Harakah putar belit & manipulasi kenyataan YB Farid Saad

on Tuesday, November 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Akhbar yang terkenal dengan bohongnya & putar belit fakta , Harakah nampaknya terus ligat melalukan rutin harian mereka ini . Terbaru keluaran 15 November 2010 , PB melihat tadi di kedai jual akhbar di Prmtg Pauh dengan tajuk muka depannya " Akhirnya UMNO Mengaku" sebagai berita utama .

Adakah benar dakwaan Haprak Daily ini ?? Benarkan YB Farid menyatakan beliau mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah pemimpin negeri semasa berkuasa menjadi punca terhakisnya tanah Melayu di PP ? Jangan mudah percaya cakap wartawan kaki fitnah akhbar fitnah dan putar belit ini kerana orang yang berada di situ sahaja tahu perkara sebenar .

PB ingin beritahu di sini bagaimana mereka ini berbohong kepada ahlinya supaya hadir ramai ke forum itu ( 80 % puak PAS ) dengan menyebarkan sms dengan menukar tajuk forum itu dari Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang : Apakah jalan penyelesaian ? kepada Siapa Pengkhianat Tanah Melayu .




Lihat lah sendiri pembohongan mereka ini bermula . Apabila PAS menerusi akhbar harakah mereka hari ini berbohong dan manipulasi kenyataan Yb Farid Saad di dalam forum itu , PB cuba mendapat penjelasan dari beliau dan ini kenyataannya menerusi sms ...

" Tidak sama sekali !! Harakah telah manipulasikan cerita . Saya katakan bahawa ada pemimpin yang alpa dan cuai ... Kenyataan yang sama saya gunakan dalam ucapan perhimpunan Agung UMNO .

Di awal ucapan saya , saya kata kehadiran saya adalah untuk mencari penyelesaian dan bukannya mencari salah siapa . PAS spin suruh saya tutup buku . Saya kata kena stop blaming game , mereka kata pemimpin UMNO tidak amanah .
"


Jadi di sini , kenyataan Adun BN Pulau Betong telah diputarbelitkan oleh Harakah ! Pemimpin PAS sendiri dalam forum tuduh pemimpin UMNO tidak amanah dan bukannya YB Farid sendiri mengaku .

Ada ka patut pemimpin depa sendiri cakap lepas itu tuduh orang lain cakap . Memang dasar kaki fitnah dan putar belit puak2 PAS ini . Jika ada video forum itu , kita boleh lihat sendiri siapa yang benar dan buat fitnah .


3 Responses

  1. Harakah haramjadah sejak dulu kaki pemesong pemikiran rakyat.... suruh KDN haramkan je...ada berani ka KDN ?

  2. Anonymous says:

    pas kan pis.. pus... ngok

  3. Tuan selamat hari raya korban tq

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.