Luahan rakyat Pulau Pinang kecewa rumah di Penang mahal

on Wednesday, December 8, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Rata-rata penduduk ditemui berkata, dengan pendapatan bulanan yang tidak seberapa, pastinya sukar bagi mereka memiliki rumah sendiri sama ada di bahagian pulau atau Seberang Perai.

Md. Hashim Mat Din, 53, dengan harga rumah mencecah sehingga RM300,000 atau RM500,000 seunit, pasti sukar untuknya memiliki rumah di kawasan berpenduduk padat seperti Georgetown.

"Kesannya juga turut dirasai di kawasan Seberang Perai apabila harga rumah melambung tinggi. Saya rasa lebih baik beli di Kulim atau Sungai Petani," katanya.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia tentang kenyataan Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr. Michael Lim Mah Hui mengenai harga rumah di Pulau Pinang yang purata harganya mencecah RM540,000 seunit tahun lalu.

Jelas Mah Hui, harga itu merupakan yang termahal di negara ini iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.

Hamizah Rosdi, 23, berkata, jika keadaan itu berterusan tanpa sebarang tindakan kerajaan negeri, pasti sampai bila-bila penduduk tidak mampu membeli rumah.

"Sekarang ini, saya masih tinggal bersama ibu bapa, namun sedang memantau harga rumah untuk dibeli pada masa depan," katanya.

Bagi pegawai pemasaran Jacquiline, 35, dia terpaksa menumpang rumah mertua kerana masih tidak mampu membeli rumah sendiri.

"Saya tinggal di rumah yang dibeli ibu mertua 11 tahun lalu dengan harga RM320,000 di Sungai Ara dekat Bayan Lepas, tapi kini harganya mencecah RM500,000," katanya.

Utusan Malaysia



Kerajaan DAP yang menerajui PP dikatakan kerajaan berjiwa rakyat ini memang tidak pernah fikir untuk menyelesaikan masalah rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri . Lihatlah luahan hati rakyat negeri ini yang mahu memiliki rumah sendiri di Pulau Pinang . Mereka hanya fikir buat dasar populis dengan beri duit saja seperti duit RM 100 kepada warga emas , ibu tunggal dan sebagainya .

Akibat daripada kurangnya pembinaan rumah2 kos rendah di negeri sendiri kerana polisi kerajaan DAP , mereka terpaksa mencari rumah2 lebih murah di negeri Kedah seperti di Kulim, Padang Serai dan Sg Petani . Malah ada juga staf kakitangan kerajaan negeri yang berulang alik dari Sg Petani ke Komtar dek kerana tidak mampu sewa dan membeli rumah di sebelah pulau .

Kalau betul kerajaan Guan Eng ini adalah kerajaan berjiwa rakyat, masalah ini sepatutnya diselesaikan dahulu . Jangan hanya cakap sahaja tetapi bikinnya tidak pun ..


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kita ni cakap berbuih buih, tapi rakyat Penang sendiri suka apa, kalau nak komplen pun itu cuma pro BN kot (depa kata). So, mau tak mau terima aja la, sampai dah tak da apa apa kat pulau baru masa itu puak-puak ni nak bangun dr tidoq, skrg depa kata wakil ADUN dlm pulau dok tidoq, mcm hidup segan mati tak mau, jadi rakyat terimalah seadanya untuk tahun2 yg akan datang, kalau nak salah pemimpin ok nak salah org yg pangkah time undi pun boleh, sama2 sakit laaa...

  2. Anonymous says:

    beli la rumah kat pondok upeh balik pulau ....murah jaa

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps