DAP mengakui bahawa kempen 1Malaysia oleh Barisan Nasional (BN) berjaya membantu BN merampas DUN Galas dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Pengarah Pilihanraya DAP, Thomas Su berkata pilihan raya kecil hari ini juga menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.
Menurutnya, DAP mengendalikan tiga kawasan dalam kempen di Galas, iaitu Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama.
Hanya dua kawasan yang bermajoriti pengundi Cina - Pulai (83.86%) ddan Kampung Baru (52.6%). Manakala Bandar Lama merupakan kawasan campuran Melayu-Cina (30.54%).
Menurut Thomas lagi, Pakatan memperolehi 1,784 undi di tiga kawasan tersebut pada 2008, tetapi merosot 206 undi atau 4.92 peratus secara keseluruhannya dalam pilihan raya kecil hari ini.
"Dari angka-angka ini, kami menganggarkan undi pengundi Cina merosot 2 hingga 3.5 peratus," katanya.
"Kami mengakui bahawa undi pengundi Cina merosot, tetapi ia tidak serius, drastik atau membimbangkan," tambahnya.
Menurut analisanya, terdapat dua faktor yang menjadi punca Pakatan hilang undi pengundi Cina, iaitu kempen 1Malaysia dan peratus pengundian yang tinggi.
Katanya, BN tidak pernah menggunakan parti politik Cina untuk berkempen, tetapi sebaliknya ia dilakukan menerusi apa yang dikenali sebagai "NGO 1Malaysia" untuk menarik pengundi Cina.
"Kempen ini benar-benar berbeza berbanding dalam pilihan raya kecil yang lalu. BN tidak menggunakan parti politik (Cina) untuk kempen, semuanya datang dari kumpulan 1Malaysia, yang disokong oleh pemimpin MCA.
"Setiap kali kita mengadakan ceramah besar, kumpulan itu akan mengadakan makan malam besar, ini tidak seperti trend kempen biasa pilihan raya BN."
Oleh itu, kata Thomas, peratusan pengundian yang tinggi memberi lebih banyak undi pengundi Cina kepada BN.
Dengan mengambil contoh di Pulai, beliau berkata, walaupun Pakatan berjaya menambah sembilan undi, tetapi BN menambah lebih banyak undi daripada Pakatan dan menang di kawasan majoriti Cina.
Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pemilihan umum.
Thomas berkata, Pakatan perlu mengkaji secara terperinci untuk berdepan dengan strategi baru kempen BN di kawasan pengundi Cina.
Beliau bagaimanapun mengucap terima kasih kepada semua pengundi dan ahli yang membantu DAP dalam kempen di Galas.
Dalam pilihan raya kecil DUN Galas hari ini, calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,134 undi. BN menang engan majoriti 1,190 undi.
Pada 2008, calon PAS, Che Hashim Che Sulaima memperolehi 4,399 undi untuk menang dengan majoriti 646 undi.














kah..kah..kah.. tenyeh
kah..kah..kah.. gesek jangan tak gesek
kah..kah..kah.. bagi pecah biji
kah..kah..kah.. kelar bagi kulit pecah
kah..kah..kah.. perah asam limau
kah..kah..kah.. kasi dia pedih
Kenapa PAS kalah di Galas.
(peratusan penolakkan terhadap PAS utk setiap faktor)
1) Faktor Ku Li 25%.
2) Faktor kasih-sayang PAS kepada DAP 100%
3) Cinta kepada keluarga PKR 75%
4) Orang agama Spin duit rasuah 75%
5) Benci kepada PAS hasil carut, fitnah dan memburukkan UMNO 50%
6) PAS sudah tidak releven di Kelantan 75% (hampir 20 tahun dah)
7) Pengundi muda sedar mereka ditipu oleh PAS 50%.
8) Lain-lain honar PAS 25%
Jadi keseluruhannya
UMNO menguasai 57% undi.
PAS hanya 43% undi.
Maka calun UMNO menang di Galas dengan kelebihan 1190 undi.
Tahniah UMNO
Kenapa PAS kalah di Galas.
(peratusan penolakkan terhadap PAS utk setiap faktor)
1) Faktor Ku Li 25%.
2) Faktor kasih-sayang PAS kepada DAP 100%
3) Cinta kepada keluarga PKR 75%
4) Orang agama Spin duit rasuah 75%
5) Benci kepada PAS hasil carut, fitnah dan memburukkan UMNO 50%
6) PAS sudah tidak releven di Kelantan 75% (hampir 20 tahun dah)
7) Pengundi muda sedar mereka ditipu oleh PAS 50%.
8) Lain-lain honar PAS 25%
Jadi keseluruhannya
UMNO menguasai 57% undi.
PAS hanya 43% undi.
Maka calun UMNO menang di Galas dengan kelebihan 1190 undi.
Tahniah UMNO
ambo anak klate berkata "dlm durasi masa menunggu pru depan umno masih gagal nk tunaikan janji2 yg ditaburkan di galas maka hal sebaliknya akan berlaku nanti" (ambo rs banggo anok klate pandai berpolitik)