Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut " Kedaulatan Melayu "

on Wednesday, December 8, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut “kedaulatan Melayu” kerana ia mencakupi kedudukan raja-raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara “tuan” dan “hamba”, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

"Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu,” titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di sini hari ini.

Menurut baginda apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu raja-Raja Melayu dan rakyatnya, titah baginda.

"Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, raja-raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda. – Bernama


One Response

  1. pengajaran sejarah bagi orang2 yang mempertikai kuasa yang ada pada orang melayu sejarah melayu telah wujud sejak lebeh 500 tahun yang lalu , soi lek kena bagitahu anak2 dan cucu cicit dia yang mesih belum tahu sejarah negara dan jangan lah nak asyek main wayang sahaja....jangan2 soi lek ini bekas pelakun wayang pekji kut????

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps