Demo rakyat PP bangkit menentang kezaliman Guan Eng

on Wednesday, November 3, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments





kaum cina juga bantah kezaliman Guan Eng




Semalam di depan Bangunan DUN PP , kira-kira 100 orang rakyat PP termasuk peniaga di Komtar , penduduk Kampung Genting dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.

Antara isu yang dibantah itu termasuk kenaikan tarif air, isu pengambilan tanah di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti swasta, serta ahli Dewan Perniagaan Komtar (KMA), yang tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.

Rakyat di PP kini tertekan di bawah pemerintahan Ketua Menteri berlidah biawak dek kerana kezaliman dilakukan kerajaannya yang menindas rakyat . Bantahan ini pastinya akan dipolitikkan oleh Guan Eng dan beliau akan menyatakan ini semua kerja jahat pihak yang mahu mencetuskan isu perkauman .

Ini bukan isu perkauman tetapi isu mengenai hak dan kepentingan rakyat PP !! Penduduk Kg Genting bukan sahaja bangsa Melayu tetapi ada juga kaum Cina dan mereka merasakan tindakan Guan Eng adalah tidak adil dan merampas tanah mereka . . Malah peniaga di Komtar juga rata-ratanya terdiri daripada peniaga berbilang kaum juga tidak berpuas hati kerana hilang sumber rezeki apabila ditutup peniagaan mereka .

Jadi , kehadiran mereka berdemo dan menyerahkan memorandum semalam merupakan isyarat dan kemarahan kepada kerajaan Pakatan dari suara akar umbi rakyat PP yang berasa nasib dan hak mereka ditindas oleh Ketua Menter berlidah biawak ini .


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps