Hari Tanpa Beg Plastik Guan Eng dibantah !

on Saturday, November 13, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Hasrat Guan Eng untuk melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari mulai tahun depan di premis2 pasaraya besar di PP jelas dibantah oleh pengusaha plastik yang majoritinya dari kaum Cina . Bagaimanapun, pasar mini dan premis perniagaan tunggal diwajibkan mematuhi peraturan itu tiga hari seminggu iaitu Isnin, Selasa dan Rabu.

Sesi dialog antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan wakil Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (PPPM) telah diadakan semalam kecoh seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian apabila terdapat ahlinya tidak setuju dengan langkah Kerajaan Negeri melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari mulai tahun depan.

Menerusi kempen kerajaan DAp ini , orang ramai bagi yang perlukan beg plastik bagi membawa barang banyak terpaksa = beg plastik dengan caj 20 sen sekeping. Hasil jualan beg plastik itu akan disalurkan kepada tabung Rakan Anti Kemiskinan ( RAK ) iaitu dana bagi membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang.

Kempen mahu kurang beg plastik tetapi jual pulak plastik untuk kumpul tabung . Kalau 10,000 orang beli 1 beg plastik , sudah berapa dah mereka dapat kumpul duit ... Ini lah otak bisnes Guan Eng . Mungkin tak cukup lagi dana , jadi mulai tahun diumumkan setiap hari terus tanpa beg plastik . Tetapi duit yang dikutip oleh plastik 20 sen itu ada ka kerajaan CAT ini bentangkan kepada rakyat ??


Tauke plastik tak puas hati

Presidennya, Lim Kok Boon, melahirkan kekecewaan terhadap keputusan itu yang dianggap tidak mengambil kira tiga memorandum yang pernah dihantar mereka sejak tahun lalu.

Menurutnya, alasan Kerajaan Negeri bahawa kempen itu adalah satu usaha untuk memelihara alam sekitar tidak relevan kerana kajian pelbagai pihak termasuk dari luar negara mendapati ia adalah sebaliknya.

Kok Boon yang mengetuai 13 ahli PPPM pada sesi dialog itu, mendakwa hidupan marin terjejas bukan disebabkan plastik tetapi kemajuan industri perikanan.


“Kempen itu akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah kerana perlu membeli beg plastik sampah yang lebih mahal iaitu 40 sen sekeping berbanding plastik biasa semata-mata untuk membuang sampah.

“Kajian yang kami lakukan mendapati lebih banyak kesan negatif daripada positif yang akan timbul sekiranya Kerajaan Negeri tetap melaksanakan rancangan itu,” katanya dalam sesi dialog itu.


Guan Eng pertahankan tindakannya

“Kami yakin ia tidak akan menjejaskan mana-mana pihak kerana harganya adalah murah, lagipun program ini hanya dilaksanakan di pasar raya bukannya di gerai penjaja kecil,” katanya.

Kok Boon yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Guan Eng, mengulangi fakta bagi menyokong hujahnya bahawa plastik tidak akan menjejaskan alam sekitar serta mahu Kerajaan Negeri memperkukuhkan konsep 3R (Guna Semula, Kurangkan dan Kitar Semula) jika mahu mengurangkan penggunaan plastik.

Pada sesi itu, seorang pembekal beg plastik kepada beberapa pasar raya, E E Lim, yang mewakili Merit Industries Sdn Bhd, mendakwa langkah kerajaan itu menyebabkannya mengalami kerugian.

Seorang lagi wakil PPPM mencelah sambil mendakwa tenaga pekerja di kilang plastik terpaksa dikurangkan kerana syarikat tidak mampu membayar gaji selepas kekurangan operasi.

Guan Eng kemudian meminta mereka memberi laporan serta bukti mengenai dakwaan itu kerana Kerajaan Negeri tidak mahu mana-mana pihak terjejas menerusi program yang dilaksanakan.



Pada pandangan PB , kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada Isnin , Selasa dan Rabu pun sudah memadai . Tidak perlu lah sampai setiap hari dan pastinya akan menyusahkan rakyat bagi yang membeli barang yang banyak .

Kalau nak jadi kerajaan POPULIS pun , agak-agak lah ..jangan lah terlampau sangat seperti keputusan ini sehinggakan bukan sahaja beri kesan kepada rakyat tetapi pengusaha beg plastik .


6 Responses

  1. Anonymous says:

    INI LAH DAP PARTI YANG TIDAK ADE PRISNSIP DAN MORAL. TIDAK LAMA LAGI RAKYAT DI PULAU PINANG TERPAKSA JUNJUNG BAKUL ATAS KEPALA BILA NAK BELI BARANGAN KEPERLUAN DI SUPERMARKET. KENAPA PERLU BAYAR 20 SEN SEDANGKAN KERJAAN NEGERI TELAH JIMATKAN RM200JUTA DALAM TEMPOH PEMERINTAHAN DAN BAGI BANTUAN KAT ORANG MISKIN. TETEPI HARI NI PULAK RAKAYAT SENDIRI KENA BAGI 20SEN UNTUK TOLONG ORANG MISKIN. HEHEHEH CAKAP TAK SERUPA BIKIN SEBAB KETUA DIA PUN RAJA SPIN TERLALU BANYAK PUTAR BELIT.

  2. Anonymous says:

    i went to 7 eleven. dengan barang yang macam macam I beli. cashier tanya nak plastik ke puan? I kata kenapa? cashier jawab hari ni hari tanpa beg plastik. kalau nak jugak kena bayar.

    I kata tengok barang melambak lambak ni takkan i nak pegang pakai tangan? takpe i bayar. next election i pastikan i undi kerajaan yang bagi kebenaran menggunakan plastik bag tanpa extra charge!

    p/s: kalau ye pun tak kasi guna plastik beg tengok tengok la untuk pembelian yang melebihi dua items kasi la plastik bag!

  3. ntahla says:

    aku dari dulu lagi mmg tak setuju dgn kempen tak pakai plastik nie.. diorang jadikan alasan selamatkan bumi lah, itu lah ini lah. tp dengan senyap2 charge jugak 20sen.
    kalau beli barang 1-2 takpe lagi pegang jer.. kalau dah satu troli?
    nak taknak mesti guna platik kan? so nak guna plastik charge 20sen.. kepala hotak lah.. dapat duit free jer.. sapa punya idea nih? cina babi cina babi punya idea la nie.. alasan kempen selamatkan bumi.. tp wallet kita semua yang diselamatkan...

  4. Anonymous says:

    jangan bantah kita yang minta mereka jadi pemimpin

  5. Anonymous says:

    Banyak gedung membeli belah yang berlumba-lumba menganjurkan hari tanpa plastik.Untuk menjaga alam sekitar konon.
    Orang ramai yang pergi membeli belah kadang-kadang terperangkap kerana tidak membawa bekas seperti raga atau bakul. Mahu tidak mahu terpaksalah membeli beg kertas atau seumpamanya dari pusat membeli belah tersebut.Malah beg plastik juga ada dijual ditempat yang sama!
    Kalau betul-betul mereka hendak mengadakan hari tanpa plastik kenapa tempat-tempat membeli belah ini tidak menyediakan kertas untuk membungkus barang-barang yang dibeli?Sekurang-kurangnya surat khabar lama berserta dengan tali.

  6. abu habuk says:

    AKU BENGANG GILE BILE ADA KEMPEN INI, CUKUP SEKADAR KEMPEN UNTUK MENYEDARKAN RAKYAT DAH LA. AKU PEGI PENING NAK BELI BRG DAPUR PON TUNGGU BUKAN ARI ISNIN. BAGI AKU, ARI ISNIN ADALAH HARI YANG MENYUSAHKAN AKU. COZ AKU KENA BAWAK PLASTIK BEG, SINCE KERJAAN DAPig NI BUAT KEMPEN BANGANGAG ALA NAZI NI, AKU PUN BOYCOTT ARI ISNIN. AHLI DAPig BOLEH LA SOKONG HARI TANPA BEG PLASTIK, PASAL DIORANG BANYAK MAKAN DUIT SAMPAI PEGANG BARANG PON ORANG GAJI INDON PEGANG KAN...

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps