Peneroka Felda jangan mudah terpengaruh hasutan pihak berkepentingan

on Monday, December 6, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 1 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan seluruh peneroka Felda supaya jangan membiarkan diri mereka dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda politik sempit.

Timbalan Perdana Menteri berkata, para peneroka sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka, bukannya terpengaruh dengan hasutan serta tohmahan liar pihak berkenaan.

Sambil menyifatkan tindakan segelintir peneroka menyaman Felda sebagai 'menang jadi arang, kalah jadi abu', beliau berkata, peneroka yang membenarkan diri dipergunakan hanya merosak nama baik mereka sendiri.

Pada masa yang sama, beliau turut menggelarkan pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mempengaruhi peneroka Felda sebagai "tidak beretika" kerana mahu mengeliru dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

"Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan liar pihak-pihak tertentu yang berniat untuk mengambil kesempatan ke atas peneroka. Golongan ini mengambil kesempatan dengan dua tujuan iaitu kepentingan politik dan perniagaan.

"Tujuan mereka adalah untuk mengeliru dan memecahbelahkan perpaduan rakyat. Pihak tindak bertanggungjawab ini mempunyai agenda politik sempit dan bertujuan menjatuhkan imej kerajaan," katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    "Sambil menyifatkan tindakan segelintir peneroka menyaman Felda sebagai 'menang jadi arang, kalah jadi abu', beliau berkata, peneroka yang membenarkan diri dipergunakan hanya merosak nama baik mereka sendiri"...hehe ingat nak menang saman ni senang ke?mesti masuk mahkamah,bicara bagai..then kalau peneroka menang saman tu maksudnye ape?peneroka la btul,ada something wrong yg felda buat..dan perkara ni boleh berlaku sebaliknya..kalau peneroka kalah,maksudnye felda la yg betul..so takde isu sebenarnya TPM nk menyalahkan warga peneroka kalau mereka nak saman menyaman..peneroka skrg dh bijak,jgn senang2 nk amik kesempatan ats diorg,rmi anak2 mereka yg dh terdedah dgn dunia luar,balik kg kongsi ngn mak ayah..

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps