Mufti Perak sahkan MB Perak tidak lakukan perbuatan khurafat

on Thursday, November 11, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Apa nak jadi pada puak-puak PAS ni? Asyik nak kerja menfitnah orang saja. Dah tak ada kerja lain gamaknya juak-juak ni..

Sekarang Mufti Perak dah sahkan bahawa Dr Zambry tak melakukan sebarang perbuatan syirik dan khurafat. Apa puak-puak PAS nak kata? Mesti lepas ni dorang akan kata TS Harussani adalah ulamak upahan UMNO. Dah memang mentaliti PAS macam tu...nak buat macam mana kannn...

Bukan main lagi PAS dok canang pasal Dr Zambry ni. Ni semua mesti kerja anak buah Nizar DAP yang masih dok meroyan kata dia MB Perak yang sebenar. Tapi puak-puak ni tak pulak bising masa Nizar pegang lilin dan terhangguk-hangguk di depan gambar TBH dulu.. Takkan double standard kot?



Juak-juak PAS jadi macam ni sebab fahaman waharamu walhalalku Nik Aziz lah.. Apa yang PAS buat semuanya ok dan "halal". Tapi kalau UMNO buat, benda baik pun jadi haram di pemikiran puak jumud PAS!

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, mengesahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong Kuala Kangsar, bulan lalu.

Katanya, ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.

“Selepas mendapat gambaran daripada Dr Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai niat melakukan perkara itu malah tidak mengetahui majlis berkenaan diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.

“Menteri Besar memberitahu beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, Zambry juga melakukan perbuatan menaikkan tiang seri atas permintaan orang ramai, malah beliau tidak tahu ancak dan mengatakan tidak berniat.

“Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat,” katanya.


sumber : media permatang pauh


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps