Sidang Dun PP : Ubahsuai rumah Ketua Menteri tak selesai lagi ?

on Thursday, November 11, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu rumah Ketua Menteri PP iaitu Seri teratai terus dibangkitkan semula di Sidang Dun PP oleh pembangkang yang mana setelah lebih setahun dibaik pulih, ia masih belum diduduki sehingga kini.

Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) membangkitkan perkara itu selepas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Lim Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-12 semalam.

Menurut Shabudin, jawapan bertulis yang diterima menyatakan bahawa rumah tersebut masih dalam pegangan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk rawatan anai-anai dan pembaikan kecil lain.

"Saya tidak faham kenapa selepas lebih setahun rumah itu dibaiki tapi masih lagi dalam pengawasan JKR. Ini bukti pengurusan yang tidak cekap.

"Perbelanjaan untuk baik pulih itu juga melibatkan kos yang tinggi," katanya kepada pemberita di DUN di sini malam tadi.

Awal tahun lalu, Guan Eng meninggalkan Seri Teratai dan berpindah ke banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn di sini atas alasan kediaman rasmi itu mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.

Kos pengubahsuaian banglo sewa tersebut yang pada asalnya hanya sebuah banglo biasa kepada banglo mewah dikatakan melebihi RM1.5 juta.Shabudin turut mempersoalkan kenapa perlu ada dua kos yang perlu dibayar iaitu elaun rumah sewa dianggarkan RM6,000 sebulan dan kos baik pulih yang sedang berjalan.

Jadi , di mana amalan CAT yang sering dilaung-laungkan Guan Eng DAP ini ?? Adakah ini bukan pembaziran sedang berjalan yang tidak dipandang oleh beliau ??

Kalau Guan Eng tidak berminat tinggal di rumah kediaman Ketua Menteri ini , lebih baik diberikan kepada sahaja agensi kerajaan lain untuk dijadikan pejabat atau disewakan . Ketua Menteri lidah biawak ini mungkin seronok dok tinggal di banglo mewahnya sekarang .


CAT = CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps