PKR lah punca isu Ketuanan Melayu - Tun M

on Friday, December 10, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Semalam Tun M menempelak PKR lah punca kepada isu ketuanan Malayu yang hangat sangat sehingga beberapa DYMM Sultan Johor , Sultan Perak , Sultan Selangor bercakap tentang isu ini . Memang benar cakap beliau dan sejak PKR secara terang-terang dlm kongres mereka baru-baru ini menolak terus ketuanan Melayu , isu ini telah menjadi panas kembali .



Bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin parti itu yang beliau sifatkan sebagai mempunyai sifat perkauman, sengaja membangkitkan isu berkenaan semata-mata bagi mendapat sokongan daripada golongan tertentu.

‘‘Isu ini mula tercetus apabila ada pihak yang mula mempersoalkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Jika tiada siapa menimbulkan perkara ini, orang Melayu tidak akan menjawab dan mempertahankan hak mereka.

‘‘Malangnya, apabila orang Melayu menjawab, mereka dituduh sebagai melanggar hak asasi manusia dan bersifat perkauman manakala pihak yang mempersoalkan ketuanan Melayu pula tidak dilabelkan dengan gelaran sama,” katanya.


Jelas sekali , perbuatan tidak bertanggungjawab dan politik menghalalkan cara ala pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membangkitkan soal ketuanan Melayu sebenarnya bagi meraih keuntungan politik . Mereka seperti mahu menjadi batu api bagi membangkitkan kemarahan bukan Melayu terhadap ketuanan Melayu ini .


Selain itu, Tun Mahathir juga menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya penggunaan istilah ketuanan Melayu diharamkan di negara ini akan menyebabkan orang Melayu bertindak balas .

‘‘Apabila kamu mula meminta perkara ini dan itu diharamkan, pihak lain juga akan membuat tuntutan supaya perkara yang tidak menyenangi mereka turut dikenakan tindakan sama.

‘‘Ini hanya akan menimbulkan konflik antara kedua-kedua belah pihak. Bagi saya permintaan seperti ini seeloknya tidak dijawab kerana kebanyakannya adalah tidak logik dan tiada sebarang asas,” katanya.



One Response

  1. Hahn says:

    Hentikan mengguna perkataan ciptaan Anwar masa dia kononya pejuang Melayu kental termasuk sapu projek melalui kroninya.

    Elok kita gunakan saja cadangan Sultan Johor.

    KEDAULATAN MELAYU. Apa orang nak sebut lagi.

    Selagi kita bermain dalam kotak Ketuanan Melayu, Anwar akan tersenyum gembira.

    KEDAULATAN MELAYU!

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps