Kampung Warisan Melayu bakal dibina di Georgetown

on Friday, December 10, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




PULAU PINANG 9 Dis. - Bagi memastikan orang Melayu terus wujud di bahagian pulau negeri ini yang pesat membangun, Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) bercadang membangunkan tanah seluas 11.33 hektar di Georgetown menjadi Kampung Warisan Melayu.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, kawasan yang membabitkan Jalan Datuk Keramat, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang dan Jalan Patani itu apabila siap kelak mampu menempatkan kira-kira 10,000 orang Melayu.

Menurutnya, bagi merealisasikan perkara itu, pihaknya kini rancak mengadakan perbincangan dengan Amanah Raya Bhd. (ARB) untuk membentuk satu kerjasama pintar di antara kedua-dua pihak bagi pembangunan di kawasan terlibat.

''Pemenang melalui anak syarikatnya, PIEMPIPI (Pemenang) Bhd. akan berbincang dengan ARB selain turut menjalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

''Langkah tersebut amat penting kerana ia membabitkan pembangunan tanah-tanah wakaf dan pada masa sama kita juga merancang untuk membeli hartanah lain di kawasan sekitar," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah tapak bangunan PIEMPIPI (Pemenang) Bhd. yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Jalan Argyll di sini. Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan ARB, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh.

Mengulas mengenai bangunan tersebut, Mohd. Yussof berkata, ia bakal dikenali sebagai Wisma PIEMPIPI yang mempunyai ketinggian sembilan tingkat dan bernilai RM10 juta.

Katanya, ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

''Projek tersebut yang tanahnya dibeli secara lelong berharga RM1.4 juta itu bakal dibangunkan dengan kerjasama ARB dan diharap mampu menjadi satu mercu tanda orang Melayu di Pulau Pinang," ujarnya.





*** Ini lah cara untuk bantu orang Melayu memiliki hartanah di kawasan pulau bukan seperti cara Mujahid dan juak2 PAS yang suka menyalahkan orang lain tetapi tiada idea dan cara untuk bantu orang Melayu .


One Response

  1. airman_1 says:

    nampaknya melayu p pinang dah jadi mcam liltle india kat kl di melayu pp kah.....kah....kah...seronoknya....

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps