PRK Galas : Bila kafir harbi ada hak tuduh umat Islam lain kafir

on Wednesday, November 3, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Pemuda UMNO Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menuduh ahli UMNO kafir ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian ini, Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat Kit Siang mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 4A(1) iaitu mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Menurutnya, perbuatan Kit Siang itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghormati perasaan orang Melayu beragama Islam yang merupakan ahli-ahli UMNO.

“Sebagai seorang pemimpin politik berpengalaman dan sering membangkitkan soal keharmonian, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata seperti itu sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan ahli UMNO,” katanya .

Hisamudin menambah, kenyataan Kit Siang dilihat begitu melampau dan seolah-olah mendapat restu daripada pihak lain di dalam pakatan pembangkang.

“Tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab kerana sengaja menimbulkan provokasi dan membelakangkan Perlembagaan yang termaktub bahawa bangsa lain tidak boleh mencampuri urusan pegangan agama bangsa lain,” katanya.

Pendedahan mengenai perkara itu dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mendakwa perbuatan Kit Siang itu berlaku di hadapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang.


3 Responses

  1. la apa ke bodohnya kit siang ni. dia yang kapir kat pulak orang umno ni kapir siapa dia????bingngong betul cina sorang ni.....puak2 pas tolong beritahu dia ni11111

  2. Pemuda UMNO Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menuduh ahli UMNO kafir ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas
    ...UNTUK APA?
    POPULARITI ATAU SEMEMANGNYA UNTUK MEMBELA AGAMA DAN BANGSA!
    Kita lihat dan tunggu...lapuran polis ini akhirnya sampai kemana?

  3. Anonymous says:

    lim kit siang butuh hang

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.