
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dalam satu kenyataannya berkata, jumlah pelancong ke Pulau Pinang juga menurun dengan mendadak pada tahun lalu berbanding 2008.
"Laporan Persatuan Pemandu Pelancong Pulau Pinang juga menyebut bilangan pelancong merosot sebanyak lima peratus pada 2008 berbanding 2009.
Pulau Pinang merupakan pulau yang cantik dan juga pernah digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient) . Selain terkenal dengan keindahan pulau dan tempat-tempat bersejarah , negeri ini juga hebat sebagai syurga makanan kepada penggemar makanan istimewa di sini dari seluruh negara . Pelancong luar negara pulak sentiasa menjadikan pulau ini sebagai destinasi utama mereka kerana lokasi yang strategik serta kemudahan pengangkutan yang terbaik .
Tetapi kehebatan pulau ini telah hilang serinya apabila Guan Eng lidah biawak , iaitu apek dari Melaka memerintah Pulau Pinang sejak Mac 2008 . Jumlah pelancong ke Pulau Pinang telah menurun mendadak dan ini diakui sendiri Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen .
Mengapa bilangan pelancong ke Pulau Pinang berkurangan sedangkan di negeri lain seperti Melaka meningkat ? Sedangkan 2 buah negeri ini merupakan negeri yang diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh Unesco .Bukti kedatangan pelancong ke Melaka meningkat . klik di sini
Selain itu, Pemuda Gerakan juga mendakwa kerajaan DAP sendiri gagal memperkenalkan program baru dalam kalendar pelancongan negeri. Semuanya dicedok dari program yang diperkenalkan sejak kerajaan BN memerintah seperti Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang, Pesta Pulau Pinang, Pesta Chingay, Festival Perahu Naga Antarabangsa dan lain-lain lagi.
Lebih membimbangkan , laporan Institut Penyelidikan Sosioekonomi dan Alam Sekitar (Seri) Pulau Pinang dalam laporan ekonomi suku ketiga tahun ini menjelaskan, purata penghuni hotel di negeri ini pada 2008 adalah 64.7 peratus namun menurun kepada 57.6 peratus tahun lalu. Nampaknya tauke hotel di negeri ini yang majoritinya kaum Cina boleh gulung tikar jik perkembangan ini berterusan
Malah status PP sebagai Tapak Warisan Dunia juga gagal dimanfaat sebaik mungkin oleh kerajaan DAP sendiri dan mereka hanya tahu minta bising saja menyalahkan kerajaan pusat .
Ini lah padahnya apabila negeri yang terkenal dengan keindahan tempatnya dapat kepada orang yang hanya tahu putar belit dan cakap tak serupa bikin !
CAT GUAN ENG PEMBOHONG !!




