Gempar !! Golongan muda di Prmtg Pauh sertai UMNO

on Monday, November 8, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

UMNO menjadi pilihan kami ...


ucapan oleh Ketua UMNO Bahagian Prmtg Pauh ,Dato Abd Jalil
yang mengalu-alukan penyertaan ramai golongan muda ke
dalam UMNO

Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh , Sdr Zaidi Mohd Said anggap kemasukan
golongan muda ke dalam UMNO di Prmtg Pauh ini sebagai permulaan
selepas melihat pelbagai masalah dan kepincangan yang berlaku
dalam PKR

Sdr Hilmi merupakan penggerak utama membawa
rakan-rakannya sertai UMNO

antara sebahagian belia di Tanah Liat yang sertai
UMNO sebagai wadah perjuangan








Kepincangan dan masalah dalaman ketika pemilihan PKR jelas telah membuka mata banyak pihak bahawa parti ini indah khabar dari rupa . Mereka sering melaung-laungkan mempejuangkan demokrasi dan keadilan , tetapi sebenarnya cakap tidak serupa bikin .

Kesannya juga turut sampai ke Prmtg Pauh sendiri di mana golongan muda di kubu kuat PKR itu telah mula sedar bahawa parti kelentong rakyat ini sudah lari dari perjuangan dan gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat .Terbaru , 45 orang anak muda di Kg Uma , Tanah Liat membuat keputusan untuk menyertai UMNO . Mereka ini merupakan golongan belia yang sebelum ini tidak sertai mana2 parti tetapi hari ini memilih UMNO sebagai pejuangan mereka .

Lebih menarik lagi, keinginan mereka untuk sertai parti UMNO adalah bermula selepas menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti belia yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat dan Kawasan Permatang Pauh . Selain itu, 45 orang belia ini juga telah mendaftar sebagai pengundi berdaftar dan bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada PRU akan datang .

Syabas PB ucapkan kepada Gerakan Belia 4B Prmtg Pauh yang berjaya menarik ramai belia sertai UMNO .


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Alhamdulillah semoga angin perubahan ini akan terus bertiuap dan ramai lagi yang akan terhenti dari lamunan. hidup UMNO

  2. Anonymous says:

    tahniah pemuda2 permatang pauh kerana berjaya membawa muka2 baru dalam barisan pemuda UMNO permatanh pauh. Dengan ada ahli baru ini akan memantapkan lagi umno permatanh pauh dengan membawa kejayaan cemerlang.

  3. Anonymous says:

    Alhamdulillah dan syabas. teruskan perjuangan golongan muda. ayuh kita kayug bersama UMNO untuk menumbangkan parti PKR.

  4. anda2 semua adalah pemuda yg peihatin dengan perjuangan bangsa melayu. anda semua adalah pejuang bangsa...tahniah kepada anda semua, selamat berjuang demi bangsa, agama dan negara yg tercinta..pertahankan hak2 kita hapuskan petualang yg mahu menghancurkan bangsa melayu.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps