Sidang Dun PP : Isu Monyet , DAP bohong & kantoi fitnah UMNO

on Thursday, November 11, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




PB semalam mendedahkan pengakuan sendiri peserta demo di sidang DUN PP dalam akhbar Sinar harian dan beliau mengaku ada ahli PAS dari kawasan Tanjung. Yb Adun BN Prmtg Berangan , Shabudin Yahya dalam Sidang Dun semalam bangun memberikan penjelasan sebenar mengenai identiti lelaki yang difitnah oleh DAP sebagai monyet UMNO . Syabas Sinar Harian !


Beliau berkata, semua orang boleh tahu siapa sebenar lelaki yang dimaksudkan kerana ia bukan ahli UMNO sebaliknya seorang ahli Pas kawasan Tanjong sambil menunjukkan laporan muka depan Sinar Harian semalam yang menyiarkan pengakuan lelaki terbabit, Ariff Ibrahim mengenai perkara itu.

“Sekarang sudah tahu siapa yang panjat pagar bangunan DUN Pulau Pinang. Adakah ini orang UMNO atau orang Pas? Adakah YB Permatang Pasir kenal orang ini?” katanya.

Menurutnya, Mohd Salleh Man Mat Aji (Pas - Permatang Pasir) yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tidak boleh lepas tangan kerana ia membabitkan tingkah lalu ahli partinya sendiri.

“Kalau ada ahli partinya yang membuat sesuatu tinkakan yang boleh memalukan parti, mereka tidak mengaku orang itu ahlinya. Sebaliknya terus menuduh UMNO dan BN sebagai punca,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Ng Wee Aik (DAP-Komtar), RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dan A Tanasekharan (DAP-Bagan Dalam) meminta maaf kepada UMNO kerana sering menuduh parti itu yang menjadi dalang atau ahlinya yang memanjat pagar bangunan DUN.

“Dahulu mereka minta bukti tetapi apabila kita tunjukkan bukti, mereka hanya mendiamkan diri,” katanya sambil menyuarakan rasa kesal kerana dewan tidak berbuat apa-apa mengenai perkara itu.





Komen YB Shahbudin Yahya

“Inilah perangai wakil rakyat DAP. Selalu menuduh UMNO atau ahilinya sebagai dalang tetapi apabila kita berjaya membuktikan ia adalah dalam kalangan ahli Pakatan Rakyat (PR) (Pas), mereka hanya mendiamkan diri dan tidak mengaku kesilapan yang dilakukannya.

“Dewan ini berat sebelah kerana tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap wakil rakyat PR. Sudahlah buat salah tetapi tak mahu mengaku kesalahannya. Inilah cara pentadbiran Kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang dikatakan kononnya mengamalkan CAT.

Mereka sebenarnya tidak jujur dan tidak telus. Cakap tak serupa bikin dan hanya pandai mengalunkan nyanyian retorik dan gula-gula kepada rakyat,” katanya.


Komen YB Datuk Zahrain Hashim

Ini cara biasalah…..cara DAP, Pas dan PKR tapi yang lebih monyet saya lihat cara mereka bergerak di Dewan Rakyat lagi teruk…saya tak hairan mereka pandai menggelar orang tapi kerja mereka sendiri mereka tak nampak.




Nampaknya DAP yang selalu menuduh UMNO fitnah mereka , kini nampaknya tuduhan mereka sendiri yang kantoi . Bagi DAP , jika mana-mana orang Melayu di PP yang menentang mereka adalah monyet UMNO . Itu yang mereka minta senarai nama dan alamat warga emas yang memulangkan RM 100 itu kerana mahu blacklist terus orang ini dari apa2 bantuan .

Monyet yang sebenar adalah DAP !! Buktinya lihat gambar di bawah ini gelagat Adun DAP di Perak ketika di sidang DUN dahulu . Fikir- fikirkan lah ....



2 Responses

  1. CAT
    Ciluk - DAP
    Auta - PKR
    Take beer -PAS

  2. Anonymous says:

    Macam orang gila... mana ada dia nak ngaku dia gila... macam DAP jugak... mana dia nak ngaku dia monyet.. sebab DAP tu sendiri memang monyet... dalam PAS ada sorang monyet.. NIZARMONYET...

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps