..

..

Fatwa Songsang terbaru PAS . ini jawapan PB !!

on Thursday, November 4, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Ini dia wajah Ulamak PAS yang menggunakan agama untuk
politik dengan keluarkan fatwa songsang terbaru

Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.

Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil.“ Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti.

“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.



Komen PB

Kepada pakcik dan makcik tak perlu risau dengan fatwa songsang PAS ini . Kalau belum pi jumpa ustaz @ ulama lagi untuk bertanya akan hal ini , elok pakai petua dari PB untuk lawan2 puak2 PAS ini . Kita guna ayat penyokong puak PAS guna selama ini iaitu kalau kerajaan Pusat / BN beri bantuan kepada rakyat , depa kata memang kerja/tugas kerajaan bagi kerana kita bayar cukai .

Jadi , kita guna ayat depa balik bahawa segala bantuan daripada kerajaan negeri Pakatan di Selangor kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka kerana mereka gunakan duit cukai yang dikutip dari kita . Wasallam.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Di P.Pinang gerai melayu dirobah, kg melayu Pokok Assam bakal dilenyapkan, peniaga melayu komtar akan pupus dan banyak lagi.keraaaajan Pakatan Haram adilkan?

  2. orang islam diselangor tolong ingat2kan, yang mana dulu pernah terima apa jua bentok bantuan dari Kerajaan BN ketika sebelum PRU 12 dahulu , seperti bantuan buku2 tek yg diberikan kpd anak2 mereka dan bantuan2 lain tetapi tidak mengundi BN adalah terlibat...pada PRU 13 nanti kenalah undi BN kalau2 ada buat kesalahan ini, fatwa PAS kata HARAM!!!!!!

  3. Anonymous says:

    Dasyat punya fatwa, habih semua rakyat malaysia samaada yg hidup atau telah mati sejak 53 tahun dulu jadi haram belaka termasuk Setiausaha ularmamak PASongsang nih. Apa tidaknya , subsidi petrol, beras, minyak masak, gas, gula tepung etc adalah bantuan kerajaan BN yg tidak nampak. Ironinya tidak la kita dengar haram sokong PAS.

  4. Anonymous says:

    Fatwa PAS..kata hukum haram kalau sokong UMNO, tp "halal" laa kalau pangkah BN ...ahahahhaah. Itu le kalau hati dah jadi tempat persinggahan syaitan.

    Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

    Tanda2 Kiamat Kecil:-

    (1) Penaklukan Baitulmuqaddis
    “ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

    (2)Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
    “ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

    (3)Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar “ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

    (4)Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

    (5)“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.