Harga rumah mampu milik ala kerajaan Guan Eng RM 150 ribu ?

on Wednesday, November 10, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Adakah benar rumah mampu milik ala kerajaan DAP berharga RM 150 ribu ?? Kerajaan negeri baru-baru ini ketika sesi perbentangan belanjawan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM 60 juta bagi membina sekurang-kurangnya 400 buah unit kediaman mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah di bahagian pulau, atau dalam pengiraan matematiknya, RM 150,000 untuk setiap unit.

Kalau benarlah rumah mampu milik yang diumumkan berharga sebanyak itu , nampaknya ramai orang melayu tidak mampu memiliki harga rumah sepert itu . Kalau harga sebanyak itu di Penang, ia sudah diketegorikan dalam rumah kos sederhana .

Jadi , jika benar bahawa kerajaan negeri prihatin kepada keperluan rakyat PP memiliki sebuah rumah seperti mana slogan mereka 1 rumah 1 keluarga , harga ratusan ribu ini seperti ini bukan caranya untuk membantu golongan berpendapatan rendah ini .

Bayangkan gaji kebanyakkan mereka ini yang hanya bekerja kilang untuk menyara keluarga , adakah mereka mampu untuk membeli rumah harga sebanyak ini ?? Tak masuk akal la harga sebuah rumah ini ..........


One Response

  1. Anonymous says:

    kepada org melayu penang yg mengundi PR ,,,, padan muka korang...ambik harga yg tu...tengok berapa kerat melayu penang mampu beli....

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps