Bila Najib marah kepada Anwar Ibrahim

on Saturday, December 11, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan dakwaan pembangkang bahawa kes Datuk Seri Dr Khir Toyo satu sandiwara politik.

“Isu rasuah ini telah dijadikan isu politik. Jadi apabila ia jadi isu politik dia hendak mengenakan pihak kerajaan seolah-olah kita ini tidak serius ataupun kita ni cover-up ataupun kita buat selective prosecution dan sebagaiya,” katanya pada sidang media di PICC, Putrajaya, Khamis.

“Apa sandiwara-sandiwara ini ? Kalau sudah didakwa itu maknanya kita bukan jadikan perkara ini satu mainan.

Ini satu perkara yang sudah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagai badan bebas, ia mengemukakan kepada Peguam Negara menentukan ada kes atau tidak ada kes,” katanya.



Najib berkata, kes Dr Khir mengikut proses yang sepatutnya dilalui dan keputusan telah dibuat oleh pihak Peguam Negara. Katanya masyarakat seharusnya membiarkan proses seterusnya ditentukan oleh mahkamah.

“Kita tak ada kata sesiapa itu bersalah atau tidak, melainkan mahkamah akan tentukan kemudian. Semua orang tertakluk kepaada undang-undang negara dan SPRM menjalankan siasatan terhadap sesiapa sekalipun tanpa mengira pangkat.”
Najib tegur wartawan

Perdana Menteri turut menegur wartawan supaya jangan membuat spekulasi. “Anda janganlah buat spekulasi. Itulah masalahnya. Apabila spekulasi macam ini berlaku, ia timbulkan masalah persepsi.

“Kita tak boleh buat tindakan terburu-buru sebab ada implikasi buruk kalau bawa kes ke mahkamah, lepas tu kita kalah. Itu lagi teruk. Jadi sebelum sesuatu kes dibawa ke mahkamah, SPRM dan Peguam Negara mesti yakin mereka mempunyai bukti. “Kalau dia yakin pun, ia bergantung kepada saksi. Kalau saksi tiba-tiba tukar pendiriannya, kes boleh ditolak oleh mahkamah. Jadi proses untuk mengambil tindakan itu mesti disemak dengan teliti supaya kemungkinan kita menang adalah besar,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga yang dianjurkan oleh SPRM.

Dalam ucapannya Najib menegaskan beliau tidak pernah campur tangan dalam tindakan SPRM. “Saya tidak pernah mengarahkan SPRM untuk menghentikan atau tidak menjalankan siasatan ke atas mana-mana pihak.
“SPRM adalah sebuah badan yang profesional yang memang tahu melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. Tidak simbul soal 'cover-up' sesuatu kes kerana SPRM perlu memberikan penjelasan kepada Lembaga Penilaian Operasi bagi aduan yang tidak diambil tindakan,” katanya.

Najib berkata, rasuah umpama kanser yang berkeupayaan memusnahkan masyarakat, meranapkan negara dan meruntuhkan tamaddun jika tidak ditangani secara serius.

“Saya sedih dan kecewa kerana terdapat segelintir rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan dan menidakkan usaha kerajaan memerangi rasuah, serta fungsi SPRM. Ini mengakibatkan persepsi rasuah bertambah buruk dan akhirnya rakyat yang menanggung kerugian,” katanya. – 9/12/10


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps