PAS tidak boleh terima penghukuman oleh rakyat

on Sunday, November 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




KUALA LUMPUR 6 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menempelak sikap pembangkang yang tidak mahu menerima 'penghukuman' rakyat di atas kekalahan mereka di Galas dan Batu Sapi, apabila menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan agensi kerajaan untuk meraih kemenangan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya BN memperalat agensi kerajaan hanyalah bertujuan menidakkan kesedaran rakyat terhadap penyelewengan mereka, terutamanya selepas diberi kuasa memerintah pada 2008.

"Di negara lain, apabila agensi kerajaan digunakan, parti pemerintah akan menang sehingga 99 peratus tetapi di Malaysia, parti lawan boleh menang pada setiap kali pilihan raya, jika disokong oleh rakyat pembangkang tetap akan menang tetapi kita dapati mereka sudah menyeleweng.

"Pas terutamanya, dulu sesiapa yang berbaik dengan bukan Islam dikafirkan, sekarang mereka pula lebih baik dengan bukan Islam sehingga sanggup menolak tawaran orang Islam untuk bersatu," katanya selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Dr. Mahathir berkata, orang Melayu kini berasa semakin lega dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya selepas beliau menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

"Saya fikir ucapan Najib mempengaruhi orang Melayu, saya fikir rakyat sekarang berasa lega dan pada masa sama, rakyat bukan Melayu juga selesa kerana tidak ada kecelaruan dalam pemikiran berhubung dasar negara," jelasnya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, kemenangan itu bukan tiket untuk BN dan UMNO 'tidur', sebaliknya, parti tersebut perlu bekerja lebih keras jika mahu mencatat keputusan yang lebih baik pada pilihan umum akan datang.

Ditanya sama ada beliau semakin yakin dengan kepimpinan sekarang ekoran kemenangan bergaya itu, Dr. Mahathir berkata, Najib seorang Perdana Menteri yang baik kerana dapat memulihkan semula pemerintahan negara.


Komen PB

PAS seperti biasa lah apabila mereka kalah , akan menyalahkan semua pihak termasuk SPR ,polis dan sebagainya . Tetapi kalau mereka menang , cakap inilah kehendak rakyat ... poorah !
Memang sial dan bodoh puak taksub PAS ini ... Sebenarnya kekalahan di Galas terutamanya adalah kerana rakyat sudah meluat kepada Wali Selipar !!


3 Responses

  1. bayan says:

    Orang asli pun dah pandai.Yg bodoh Tok Guru dan balaci2nya.Kekalahan diGalas malapetaka bagi Pas.Mohon Tok Guru fikir..........

  2. salam sahabat..
    mintak kebenaran link kan blog artikel ni ke blog ana ye...

  3. Anonymous says:

    PAS dengan modal lamaa yg dah basii...:

    - pengundi hantu BN
    - BN merasuah pengundi
    - SPR berat sebelah

    Sudah2 ler tuu, Nik Aziz... muhasabah diri ler...

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps