-batu nisan itu ketika menjalankan kerja pembersihan tapak untuk membina jalan dan menggantikan batu nisan baru minggu lepas.

"Saya berharap tiada sebarang spekulasi dibuat mengenai kejadian ini dan semua pihak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku," katanya.

default

P94 Hulu Selangor : Pemuda BN akan gegarkan Hulu Selangor

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


default

P94 Hulu Selangor : Calon Melayu PKR pun tak guna sekupang

on Monday, April 12, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKR tidak meletakkan faktor bangsa sebagai kriteria penting dalam memilih calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri berkata parti itu hanya memilih calon yang “terbaik” yang dedikasi, bekerja keras untuk kebaikan penduduk dan pengundi di kawasan parlimen tersebut.



Khalid Ibrahim buat lawak lagi. Ini saja yang termampu dijawab oleh Khalid bagi mematahkan cabaran supaya PKR meletakkan calon bukan melayu yang dilemparkan oleh Ahmad Maslan.

Satu negara sudah tahu dengan kemelut didalam PKR hingga menyebabkan wakil-wakil mereka "melompat" kesana-sini akibat dari tak puas hati dengan pengurusan parti.

Khalid Ibrahim nak bohong apa lagi? Memang PKR tak mementingkan faktor bangsa didalam parti mereka. Sebab itulah Zahrain, Fairuz dan Zul Kulim tak terbela didalam PKR akibat dibuli oleh cina cauvinist DAP.

PKR memang tak mementingkan faktor bangsa. Sebab itulah Mansor dan Malik hanya menjadi boneka tunggul kayu di P.Pinang. Melayu dinegeri itu merempat dan membangsat tanpa ada pembelaan dari pemimpin melayu PKR yang berkongsi kuasa dengan kafir DAP.

Jadi, walaupun di Hulu Selangor nanti diletakkan calon melayu dari PKR, ianya akan tetap menjadi balaci kepada DAP Selangor seperti yang terjadi kepada wakil-wakil PKR Selangor lainnya.

Ronnie Liu tetap akan berkuasa, Xavier tetap akan bermaharajalela, Teressa kok masih lantang bersuara dan Tian Chua tetap akan "menjadi raja" dijalanraya.

Wakil melayu PKR buat apa? Hanya menganga makan elaun buta saja.

sumber : pusaka ayahanda

default

Bahasa Kebangsaan dianaktirikan di PP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Poster ini dikirim oleh pembaca blog Pisau.net, sikap tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati bahasa kebangsaan puak DAP sosialis, pihak penganjur iaitu pihak kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.

YB Teh Yee Cheu,Yb Ng Wei Aik,Yb Yeoh Soon Hin cukup terkenal dengan sikap ultrakiasu dan chauvanist.Inilah sikap DAP Sosialis.

Untuk pengetahuan pembaca,pengunaan bahasa cina digunakan secara meluas,malah didalam mesyuarat exco Guan Eng turut bertutur didalam bahasa cina,malah menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan bukan cina didalam mesyuarat tersebut.

Mereka tidak menghormati bahasa kebangsaan,sikap mereka cukup jelas tidak langsung memandang perkara perkara yang berunsurkan melayu,jika boleh tidak mahu langsung memandang kepada melayu kerana berasakan jijik.

Tetapi saat mahukan undi,melayu melayu inilah yang akan memberikan undi kepada mereka,penjilat tegar Guan Eng akan mengankat beliau bagaikan dewa yang turun dari langit yang harus dijunjung.

Sedarlah melayu hanya bangsat dan paria dimata mereka,Pisau hanya menceritakan keadaan realiti sebenar, sedarlah kamu wahai bangsa ku.Jangan hanya kerana berbeza fahaman politik hati kamu tertutup dengan realiti yang sebenar.

sumber : pisau.net



Komen PB

PB yang bekerja di sektor swasta di bawah bos berbangsa Cina , dia tidak pun menggunakan bahasa Cina ketika bercakap di depan Melayu . Ini pulak sebuah kerajaan negeri yang menjadi pemerintah kepada semua bangsa di negerinya bukan saja kaum Cina . Jadi benar lah apa yang Zahrain cakap yang Guan Eng ini seorang yang berfikiran chauvinis .

Orang Melayu harus sedar, jangan lagi diperbodohkan oleh puak2 ultra kiasu ini semua . Mereka hanya akan mai cakap bahasa kebangsaan bila mahu tarik undi Melayu seperti di dalam ceramah2 dan berkempen .

default

Kerja siapa ini ??? Kubur umat Islam dimusnahkan , batu nesan dibuang seperti sampah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PULAU PINANG, 12 April — Sebanyak 110 batang batu nisan lama ditemui bersama longgokan tanah di Bagan Ajam, Butterworth semalam.

Seorang pemancing menjumpai batu nisan tersebut pada pukul kira-kira 11 pagi tadi ketika sedang berjalan menuju ke Pantai Bersih di kawasan Bagan Ajam, untuk memancing.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata seorang pemancing telah membuat laporan polis setelah menjumpai 20 batang batu nisan bersama longgokan tanah di Pantai Bersih, Bagan Ajam.

“Polis bersama dengan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bergegas ke tempat penemuan dan mendapati terdapat lebih kurang 110 batang batu nisan lama di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang akhbar bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati batu-batu nisan lama tersebut dibuang dari sebuah masjid berhampiran kawasan Kampung Gajah, Permatang Pauh, selepas kerja-kerja pembersihan untuk membuka jalan di kawasan itu.

“Kami telah mengambil keterangan daripada imam (masjid tersebut) dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan masjid tersebut,” katanya.

Tambahnya syarikat tersebut mengaku telah membuat kerja-kerja pembersihan di masjid tersebut tetapi tidak pasti ke mana pekerjanya melonggokkan sampah dan batu-batu nisan lama itu. — Bernama



Komen PB


Apa sudah jadi di PP ini ??? Apa kejadahnya batu-batu nisan di tanah perkuburan Islam ini dibuang seperti sampah seperti ini ??


Kontraktor cap ayam mana buat kerja bodoh dan kurang ajar ni ?? Kalau ya pun nak bersih masjid untuk pembukaan jalan , pasepa pi buang habis tanda batu nisan di kubur waris qariah itu semua ??


Sepatutnya pihak qariah masjid itu perlu memantau kerja -kerja pembersihan ini ... tetapi nak buat lagu mana , nasi sudah jadi bubur...

Tindakan harus diambil ke atas pihak syarikat terbabit ...




default

MEB miliki roh Dasar Ekonomi Baru

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR 11 April - Kebimbangan dan rasa cemas kaum Melayu dan bumiputera terhadap Model Ekonomi Baru (MEB) sebenarnya tidak berasas kerana ia masih memiliki 'roh' Dasar Ekonomi Baru.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin (gambar) berkata, MEB masih lagi meneruskan agenda pembasmian kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat di Malaysia, cuma cara pelaksanaannya sahaja yang baharu.

Katanya, Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) sedar kaum Melayu dan bumiputera cemas dan skeptikal tentang MEB kerana model ekonomi itu tidak menyatakan kuota 30 peratus dalam pemilikan ekonomi, sebaliknya memperkenalkan meritokrasi dan ketelusan.

Jelas beliau, kebimbangan itu lahir kerana kaum Melayu berasa masih tidak selamat dalam ekonomi kerana sasaran ekuiti 30 peratus masih belum tercapai walaupun sudah 40 tahun.

Dr. Mahani berkata, kebanyakan orang Melayu dan bumiputera sangat bimbang dengan tindakan memperkukuhkan (affirmative action) yang diperkenalkan dalam MEB kerana ia berdasarkan merit.

"Pada pandangan mereka, merit berdasarkan persaingan antara kaum Melayu dan bukan Melayu sedangkan di kalangan kaum Melayu itu sendiri perlu bersaing di atas tiket merit untuk mewujudkan kaum Melayu yang lebih baik,'' tambah beliau.

''Rasa cemas itu timbul kerana mereka belum memahami pengisian dan maksud yang terkandung dalam MEB. Mereka anggap MEB sebagai ekonomi terbuka dan sama rata.

''Mereka lupa, rangka MEB ini sebenarnya masih berlandaskan kepada Artikel 153 Perlembagaan

''Saya sendiri secara peribadi melihat rangka MEB ini sebagai dokumen politikal ekonomi dan pelaksanaannya perlu ada penerimaan politikal ekonomi,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Dr. Mahani menambah, MPEN merangka MEB dengan tujuan untuk melakukan transformasi dalam ekonomi termasuk mewujudkan pertumbuhan yang tinggi, mampan dan terangkum.

Ini bermakna, pertumbuhan ekonomi bukan sekadar melihat kepada Keluaran Dalam Negara Kasar semata-mata tetapi lebih daripada itu.

Tegas beliau, draf MEB dirangka dengan pendekatan baru yang lebih luas untuk memartabatkan kaum Melayu dan bumiputera yang masih berpendapatan rendah.

''Kita tidak menafikan DEB telah mencapai banyak kejayaan khususnya di bidang pendidikan. DEB berjaya melahirkan kelas profesional Melayu, kelas Melayu pertengahan dan usahawan.

''Tetapi kalau kita lihat daripada aspek keadaan ekonomi Melayu, masih ramai kaum ini bergaji kecil meskipun kerajaan berjaya membasmi kemiskinan mutlak, tetapi masih wujud kemiskinan relatif.

''Masih ada orang Melayu yang kais pagi makan pagi, masih ramai yang makan gaji kurang RM1,500 sebulan. Golongan inilah yang patut kita bantu, tingkatkan taraf mereka supaya boleh beralih kepada golongan pertengahan,'' katanya.

Menurutnya, draf MEB memberi fokus untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli di kalangan 40 peratus masyarakat Malaysia yang masih miskin, majoritinya kaum Melayu dan bumiputera.

''Jadi, sudah sampai masanya kita melihat penstrukturan, bukan lagi kuota ekuiti, kontrak kerajaan tetapi pegangan dari segi hartanah, jawatan pengurusan, pembabitan dalam sektor swasta dan harta intelek,'' tambah beliau.

Menjelaskan perkara itu, Dr. Mahani berkata, dalam DEB, kerajaan memberi penumpuan kepada pegangan ekuiti kepada golongan usahawan dengan harapan limpahan akan diagihkan kepada kaum Melayu yang lain.

Bagaimanapun, katanya, sedar atau tidak, kesan gandaan yang diharapkan selama 40 tahun itu tidak meluas dan kurang berjaya.

''Sebab itu dalam MEB kita mahu meningkatkan pendapatan bumiputera dalam skop lebih luas, tidak hanya melalui perniagaan tetapi perlu menumpukan kepada golongan makan gaji yang majoritinya golongan Melayu dan bumiputera,'' tambah beliau.

Ditanya mengapa penerimaan MEB yang dingin di kalangan kaum Melayu dan bumiputera, Dr. Mahani berkata: ''Ini kerana, minda mereka telah terarah kepada pemilikan ekuiti, kontrak kerajaan dan bantuan kewangan''.

''Melalui MEB, kita mahu mengubah konsep untuk meningkatkan kehidupan kaum Melayu dan bumiputera melalui cara yang lebih baik selain amalan sebelum ini,'' kata beliau.

Menurut beliau, orang Melayu dan bumiputera perlu sedar, kaum itu kini sudah mempunyai pelbagai kategori.

''Ada kaum Melayu dan bumiputera yang kaya, profesional, dalam kelas menengah, usahawan berjaya dan ada yang masih terkial-kial, yang pendapatan rendah dan miskin.

''Golongan Melayu yang global pula mahukan dasar baru kerana mereka sudah tidak memerlukan tongkat, yang bawah pula perlukan pertolongan bentuk lain.

''Profil orang Melayu sudah jauh berubah berbanding pada zaman 1970an. Tetapi sayangnya perkara itu tidak fahami oleh orang Melayu sendiri,'' jelas Dr. Mahani.

Tambahnya lagi, Malaysia tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama seperti 40 tahun lalu dan perlu mencari jalan keluar yang lebih berkesan.

''Kalau 40 tahun tidak berjaya, sekiranya kita meneruskannya juga, sudah pasti kejayaan memang sukar dicapai. Sebab itu kita perlu mencari cara baharu,'' ujarnya.

Berikutan itu, katanya, MPEN menggunakan pendekatan pendidikan yang dilaksanakan dalam DEB dengan memberi fokus lebih luas kerana ia telah terbukti berjaya.

Mengulas mengenai hasil kejayaan MEB, Dr. Mahani berkata, ia bukan boleh dilihat dalam jangka pendek kerana kek ekonomi Malaysia semakin membesar dan rakyat perlu meningkatkan usaha dan keupayaan untuk merealisasikannya.

default

Nik Aziz dan perjanjian syaitan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments







Di petik dari blog KICKDEFELLA

SILA KLIK DI SINI


“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan ingin mendampingi.

Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.


Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’ antara PAS-DAP.

Tok Guru Haji Lah Geting


‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan.

Penentangan yang dari Tok Guru Haji Lah adalah berdasarkan ‘kesesatan demi kesesatan Nik Aziz’ yang dianggapnya sanggup ‘memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu.’

Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,

Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.
Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,

“Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. “Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

Hari ini diatas kelantangan Tok Guru Haji Lah menentang ‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tok Guru Haji Lah juga turut menulis,

“Saya amat yakin perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika dibawah kerajaan boneka DAP. “Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala PAS mengikut membabi-buta sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

(Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan perenggan terakhir di atas tetapi saya siarkan pandangan Tok Guru Haji Lah kerana dari beberapa aspek tetap ada kebenarannya. Bagaimanapun saya yakin dan masih melihat tidak kesemua di dalam PAS yang mengikut membabi buta DSAI. Namun begitu mereka terpaksa menurut dan menjadikan keputusan jemaah untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi mengelak perpecahan dan kemusnahan PAS).

Kita tinggalkan dulu tulisan Tok Guru Haji Lah sehingga saya berpeluang untuk menemuramah beliau untuk blog ini, dan kembali kepada kenyataan-kenyataan Nik Aziz sendiri.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.

Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.
Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,

“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka.

Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,

“Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir.
Bagaimanapun beberapa bulan sebelum itu iaitu pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,

“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.

Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,

Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

Tetapi kata-kata Nik Aziz berubah-ubah mengikut khalayaknya kerana sebelum itu pada 24 Januari 1999 Nik Aziz memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, kata Nik Aziz,

“Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam? Adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Nik Aziz yang ingin menolong DAP atau di dalam bahasa Nik Aziz, Islam yang menolong kafir apabila Nik Aziz berkali-kali mempertahankan DAP.

Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,

“PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…

Lantaran pada 6 November 1999, Nik Aziz berkata lagi,

“PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

Kenyataan Nik Aziz ini ternyata amat berbahaya kepada Masyarakat Islam kerana di dalam Pakatan Rakyat hari ini, PAS adalah parti yang minoriti. Oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh mendabik dada membuat syarat kepada DAP.

Saya tidak dapat salahkan Tok Guru Haji Lah apabila pada pandangan beliau yang tinggi ilmu agamanya menyelar Nik Aziz sebagai sesat, kerana pada 23 April 1994, Nik Aziz telah berkata,

“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.

Dan pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz berkata,

DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam…
Di dalam kerakusannya untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusannya menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan Nik Aziz sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-rubah rupa bentuk dan warnanya. Di dalam bahasa Kelantan ia dipanggil Pok Kor.

Yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi Pok Kor Angguk. Yang akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa. Dan akan menganggukkan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di Dewan Rakyat di dalam Pakatan Rakyat.

Gemullah Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah sewaktu hidupnya juga seperti Tok Guru Haji Lah Pondok Geting gelisah dengan pendirian Nik Aziz yang sering bagi para Tok Guru terlalu mempolitikkan agama atau dengan bahasa kasarnya, menjual agama untuk menghalalkan politiknya.

Kegelisahan itu menjadi-jadi bila Nik Aziz secara terbuka berkata sanggup berkawan dengan Syaitan, berkata Allah gedebe atau samseng, Allah mencarut di dalam Al Quran dan lain-lainnya contohnya bila Nik Aziz berkata adalah halal untuk makan tupai.

Saya membaca kembali transkrip ucapan Nik Aziz ketika beliau berkata Allah mencarut di dalam Al Quran ternyata di dalam menghalalkan penggunaan kalimah ‘p***mak’ oleh Shahnon Ahmad di dalam buku Shit, Nik Aziz telah mengelirukan khalayaknya dengan menyamakan definisi mencarut atau di dalam bahasa Kelantan sebagai ‘menyapung’ adalah sama dengan tafsiran bagi ungkapan maki hamun.

Di dalam menghalalkan segala aspirasi politiknya, Nik Aziz telah tergamak memanusiakan Allah SWT. Nik Aziz mewarnakan sifat-sifat Allah yang Esa dengan sifat-sifat manusia.

Bahkan Nik Aziz berkata pada 29 April 1999,

Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri. “Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

default

Cerita orang UMNO tak ikut cara Islam dan PAS 2 X 5

on Sunday, April 11, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


oleh spy leman

Ada seorang hamba Allah bertanya kepada Spy sewaktu spy dan beberapa orang sahabat sedang asyik pekena nasik ayam di traffic light Sg Choh,

"Orang UMNO ni bolehkah diterima dan dikategorikan sebagai seorang Islam?".

Terkejut jugak Spy..., apa motif dia ni sebenarnya bila tanya macam tu?

Spy tanya dia balik, "Orang UMNO ni, di mana yang syeikh nampak tak Islam?" Selamba saja dia jawab, "kerana orang UMNO tak ikut apa yang Islam suruh!"

Aduhhh. Hilang selera makan spy macam ni. Kenapa lah mamat ni time makan pun nak bercakap soal politik jugak? Dah tu..., soalan bertaraf gampang pulak tu yang ditanyanya.

Nasib baiklah muka dia ala-ala Po'e yang menjadi artis pujaan spy dulu, kalau tak maunya spy sumbat je dengan tulang ayam mulut longkang dia tu.

Spy kata kat hamba Allah ni, "didalam negara ni, siapa yang ikut macam Islam suruh? Contoh yang paling kecil ialah, Islam telah menetapkan hukuman bagi pencuri ialah potong tangan.

Mengapa kerajaan negeri Kelantan yang mengaku Islam itupun masih tak berani nak laksanakan hukuman Islam walau ulama-ulama Pas disitu mengaku mereka merupakan pengamal Islam yang terbaik?".

Nak tau apa yang syeikh ni jawab? Dia kata, "Kerajaan negeri Kelantan tak buat hukuman potong tangan pasal Kerajaan Pusat tak bagi".

MasyaAllah !! Spy terus kata kat dia, "syeikhhhh..., apa kata lepas ni semua orang Pas tambah lagi satu didalam rukun iman iaitu PERCAYA KEPADA KERAJAAN PUSAT ! Ulama-ulama Pas ni takut kepada Allah ataupun takut kepada Kerajaan pusat?"

Sepatutnya, Kerajaan Negeri Kelantan laksanakan hukuman "hudud" yang sebelum ini mereka war-warkan semasa Pilihanraya.

Potong saja tangan orang yang mencuri di Kelantan dan sebat atau rejam sahaja mereka yang berzina di negeri tersebut jika ulama-ulama Pas yang mentadbir Kelantan benar-benar ikut apa yang Islam suruh.

Buat apa nak takut kat Kerajaan Pusat. Siapa lagi besar, Suruhan tuhan atau Kerajaan Pusat? Kerajaan Pusat bukannya boleh tentukan sama ada kita ke syurga ataupun neraka.

Pas di Kelantan sepatutnya tunjukkan kepada negeri-negeri lain bahawa mereka telah berjaya melaksanakan pemerintahan mengikut apa yang Islam suruh. Barulah mereka boleh mengaku bahawa mereka itu lebih Islam dari yang lain.

Kat sini saja sudah nampak bahawa semua manifesto Islam didalam Pas hanya janji-janji politik semata-mata. Semua nya bukan kerana ugama pun. Kalau betul-betul kerana ugama, lama dah dilaksanakan undang-undang Islam di negeri-negeri yang dikuasai Pas."

Hari ni, pusat hiburan di Kelantan tak ada pun yang ditutup. Kedai nombor dan kedai jual arak tetap dibuka macam biasa. Untuk bukan Islam kononnya. Jadi apa bezanya Kerajaan UMNO dan juga kerajaan negeri Pas?

Bahagian rasuah pun sama jugak. Tuan Guru Nik Aziz pi buat Haji langsung tak guna duit poket dia sendiri. Dia sendiri mengaku ditaja oleh tokey-tokey di Kelantan. Tokey balak atau tokey lain, tak tahulah spy tapi rasuah tetap rasuah jugak.

Cuma nak bagi sedap dengar, Tuan Guru ubah sikit panggilan rasuah tu menjadi "TAJAAN". Jadi semuanya sama sajaaa..., tak payahlah nak kata orang lain bukan Islam tulen hanya kerana kita berbeza melalui serban dan janggut.

Kalau dikata orang UMNO suka judi..., orang Pas pun sama sajaa.

Kalau kata orang UMNO suka rasuah..., orang Pas pun 2 kali 5 jugak laa.

Kalau nak kata orang UMNO ada kroni..., orang Pas pun apa kurangnya. Habis dengan anak menantu sekali melingkup sama.

Dulu di Selangor kata Kerajaan UMNO bela kilang arak sampai ada cubaan nak BOM kilang tu. Tapi kenapa sekarang bila Pas dan Pakatan perintah Selangor, tak pula nak tutup kilang arak?

Sebab apa tak tutup? Sebab mahsyukkkk. Rugi baii kalau tak sambung lesen.

Bila Kerajaan UMNO perintah negeri, tuduh UMNO rasuah, judi, maksiat dan macam-macam. Tapi bila Pas perintah, sama sajaaaa baiii.

Di Kelantan, apa yang Pas buat? Di Kedah, di Selangor, di Penang....., lebih kurang laa dengan UMNO.

Bezanya UMNO dengan Pas ialah...., UMNO tak HIPOKRIT..., sedangkan Pas berpura-pura baik dan berimej Islam walhal kebanyakannya perangai lebih kurang sama saja.

Wahhh..., melompat dia sampai terkeluar loghat nogori. Mentang-mentanglah Nogori menang bola semalam. "Ekau ni geng UMNO ko apo? Nampok rupo eh macam Pas yo tapi marah bona ekau kek Pas ni apo hal jang?"

Sikit je spy jawab kat mamat ni...,"Den ni geng Pas Reform".

Terkedu hamba Allah ni. Confirm lepas ni dia akan benci dengar nama Pas Reform sebab kebanyakan penyokong taksub Pas adalah dari jenis yang tak boleh terima kenyataan.

default

Ceramah Pentas Pemuda di Tasek Gelugor

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment









Penceramah Ustaz Wan Hizam






KP UMNO Tasek Gelugor Sdr Hazbul Hazani





Siri road-show ceramah dan pidato Pentas Pemuda terus menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Khalifah Lim Guan Eng .Kali ini Ceramah Pentas Pemuda ini dianjurkan semalam oleh Pemuda UMNO Tasek Gelugor di Kg Pengkalan Batu, Jalan Pokok Tampang.

Penceramah untuk Pentas Pemuda ini adalah Ust Wan Hizam daripada UMNO Bahagian Sg Petani dan seorang lagi penceramah terkenal UMNO iaitu Ust Kamal Saidin.





default

P94 Hulu Selangor : Video Anwar Ibrahim yang wajib ditonton..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

default

P94 Hulu Selangor : Pengundi Hulu Selangor bakal terima durian runtuh

on Saturday, April 10, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Maklumat terbaru perkembangan semasa di Hulu Selangor ini diperolehi dari blogger Spy Leman hasil risikan dan tinjauan beliau ke sana . Terdapat 2 isu menarik perhatian PB dalam artikel terbarunya ini iaitu pergaduhan perebutan calon PKR dalam kem PKR dan juga pemberian wang ehsan warga emas sebanyak RM 1000 di kawasan Felda.

Syabas spy leman di atas maklumat terbaru dari Hulu Selangor ini ..

oleh spy leman


" Semalam apabila spy jalan-jalan cari makan di sekitar kawasan Kuala Kubu Baru dan juga Bukit Sentosa, spy dikejutkan pula dengan perkhabaran ada dua pergaduhan yang membabitkan Angkatan Muda Keadilan.

Hasil siasatan spy, punca pergaduhan ini juga kerana perebutan calon. Satu pihak mengatakan Ketua AMK Pusat, si Shamsul Iskandar yang layak bertanding di situ. Satu lagi pula mengatakan Ketua AMK Negeri merupakan orang yang paling layak.

Ada pulak lagi satu puak AMK disitu yang menyokong Zaid Ibrahim. Puak-puak ni percaya bahawa Zaid mempunyai tokoh kepimpinan yang lebih hebat dari MB Selangor sekarang iaitu si Khalid Ibrahim.

Spy ingatkan, di kem BN saja yang sibuk berebut calon. Rupa-rupanya didalam kem PKR sendiri lagi meroyan sampaikan bertumbuk macam budak-budak sekolah baru habis PMR. Jadi kes polis pulak tu. Haru sungguh !

Semalam juga spy telah mendapat tahu yang Anwar Ibrahim telah memperuntukkan 21 juta ringgit bagi "menawan" hati penduduk-penduduk Hulu Selangor. Hasil risikan spy, projek pertama mereka yang telah mula berjalan ialah pemberian "wang ehsan" sebanyak RM 1000 untuk setiap warga emas di kawasan Felda.

Kayalah pakcik dan makcik kita yang berada di Hulu Selangor ni nanti. Bukan setakat wang ehsan, hamper milo pun dapat jugak khabarnya.
Ini bakal diikuti dengan pemberian upah sebanyak RM 300 sehari untuk setiap orang yang menjadi jentera pasang poster dan juga juga tukang sebar risalah Pakatan Rakyat.

Budak-budak bermotor juga akan dibayar sebanyak RM 150 semalam tiap-tiap seorang. (Faham-faham sendirilah apa kerja yang patut dibuat oleh budak-budak motor ni.)

Spy dimaklumkan juga bahawa kepimpinan negeri diseluruh negara diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 500 petugas dari setiap negeri yang akan dibiayai sepenuhnya makan, tempat penginapan dan juga belanja harian tak termasuk elaun.

Wahh..., kalau satu negeri 500 petugas, kali dengan 14 negeri dan ada lebih kurang 7000 petugas PR di Hulu Selangor nanti. Dan kalau sorang ditanggung perbelanjaan minimum sebanyak RM 1000 selama 9 hari berkempen..., lu pikir sendiri lah baiii...... "

default

Aduka Taruna Blogger PAS kurang ajar menghina Islam !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




aduka taruna PAS semakin melampau dan biadap !

Syabas bro GAP di atas pendedahan kebiadapan penyokong tegar PAS ini .

Artikel terbarunya didapati telah menghina Islam dengan mengubah maksud ayat bismillah daripada maksud asal iaitu " Dengan nama Allah yang maha pemurah " kepada " dengan nama Allah yang maha Ego " klik di sini ke blog blogger laknat ini


PB mohon kepada semua pihak seperti NGO Melayu dan Islam , Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap blogger kurang ajar yang menghina Islam ini . Sumbat saja Aduka taruna ini dalam ISA !!





default

Anwar Ibrahim banyak perancangan gila ???

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR 9 April – Datuk S. Nallakarupan menyifatkan bekas rakan karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan banyak perkara yang boleh dianggap ‘gila’ dengan salah satunya ialah rancangan 16 September.

Beliau berkata, rancangan tersebut yang turut menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong jelas menunjukkan bagaimana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh tampil dengan idea ‘gila’ dan tidak pernah dibuat orang semata-mata bagi mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri.

‘‘Sebab itu saya memang setuju idea menuntut kemerdekaan Sarawak memang sesuatu yang tidak masuk akal tetapi rancangan itu bukannya idea saya.

‘‘Saya hanya maklumkan kepada rakyat apa yang dirancang. Anwar melakukan banyak perkara ‘gila’ sebelum ini termasuk 16 September dengan menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong di mana tidak ada sesiapapun di negara ini yang pernah buat seperti itu kecuali Anwar,’’ katanya di sini hari ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini menggelar Nallakarupan sebagai ‘gila’ ketika mengulas pendedahan Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu mengenai rancangan Anwar jika pakatan pembangkang menguasai DUN Sarawak.

Sementara itu, Nallakarupan mengingatkan Azmin dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution supaya lebih cermat dalam pemilihan ayat ketika mempertahankan Anwar supaya tidak dilihat kurang bijak.

Menurut beliau, tindakan Azmin cukup menghairankan apabila boleh menggelarnya sebagai ‘gila’ demi mempertahankan Anwar sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu sepatutnya lebih tahu siapa yang gila sebenarnya.

‘‘Saya lebih terkejut dengan sikap pura-pura Azmin dengan terus mempertahankan Anwar. Azmin tahu secara mendalam siapakah Anwar. Beliau sekutu Anwar sejak lama dan lebih tahu siapa yang ‘gila’, saya atau Anwar.

‘‘Azmin juga tahu yang saya amat maklum siapa Anwar. Masihkah Azmin mahu menggelar saya begitu? Saya nak tanya Azmin apakah dia faham maksud dayus,’’ ujarnya.

Nallakarupan juga mengingatkan kedua-dua pemimpin PKR itu supaya tidak membuatkannya menjadi ‘gila’ dengan menyenaraikan satu persatu perkara yang menjadi kegilaan bekas rakan tenis beliau itu.

‘‘Kepada Saifuddin, saya nak ingatkan yang saya pernah mengenali Anwar selama 30 tahun. Saya cukup arif apa yang saya cakap (rancangan Anwar di Sarawak) ini.

‘‘Tiada siapa boleh nafikan yang matlamat utama Anwar adalah mahu jadi Perdana Menteri,’’ jelasnya.

default

P94 Hulu Selangor : V Mugilan calon terbaik BN di Hulu Selangor

on Friday, April 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Umno bahagian Hulu Selangor dikatakan mahu ketua Pemuda MIC Hulu Selangor V Mugilan dicalonkan mewakil BN bertanding dalam pilihan raya kecil di situ pada 25 April ini.

"Beliau (Mugilan) sendiri pun sedar yang bahagian mahukan beliau menjadi calon," kata sumber-sumber yang rapat dengan BN. Mugilan juga merupakan timbalan ketua Pemuda MIC pusat.

Sebelum ini, ini Umno bahagian berkata mereka menerima keputusan pucuk pimpinan BN untuk mengekalkan MIC bertanding di situ tetapi menolak Datuk G Palanivel yang juga timbalan presiden MIC, dicalonkan semula. Menurut sumber-sumber itu, Mugilan merupakan pemimpin akar umbi yang rapat dan mudah didampingi pemimpin Umno bahagian. "Beliau mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Dia boleh makan bersama dengan pemimpin Umno.

"Malah, orang Umno menganggap Mugilan bagaikan orang Umno, bukan MIC," kata sumber-sumber lagi.

Mugilan juga, menurut sumber-sumber itu, aktif terlibat di peringkat belia dan kini merupakan naib pengerusi majlis belia daerah Hulu Selangor.Sebelum ini, Mugilan menyandang jawatan exco majlis belia daerah selama lapan tahun sejak 1997, menjadi naib pengerusi sejak 2005.

"Beliau bermula dari bawah, (dan) berkawan dengan semua orang di akar umbi. Beliau rapat dengan golongan belia Melayu di situ," kata sumber-sumber itu lagi.klik di sini



Komen PB

Nampaknya nama V Mugilan menjadi pilihan UMNO Hulu Selangor setelah PM mengumumkan MIC akan bertanding di kerusi itu . Rakan blogger Darul ehsan today juga dalam artikel terbaru mahukan V Mugilan menjadi calon kerana ia merupakan kehendak pemimpin dan akar umbi di kawasan itu . Malah beliau menyokong calon MIC V Mugilan ini dipilih sebagai calon BN . Syabas Det !!

Nampak semakin mudah perjalanan kita untuk pergi berperang kerana masalah dalaman dalam armada kita sudah tiada. PRK Hulu Selangor ini cukup singnifikan kerana merupakan pentas perperangan politik anak muda di alaf baru ini dan hampir semua blogger - blogger jalanan pro kerajaan dan UMNO dari seluruh negara akan berkampung di Hulu Selangor selama seminggu untuk berperang habis-habisan melanyak Pakatan Rakyat.

Insyallah PB juga akan turun ke Hulu Selangor ini bersama blogger2 jalanan yang lain untuk melanyak dan hantam Pakatan Rakyat ini habis-habisan untuk pastikan kemenangan Barisan Nasional !!


KEBENARAN AKAN SAMPAI KE TELINGA RAKYAT !!!

SANDIWARA PAKATAN AKAN DIKETAHUI RAKYAT !!



SEDIA GEMPUR !!!

default

Pakatan haprak bohong menuduh kerajaan BN tidak bantu SAR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

PERMATANG PAUH, 23 Mac: Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kelmarin.

Sekolah agama rakyat, Madrasah Al-Aminiah yang terletak di jalan Permatang Nibong-Permatang Pauh merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang diberikan kepada sekolah agama rakyat digunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya digunakan tanpa sebarang kebocoran.

“Maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat,” kata Guan Eng.

Beliau turut memetik ungkapan daripada Khalifah Umar Abdul Aziz: “Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya, penolong bagi orang fakir, bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaan, panduan bagi orang miskin”.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri (MAIPP) turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat disekat.

Malah, katanya sekolah-sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan.

Kini, tambahnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.


Akhbar sampah PAS Haprak Daily terus menipu dan berbohong kepada rakyat demi mengangkat Guan Eng sebagai khalifah teragung PAS. Begitu juga dengan pemimpin PAS yang menjadi boneka Guan Eng , iaitu Salleh Man yang jelas cakap bohong menuduh bantuan ke sekolah agama rakyat di PP disekat.

Apa bukti Salleh Man menuduh kerajaan BN sekat peruntukan ke sekolah agama rakyat di PP ?? Cukup mudah bagi mereka menipu dan memperbodohkan orang Melayu dalam PAS dan PKR bagi mengambarkan kerajaam BN zalim tidak memperdulikan sekolah agama rakyat.

Kerajaan BN menerusi Kementerian Pendidikan telah lama membantu sekolah agama rakyat malah sekarang ini banyak sekolah telah menjadi sekolah bantuan kerajaan . Ini baru satu sekolah agama dibantu kerajaan DAP sudah riuh satu Penang untuk menunjukkan kononnya Guan Eng chauvinis ini prihatin terhadap pendidikan agama Islam sekaligus diangkat sebagai pemimpin yang menegakkan syiar Islam .

PB pernah menulis artikel kerajaan BN bantu SAR di PP dulu dan hari ini akan ditunjukkan semula bukti dan fakta bahawa BN bantu SAR bukan seperti tuduhan fitnah Salleh Man dalam haprak daily .


KERAJAAN BARISAN NASIONAL BANTU SEKOLAH AGAMA RAKYAT PP


wajah baru sekolah agama rakyat Taman Guar Perahu
yang asalnya dulu adalah sebuah surau


Inilah bantuan oleh kerajaan BN untuk Sek Agama Rakyat


KEPALA BATAS 29 Sept. - Kementerian Pelajaran memperuntukkan sejumlah RM2.196 juta bagi membaiki tahap pendidikan di 111 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri ini pada tahun ini.Daripada jumlah itu, 10 SAR menerima bantuan pembangunan dan pembaikan berjumlah RM1.1 juta manakala 101 sekolah lagi menerima bantuan pengurusan berjumlah RM1.066 juta.

Bantuan lain pula adalah untuk kursus SAR iaitu Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berjumlah RM29,900.

Semua bantuan itu disampaikan kepada pihak pengurusan SAR berkenaan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas di sini baru-baru ini.

SAR Saidina Abu Bakar As Sidek Bukit Mertajam menerima bantuan terbanyak iaitu RM500,000 untuk tujuan pembangunan dan pembaikan manakala RM50,160 lagi untuk kerja-kerja pengurusan.

Ketika berucap di majlis itu, Ibrahim berkata, adalah mustahak semua agihan wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk memantapkan institusi pendidikan agama Islam di Pulau Pinang.

"Semua hal yang ada kaitan dengan fardu ain dan tulisan jawi perlu diberi keutamaan," ujarnya.

Beliau berkata, semasa usia masih muda, pelajar di sekolah kebangsaan perlu diberi bimbingan mengenai ilmu agama.

"Apabila dewasa nanti, mereka tentu mempunyai hala tuju yang lebih baik kerana masing-masing mempunyai ilmu agama," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Kementerian Pelajaran bagi Sektor Pendidikan Islam (SPI), Azhar Abdul Aziz dan Ketua Sektor SPI Pulau Pinang, Umar Aziz.Umar yang turut berucap pada majlis itu berkata, dengan adanya bantuan tersebut, tahap pendidikan agama Islam di SAR dapat dipertingkatkan.

"Guru-guru SAR boleh memainkan peranan penting untuk membawa perubahan di semua kelas Kafa di kampung masing-masing," katanya.

Sementara itu, wakil SAR Saidina Abu Bakar As Sidek Bukit Mertajam, Che Kalsom Che Me berkata, bantuan berjumlah RM500,000 itu adalah untuk membina bangunan baru bagi menampung 636 pelajar.

"Sebelum ini ada di antara mereka belajar di tempat tidak begitu selesa iaitu di bawah bumbung tempat meletak motosikal," katanya.

Saad Mat Safar dari SAR Al Whusta Permatang Bogak di sini pula berkata, sebanyak RM37,000 turut diagih kepada sekolah berkenaan bagi membaiki kerosakan bangunan sekolah terutama tingkap dan pagar.

"Bantuan yang diterima begitu bermakna kepada pihak pengurusan SAR untuk memantapkan ilmu agama kepada semua pelajar," katanya



Selain itu, Guan Eng ketika dahulu pernah berdabik dada kononnya nasib guru KAFA di PP terbela dengan memberi RM 50 sebulan tambahan . Keratan akhbar dibawah membuktikan lagi jumlah bantuan yang diberikan oleh kerajaan UMNO kepada guru-guru SAR





Mulai tahun 2009 , kerajaan BN menerusi Kementerian Pendidikan telah menyalurkan elaun SAR KAFA terus kepada akaun pengurusan SAR itu sendiri . Ini membuktikan Kerajaan BN sentiasa prihatin dengan pendidikan Islam yang diajar di SAR sekaligus mengikut syiar Islam.



default

Isu APCO & Perisik Israel untuk alih perhatian kes liwat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Nampaknya isu APCO masih lagi terus dicanang oleh Anwar Ibrahim dalam proses menyelamatkan karier politiknya. Penulis tidak hairan dengan tindakan Anwar ini, kerana inilah skill permainannya sejak dari dahulu lagi.

Gagal menjawab pertuduhan, mencari pertuduhan lain dan menembak kembali musuhnya dengan isu yang baru sehinggakan rakyat terlupa dengan isu utama.

Bagi penulis, hanya orang yang bijak sahaja mampu menilai permainan politik Yahudi Anwar Ibrahim, manakala yang bodoh akan terus tertipu dengan taktik biasa Anwar ini.

Walaupun Anwar kini berhadapan dengan pelbagai pertuduhan, antaranya kes liwat beliau dan Saiful Bukhari, Anwar masih mampu tersenyum kerana sehingga hari ini, perbicaraan tersebut masih terus tertangguh.

Dengan menggunakan kepakaran undang-udang dari barisan Peguam India yang tak tahu hukum ISLAM, beliau dengan bangganya terus ke sana dan kemari mencipta pelbagai kisah-kisah baru bagi melarikan tumpuan masyarakat terhadap kes beliau.

Isu hubungan Anwar dan Paul Wolfowitz, seorang pakar strategi perang Amerika Syarikat berbangsa Yahudi masih terus beliau diamkan walaupun sudah berkali-kali dipaksa memberikan penjelasan hubungannya dengan pempimpin Yahudi tersebut.

Selain itu sehingga kini Anwar tidak menjelaskan apa kaitannya dengan Foundation Of Future, sebuah yayasan yang ditubuhkan dan mendapat dana dari CIA Amerika Syarikat, yang mana di Yayasan tersebut Anwar menjadi Presiden.

Anwar juga gagal untuk memberikan jawapan jenis VISA apakah yang beliau gunakan sehingga boleh tinggal terlalu lama di Amerika Syarikat. Anwar juga gagal menjelaskan apakah kepentingan Paul Wolfowitz kepada dirinya sehinggakan Paul Wolfowitz sanggup terbang ke Jerman dari Amerika Syarikat semata-mata mahu bertanyakan mengenai isu ISLAM.

Kecilikkan Anwar dalam melarikan diri dari menjawab segala pertuduhan yang dikemukakan oleh para wartawan dan barisan ahli parlimen sudah cukup membuktikan siapa Anwar yang sebenar. Jika beliau seorang anak jantan, adalah seharusnya dia menjawab segala persoalan tersebut sebelum mempersoalkan orang lain.

Namun disini menarik mengenai strategi Anwar ialah, beliau tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh bekas 'Teman Seperjuangannya' tetapi membalas serangan keatas kerajaan yang diperintah oleh BARISAN NASIONAL.

Dengan menggunakan dana yang tidak diketahui dari mana datangnya, Anwar mengupah para-para pemfitnah proffesional untuk melakukan fitnah di laman-laman maya. Para bloggers dilantik dan diberikan upah dengan mencari dan menabur fitnah mengenai pemerintah.

Tak cukup dengan itu rakyat Monggolia turut dipanggil dan dibayar untuk dijadikan modal memfitnah PERDANA MENTERI dan ISTERI. Ditambah lagi sogokkan yang diberikan kepada P.BALA agar membuat pengakuan bersumpah mengenai isu pembunuhan Altantuya. Ini belum dimasukkan dengan isu 16 September.

Dan apabila temberang Anwar dipecahkan oleh bekas peguamnya sendiri, Anwar mula menggelabah mencari isu baru. Maka terjumpalah isu APCO. Keburukan APCO dicanang semahu-mahunya sehinggakan rakyat terlupa dengan kes liwat dan permainan penipu dan putar alamnya.

Inilah manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM AL-KHAWARIJ. Menuduh pemerintah bersengkongkol dengan ISRAEL sedangkan dalam masa sama beliau sendiri menjilat bontot-bontot aristokrat Yahudi di Amerika Syarikat.

Semoga ALLAH MEMBERIKAN PETUNJUK KEPADA KITA DALAM MENCARI SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH.

sumber : mykmu

default

UMNO - APCO propaganda jahat PAS

on Thursday, April 8, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

UALA LUMPUR, 8 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen semalam tetap dengan pendirian bahawa tindakan beliau menyebut ‘Umno-APCO, APCO-Umno’ di Dewan Rakyat bukan merupakan satu kesalahan.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, perkataan Umno dan APCO bukan termasuk dalam kategori perkataan unparliamentary malah ia sering kali digunkan sewaktu perbahasan dalam dewan.

"Dua perkataan yang saya sebut ini tidak menjadi satu kesalahan. Umno dan APCO bukan perkataan unparliamentary tapi dua perkataan yang memang wujud. Bukan perkataan yang bersifat lucah atau tidak baik dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam dewan," katanya kepada pemberita di lobi parlimen semalam.

Sebelum itu, Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat keputusan melalui undian suara untuk merujuk beliau ke jawatankuasa berkenaan selepas berulang kali menyebut perkataan Umno-APCO, APCO-Umno.

Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz itu.

Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan.

Haprak daily


Ini satu lagi propaganda jahat Mr Bean PAS ini yang menabur fitnah mengaitkan UMNO dengan syarikat perunding komunikasi APCO . Slogan UMNO - APCO jelas merupakan satu taktik untuk menanamkan kebencian rakyat terutama orang Melayu terhadap UMNO bagi mengaitkan UMNO bersekongkol dengan Zionism .

Dalam bulan ini saja , isu APCO dan Yahudi menjadi tajuk utama hampir setiap hari di haprak daily , suara keldaian dan malaysiakini. Ini merupakan strategi psy war Anwar terbaru bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadapa kes liwatnya dan 16 Sept yang didedahkan oleh Zahrain di dewan rakyat. Anwar yang memulakan spin isu di Parlimen walaupun tanpa bukti dan hujah yang konkrit tetapi ia terus dijadikan senjata utama mereka untuk memburukkan kerajaan BN .

Kepada Mahfuz , PB cabar jika anda pendukung perjuangan PAS untuk melaksanakan ajaran Islam dan menentang Zionisme .. tolong pergi tarbiyah PKR itu dulu yang menerima dana dari Yahudi itu dulu sebelum menuduh UMNO - APCO . klik di sini PKR terima dana Yahudi



default

Video Ceramah " Ini Kisah Sebenar " di Kepala Batas

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



default

Ezam dan Zahrain londehkan kisah sebenar Anwar & Guan Eng

on Wednesday, April 7, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments








Semalam di Paya Keladi, Kepala Batas lebih 1000 orang menghadiri ceramah Ini Kisah Sebenar anjuran NGO iaitu Angkatan Beliau Muda Kepala Batas . Penceramah dalam ceramah ini adalah Sdr Ezam Mohd Noor dan Dato Seri Zahrain Hashim . Ini merupakan kejayaan sulung buat NGO belia di Kepala Batas kerana berjaya mengumpulkan hadirin yang ramai memenuhi setiap ruang tapak ceramah sehingga memaksa limpahan orang datang berdiri di bahu jalan .

Siri roadshow ceramah dan pidato Ezam Mohd Noor kini sudah masuk 2 kali di negeri Khalifah Lim Guan Eng dan kehadiran Datuk Zahrain menambah lagi kehangatan ceramah semalam dengan pendedahan kisah sebenar oleh kawan baik Anwar Ibrahim yang baru keluar dari PKR setelah perasaan " Keraguan Mengatasi Kepercayaan " dalam dirinya .


EZAM TARIK BALIK KENYATAANYA ,PERKATAAN , TINDAKAN MENYOKONG BANTAHAN TERHADAPA TUDUHAN LIWAT DSAI PADA 1998

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor membuka tirai ceramah semalam dengan mengumumkan menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau juga turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir ke ceramah 'Ini Kisah Sebenar' anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA) di Paya Keladi

"Saya dengan nama Allah ingin menarik balik semua kenyataan, perkataan dan segala tindakan saya ketika berjuang untuk membantah tuduhan liwat terhadap Anwar sehingga menimbulkan keadaan huru-hara," katanya. Pada 2000, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu. Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma.


Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar ketika Ketua Pembangkang itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berbuat demikian selepas mendapat maklumat baru berhubung tuduhan liwat membabitkan Anwar.

"Saya bukannya berniat hendak menghina mahkamah, tetapi saya dapat maklumat terbaru. Saya tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan Anwar.

"Jadi, kepada mereka yang membelanya ketika ini, berhentilah. Biar beliau membela diri sendiri dan sehingga kini beliau tidak pernah membuat penafian terbabit (kes liwat) yang menimbulkan perasaan wasangka," katanya.

Ezam berkata, beliau tidak mahu untuk mendedahkan perkara itu dan hanya akan berbuat demikian jika Anwar atau Dr Wan Azizah mencabarnya untuk berbuat demikian.

Katanya, Anwar hanya mengarahkan orangnya untuk membuat penafian terhadap dakwaan terhadapnya itu termasuk ulama tersohor, Yusuf Qardawi dengan hanya memberitahu sebahagian perkara benar.

"Beliau tidak pernah menceritakan cerita penuh yang sebenarnya sehingga menyebabkan ada dalam kalangan orang menyokongnya tersalah mengeluarkan fakta atau fatwa.

"Anwar seharusnya membiarkan proses undang-undang, bukannya dengan menjaja cerita bahawa beliau menjadi mangsa konspirasi sehingga ke luar negara," katanya.

ZAHRAIN DEDAHKAN KISAH KERJA JAHAT ANWAR

Zahrain semalam telah membuatkan semua hadirin yang hadir tergepun dengan cerita2 pembohongan Anwar seperti isu pendedahan Zulkifli Nordin tentang kes pembunuhan Altantuya , projek 16 Sept , isu video fatwa Yusof Qaradawi , dan isu APCO - 1 Israel .

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah Berita Harian Online juga melaporkan Zahrain turut mendakwa bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.

"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

"Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya.dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di Kepala Batas, malam semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).


Selain itu, Zahrain juga menempelak MP Kalabakan " seorang pemimpin makan dua belah pihak " yang menyerangnya baru-baru ini di Parlimen dengan gelarkan beliau perut buncit dan rasuah . Beliau menjelaskan MP Kalabakan itu sebenarnya adalah rakan baik Anwar dan kenyataan perut buncit menyerangnya itu adalah seperti arahan dari Anwar . PB pun hairan juga MP-MP BN lain yang disebut oleh Zahrain tidak lah melenting seperti Kalabakan seorang ini dan pemimpin lalang seperti orang ini harus diawasi tindak tanduknya .

PB tabik dengan keberanian Zahrain yang berani melondehkan kisah sebenar kerja jahat Anwar dan Guan Eng. Cerita beliau ketika mengikuti lawatan Ahli Parlimen Malaysia ke US baru-baru ini juga banyak membuka mata sikap sebenar Anwar yang memburukkan Malaysia cukup teruk sekali dengan menggambarkan kerajaan menyalahgunakan kuasa seperti kuku besi yang menggunakan polis untuk menangkap pemimpin2 pembangkang.

Oleh itu , beliau menyeru kepada rakyat Malaysia harus sedar terutama rakyat PP harus tolak pemimpin bernama Guan Eng dan Anwar ini yang sekarang sanggup melakukan apa sahaja demi mahu berkuasa di Putrajaya . Lebih menarik lagi dalam ceramah ini , PB lihat dan ada kenal juga juak2 PAS dan PKR turut hadir yang duduk di atas motor dan berdiri di bahu jalan ...

Mai jangan tak mai .. moga2 puak ni ada juga perasaan " Keraguan mengatasi kepercayaan "

default

Anwar Ibrahim kalau berani tunjuk bukti !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 6 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen kononnya pasukan itu bekerjasama dengan perisik Israel.

Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pembangkang tersebut mengemukakan bukti dengan segera agar siasatan dapat dijalankan.

“Jika membuat tuduhan (perisik Israel) tanpa sebarang bukti, saya anggap dia (Anwar) pengecut.

“Datang dan beritahu siapa sahkan dakwaan itu? Saya tidak pernah dengar dakwaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Musa pada masa sama, turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa PDRM menjalin sebarang bentuk kerjasama keselamatan dengan rejim zionis berkenaan.

Musa diminta mengulas kenyataan Anwar yang ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat mendedahkan kewujudan perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman.

Sambil mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaan tersebut, dakwa Anwar, perkara itu telah disahkan oleh cawangan khas Bukit Aman.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menamakan sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di Israel yang telah mendapat projek berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi di Bukit Aman.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.