PRK Galas : Jangan tertipu dengan istilah Islam oleh PAS

on Wednesday, November 3, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


GUA MUSANG 02 Nov – Hanya menggunakan istilah Islam Kelantan bagi memastikan mereka terus memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri sejak 20 tahun lalu., Pas berjaya memperdayakan rakyat

Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad berkata istilah yang digunakan itu berjaya mengabui mata rakyat Kelantan menyebabkan negeri itu terus ketinggalan berbanding negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

“Rakyat Kelantan terutamanya di Galas perlu sedar mereka ini telah ditipu oleh Pas hanya dengan perkataan Islam, sedangkan mereka sendiri (Pas) tidak mengamalkan mengikut apa dikatakan oleh mereka.

“Perkataan Islam itu hanya untuk perjuangan politik mereka, mereka tak pernah fikir masalah yang dihadapi oleh rakyat, mereka hanya pentingkan politik mereka sahaja, apa yang telah mereka lakukan sejak perintah Kelantan lebih 20 tahun,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Wangi, di sini.

Menurutnya, rakyat Kelantan perlu membuat perubahan dengan menolak kepimpinan Pas di Kelantan jika ingin menikmati pembangunan dan peningkatan taraf hidup yang lebih baik seperti dinikmati rakyat di negeri lain yang ditabir BN.

“Pengundi di Galas perlu memberi petunjuk kepada Pas bahawa rakyat Kelantan inginkan perubahan dan tidak mahu lagi hidup di bawah Pas yang selama ini hanya pandai bercakap sahaja sedangkan nasib rakyat terus terbiar.

“Pas tidak harus mendabik dada pembangunan yang ada ini dibuat oleh mereka, semua projek yang ada di Kelantan ini adalah dari kerajaan pusat, sebab kita ada wakil di Parlimen, mereka inilah yang berusaha membantu rakyat Kelantan,” katanya.

Isa berkata, walaupun banyak pembangunan ingin dilaksanakan oleh kerajaan pusat di Kelantan namun perkara itu sukar dilakukan kerana mendapat banyak tentangan dari kerajaan Pas.

“Nak buat pembangunan di Kelantan pun susah, mereka halang apa yang nak kita buat, kita kena minta kebenaran dengan mereka terlebih dahulu sebab negeri ini dikuasai oleh mereka, jadi jangan salah kerajaan pusat,” katanya. MediaUMNO


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.