sumber gambar : Mc Kedah ke KL
PB tertarik dengan banner isu kenaikan air di Kedah yang didedahkan oleh rakan blogger Mc . Menurutnya , ia digantung berhampiran traffic light tengah Pekan Padang Serai iaitu kawasan Parlimen PKR Gobalakrishnan . Bannernya bertulis tulisan tangan dan kenyataannya berbunyi begini :
“Ayaq Paip Besi - Harga Serupa PEPSI.
SADA = Syarikat Ayaq Datuk Azizan.
Awat Lagu Tuuu”
Tu dia ... orang kampung PB di Pdg Serai pun sudah naik marah bila air naik dengan kenaikkan harga air sebanyak 27% . Seperti artikel PB sebelum ini , klik di sini kenaikan air oleh SADA adalah membebankan rakyat khususnya yang menggunakan kuantiti air yang banyak . Lebih teruk lagi, kualiti perkhidmatan air di Kedah memang tidak memuaskan sehingga di beberapa tempat tidak mendapat langsung bekalan air .
Walaupun mereka cuba menuding jari terhadap kerajaan pusat menuduh mengenai kenaikan tarif air ini , tapi PB melihat ini bermula kelemahan pentadbiran kerajaan negeri sendiri yang diterajui PAS sejak memperkenalkan SADA . Lebih menarik lagi rakan blogger MPP mendedahkan kenaikan tarif air ini untuk mencari duit untuk digalas ke PRK Galas bagi membantu calon PAS .klik di sini
Rakyat Kedah nampaknya berang dengan keputusan mengejut kenaikan air di Kedah ini kerana PAS selalu melaungkan kerajaan berkebajikan dan berjiwa rakyat. Nah sekarang terima lah padahnya kenaikan air serta berlambak lagi cukai2 yang lain dikenakan oleh kerajaan PAS !





