Selangor jadi hub perogol tertinggi di negara

on Thursday, December 9, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Selangor mencatat jumlah kes jenayah rogol tertinggi dari Januari hingga Ogos tahun ini dengan 456 kes daripada keseluruhan 2,426 kes yang dilaporkan di seluruh negara.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bilangan terendah pula dicatatkan di Perlis iaitu 18 kes.

"Kes jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram dan mencabul kehormatan adalah satu jenayah yang tidak berperikemanusiaan.

"Pihak polis memandang serius kes seumpama ini kerana majoriti mangsa yang terbabit adalah dari kalangan kanak-kanak yang masih mentah dan lemah," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.




Bahaya betul negeri Pakatan Rakyat di Selangor . Jadi kepada anak-anak gadis dari kampung yang menuntut di IPT @ bekerja di sana , berhati-hati lah dan jaga keselamatan anda. Ditambah lagi pertambahan pusat-pusat hiburan serta rumah2 urut yang cukup pesat di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat memburukkan lagi keadaan .

Malah lebih dasyat lagi , siap lagi iktiraf YB mereka yang pernah bersekedudukan dan tersebar gambar bogelnya .


Selamatkan negeri Selangor Darul Ehsan ( SSDE )


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps