DAP sentiasa menyusahkan rakyat - Khoo Kay Kim

on Friday, November 12, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap,DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat.

Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya kepada umno-online.

Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.

“Sebenarnya mereka tahu, apa yang mereka cadangkan tidak boleh dilaksanakan tetapi mereka sengaja mahu menyuarakan sesuatu yang memang bertentangan dengan Perlembagaan dan dasar-dasar negara.

“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.

Terangnya lagi, cadangan DAP yang kononnya mahu melaksanakan bahasa Inggeris kerana mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar antarabangsa pada masa depan hanya satu alasan sahaja.

“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.” Katanya lagi, hal-hal berkaitan bahasa tidak boleh diubah atau dibuat sebarang pindaan sewenang-wenangnya.

“Perlembagaan negara jelas mengiktiraf bahasa rami adalah bahasa Malaysia dan apa-apa pindaan yang hendak dilakukan perlu mendapat kelulusan dua pertiga dari anggota Dewan. Adakah DAP mampu melakukannya?”

Justeru tegasnya, motif sebenar hal berkaitan bahasa ini ditimbulkan adalah untuk memporak-perandakan negara dengan menggunakan kemarahan rakyat sebagai senjatanya.

“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”.


Komen PB

Sudah terang lagi bersuluh sikap sebenar parti rasis dan chauvinist ini . Tokoh sejarah ulung negara ini telah menjelaskan DAP sebuah parti yang
sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

Sejak dari PRU 12 dan mereka memerintah di Selangor , PP dan Perak , mereka sentiasa menimbulkan kemarahan rakyat . Lebih seronok lagi jika mereka dapat bangkitkan kemarahan rakyat dikalangan kaum Cina dan memburukkan kerajaan tidak adil contohnya dalam pemberian biasiswa , kemasukan ke universiti dan sebagainya .


Rakyat perlu sedar DAP bukan sebuah parti yang ingin membela rakyat tetapi sebenarnya sentiasa bertindak populis dan berpolitik sepanjang masa. Parti yang dianggap syaitan kerana menentang penubuhan negara Islam ini perlu ditolak orang Melayu kerana jelas tindakan mereka sekarang ini seperti di PP jelas menunjukkan kerakusan mereka menindas rakyat .


One Response

  1. Anonymous says:

    Juak-juak DAP ini pengacau dan pemusnah rakyat Malaysia. Sekiranya mereka tidak selesa duduk di Malaysia, cari negara lain. Habis cerita. KDN pula wajib bendung pengkhianat ini. Kerananya orang Melayu Pulau Pinang kini merana. Hentikan saja pembangunan PP. Biar mereka tahu, langit tinggi atau rendah. Pas pun sama. Perjuangan Pak Pandir. Sembah Allah biarlah sampai ke hati budi, berakhlak muia. Al Amin.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps