Mazlan Aliman itu sapa ?? Orang PAS totok rupanya ..

on Wednesday, November 10, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments






Mazlan Aliman itu siapa ?? Jika Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Abd Rahman pernah menempelak malaun ini sebagai kaki merapu bulan lepas kerana memburukkan imej Felcra pulak , PB akan dedahkan siapakah Mazlan Aliman ini sebenarnya .

Mazlan Aliman ini berumur 42 tahun dan dilahirkan di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai . Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UPM.Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik ialah sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Presiden ANAK .

Nampaknya cukup besar jawatan beliau ini dan tidak hairanlah beliau pernah bertanding di semasa PRU 12 di kawasan Felda juga iaitu Parlimen Bera di negeri Pahang . Tetapi beliau silap percaturan dan beliau ingat rakyat terutama peneroka Felda di Pahang senang diperbodohkan oleh kaki pengacau ini .

Latar belakang beliau ini serta keluarga bermula di Felda selepas mereka masuk ke tanah rancangan ini pada 1969 . Felda seperti kita sedia maklum telah berjaya membantu peneroka -peneroka dari generasi pertama hingga lah sekarang malah ada peneroka telah menjadi jutawan . Begitu juga dengan nasib keluarga Mazlan Aliman ini yang hidup senang dengan bantuan FELDA dan Kerajaan BN !

Ibunya yang juga seorang peneroka dan dapat 10 ekar tanah begitu juga dengan 4 orang adik beradiknya yang juga memperolehi 10 ekar tanah setiap seorang. Mazlan Aliman pulak pernah menjadi peserta dalam Felda tetapi keluar program Tanam Semula Felda ini kerana hendak tanam sendiri . Baginya bila beliau pilih untuk tanam sendiri , hasil yang diperoleh lebih banyak . Tetapi usahanya gagal gara-gara nak untung banyak dan akhirnya beliau masuk semula ke Skim Penanaman Semula Felda .

Kesimpulannya , manusia seperti Mazlan Aliman adalah orang yang tak reti bersyukur dan tidak mengenang budi . Felda yang banyak membantu keluarganya daripada susah hingga senang seperti sekarang itu pun mahu difitnah oleh beliau dan konco2nya demi untuk kepentingan politik PAS .Selain itu , menurut sumber dari Majalah FELDA "ICT JELAS" bilangan 04/2010, Abang Kandung Mazlan sendiri telah membuat pengakuan bahawa keluarga Mazlan tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan yang menentang FELDA .

Jadi , jika keluarga Mazlan sendiri pun tidak bersetuju & restu dengan tindakan beliau, adakah kita perlu percaya dengan orang seperti Mazlan ini?

Kenapa Mazlan begitu kuat menentang FELDA ? Mudah saja , dalam fikirannya selagi ada Felda yang banyak berjasa ini membantu peneroka - peneroka ini di seluruh negara maka sukar bagi parti PAS untuk menembusi kubu kuat BN ini dalam pilihanraya kerana Felda merupakan kawasan majoriti Melayu . Jelas di sini , Mazlan Aliman adalah bukan pejuang sebenar untuk peneroka tetapi sebenarnya talibarut besar dari PAS untuk memecahbelahkan masyarakat Felda .



Link

Si Mazlan Totok PAS rupanya Anak murid Din Puduraya


Felda kini diambang maut


4 Responses

  1. Dia buat persatuan sendiri dan lantik diri sendiri jadi presiden.

    Demang pun anak peneroka jugak...

  2. otak digunakan untuk menilai mana yang benar dan yang salah,,,, jadi nilailah sendiri. maklumat banyak tersebar di merata2.

  3. Anonymous says:

    Cisss.nate bewok air Mazle Alime nih..

  4. Anonymous says:

    bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan dan Felda yang memberikan kita ruang dan kesempatan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Aku juga mendapat nikmat dari Felda. Terima kasih Felda.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps