Sumbangan wang RM 100 sebenarnya untuk edar Suara CAT kepada warga emas !!

on Wednesday, October 6, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kisah wang RM 100 yang dianggap sebagai penghargaan kepada warga emas berumur 60 tahun oleh kerajaan negeri Pakatan kini panas dengan isu duit itu bersumberkan duit judi . Artikel mengenai wang RM 100 ini sebelum ini PB pernah mendedahkan mengapa di borangnya perlu ada ruang untuk diisi profail tempat mengundi . klik di sini



Apa tujuan sebenar Guan Eng dan DAP buat semua ini sehingga nak dapat RM 100 pun kena isi maklumat mengundi di kawasan mana ???



Sebenarnya profiling pengundi warga emas digunakan oleh Guan Eng lidah biawak adalah bertujuan untuk menyebarkan akhbar propaganda Suara CAT kerajaan Guan Eng terus ke rumah warga emas . Ia akan diposkan ke rumah mereka dan menurut seorang warga emas di kampung PB , beliau sudah mendapat 2 naskhah akhbar Suara CAT malah salah seorang daripada ribuan penerima duit RM 100 .


Apa yang ada di dalam akhbar propaganda Guan Eng lidah biawak ini dan konco2 nya ?? Contohnya adalah seperti di bawah disertakan bukti bergambar lagi apa yang sedang dibohongi oleh pemimpin lidah biawak ini .


Ini merupakan artikel retorik dan kuat pembohong . 1 October lepas Mahkamah Sesyen telah menolak untuk melanjutkan tempoh penangguhan pelaksanaan arahan pengosongan dan merobohkan rumah mereka oleh pemaju Mission Fairway Sdn Bhd .

Ini kenyataan Raja Pembohong dlm artikel dalam Suara CAT di atas :

" perlu ditegaskan bahawa kerajaan negeri lazimnya merasakan bahawa RM 10 ribu yang ditawarkan oleh pemaju adalah tidak munasabah .Mereka ( pemaju ) kena tawar lebih !

Sekiranya mereka masih berdegil , kerajaan Negeri sama sekali tidak akan membenarkan pihak terbabit membuat pembangunan termasuk di lokasi-lokasi lain selain Jelutong .




Ini pulak kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Jelutong, Mohamed Yusoff Mohamed Noor memberitahu, kerajaan negeri telah berjanji untuk membela nasib penduduk.

''Setakat ini tiada keputusan mutlak secara hitam-putih bentuk pampasan yang kerajaan negeri akan beri kepada penduduk.

''Apa pun, kita akan usahakan untuk memindahkan mereka di sekitar kawasan ini,'' ujarnya.klik di sini

Penduduk kampung tuntut janji Guan Eng

PULAU PINANG 5 Okt. - Sudahlah rumah yang didiami sejak berpuluh-puluh tahun bakal diroboh, janji-janji manis kerajaan negeri untuk memberi pampasan setimpal pula tidak dikotakan.

Itu nasib yang menimpa penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini yang terpedaya dengan janji pemimpin kerajaan negeri.

Menurut salah seorang penduduk, Mohamad Idham Zakaria, 48, beberapa hari sebelum bulan Ramadan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam pertemuan dengan penduduk kampung berjanji untuk menggantikan rumah penduduk terbabit dengan pangsapuri kos sederhana bernilai kira-kira RM75,000 sebuah.

Selain itu katanya, mereka juga akan disediakan rumah transit di dalam kawasan kampung tersebut.

"Bagaimanapun, dua hari lepas semasa mesyuarat dengan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Jelutong, kami diberi surat untuk ditandatangani sebagai persetujuan menerima pampasan berupa pangsapuri bertaraf kos rendah yang akan dibina oleh kerajaan negeri.

"Surat tersebut juga tidak memaklumkan mengenai penyediaan rumah transit dalam kampung seperti yang dijanjikan oleh Guan Eng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Idham menambah, dalam surat berkenaan, mereka juga diarahkan supaya mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 14 hari selepas rumah transit disediakan.

"Kami tidak akan keluar dari rumah selagi tidak mendengar daripada mulut Ketua Menteri (Guan Eng) sendiri untuk menunaikan janji-janjinya sebelum ini.

"Kami tidak mahu dia (Guan Eng) hantar wakil sama ada wakil rakyat atau jawatankuasa kariah masjid, kami mahu jumpa Ketua Menteri sendiri," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ketiadaan penduduk sepanjang prosiding, seorang lagi penduduk, Jaafar Ariffin, 67, memberitahu, mereka telah dimaklumkan oleh peguam supaya tidak hadir ke mahkamah pada hari berkenaan.

"Malangnya, peguam yang sepatutnya membela kami tidak hadir menyebabkan mahkamah membuat keputusan tanpa pengetahuan kami," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, mereka berhasrat untuk melaporkan perkara tersebut kepada Majlis Peguam supaya tindakan dapat diambil terhadap peguam tersebut.

"Kami beri tempoh lima hari kepada peguam Nasrul untuk memberi tunjuk sebab kenapa tidak hadir ke mahkamah sebelum kami membuat laporan kepada Majlis Peguam," tambah beliau


Jadi , SUARA CAT yang diedarkan percuma oleh kerajaan negeri sebenarnya hanya lah alat propaganda Guan Eng untuk terus membohongi rakyat . Guan Eng cakap dalam Suara CAT bahawa kerajaan negeri akan bela nasib penduduk Kg Pokok Assam tetapi sehingga hari penduduk mendakwa tiada keputusan hitam putih pun oleh kerajaan negeri untuk membantu penduduk pun.

Kesimpulannya , penghantaran akhbar Suara CAT terus ke rumah warga emas sebenarnya merupakan strategi politik DAP dan kerajaan negeri untuk menarik sokongan golongan ini dengan menggunakan maklumat daripada borang memohong duit RM 100 . PB yakin ramai warga emas yang dapat duit RM 00 sudah mendapat Suara CAT yang dihantar oleh kerajaan negeri ini .









One Response

  1. ddinbunga says:

    Salam, bezanya antara pemerintahan BN dan PR yg penuh dengan tipu muslihat...ini belum perintah negara?????

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps