Perkataan "Projek mee segera " di pilihanraya kecil selalu dituduh dan dijaja oleh puak2 khawarij PAS kepada BN yang akan turun membantu rakyat di kawasan itu . Tetapi gambar di atas menunjukkan sikap sebenar PAS yang kini boleh diibaratkan seperti meludah ke langit akhirnya terpercik ke muka sendiri .
PAS pun 2 x 5 sahaja apabila petang sabtu minggu lepas, kerja-kerja menurap ( lay ) jalan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik . Lebih menarik lagi kerja-kerja turap tar baru ini dilakukan betul-betul depan Markaz PAS !!
Daripada pemerhatian PB mengenai keadaan jalan raya ini , tidak perlu rasanya diturap baru kerana ketebalan dan surface jalan masih dalam keadaan baik . Mungkin kerana Markaz besar PAS di situ , jadi perlu jalan baru bagi pemimpin2 besar PAS lalu dengan kereta mewah mereka .
Lebih baik tar itu semua ditampung di jalan-jalan yang berlubang daripada turap di jalan yang masih elok . Mungkin PAS hendak tunjuk kepada semua penduduk di bandar Gua Musang dan media2 bahawa PAS juga membuat pembangunan . Lagi usaha terdesak yang dilakukan PAS kerana mereka tidak mampu menjawab desakan rakyat iaitu selama 20 tahun mereka tidak membawa pembangunan untuk rakyat Kelantan .













Salam, bro kena main wayang kulit, duit sponser dan banyak tabor je lah.