PRK Galas : GAMIS jadi barua PAS di Galas

on Sunday, October 31, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 16 Comments





Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS) merupakan budak suruhan khawarij PAS yang dikerahkan menjadi jentera kempen pilihanraya kecil Galas . Budak-budak ini yang selalu berbangga dengan title pelajar U mereka telah diperbodoh dan diperkudakan PAS yang tiba di sini dengan tugaskan mengedarkan risalah dan menyusup bersama jentera kempen PAS dan muslimat untuk menyebarkan dakyah kepada pengundi disekitar Gua Musang.


PB pun dahulu pernah menjadi mahasiswa tetapi tidak pernah pun ingin jadi pencacai tukar edar risalah ini seperti budak2 dari GAMIS ini .

Tetapi menurut sumber rakan2 blogger di berada di Galas , pelajar-pelajar ini sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh Presiden GAMIS Ahmas Syazwan Muhammad Hassan kononnya turun bukan mewakili atau pun berkempen untuk mana mana parti politik. klik di sini

Lihat lah ciri-ciri bakal pemimpin muda PAS ini , mengaji pun belum habis sudah pandai dok bohong dan belit orang . Menggunakan kebijaksanaan bercakap hasil tunjuk ajar khader-khader PAS , mereka ini berjaya mempengaruhi pelajar-pelajar lain bagi mengikuti mereka bersama berkempen di Galas.

Kemudian mereka ini cakap berbelit apabila guna alasan ke Galas untuk menerangkan kepada rakyat mengenai bajet 2011 . PB hendak tanya ada ke kementerian Penerangan melantik GAMIS ini sebagai wakil kerajaan untuk menerangkan tentang bajet 2011 ini kepada rakyat ??


Menurut sumber . budak budak GAMIS selalu di lihat menaiki kenderaan yang dipandu oleh juak2 PAS yang keluar berkempen . Dikhabarkan setiap pagi berhampiran markas PAS Ampang berhampiran Pekan Lama mereka akan berkumpul dan menaiki kereta yang dipandu oleh ahli PAS Ampang ke merata ceruk GALAS.

Ini lah pelajar-pelajar yang yang tidak kenang budi , diambil olah kerajaan untuk mengaji di IPTA kerajaan , diberi biasiswa , ditanggung kos pengajian mereka dan selepas itu boleh membantu keluarga mereka bila bekerja nanti . Tetapi selepas itu diperbodohkan oleh PAS - PKR dan seterus menjadi pencacai tukang edar risalah seperti di Galas ini .

Kesian kepada ibubapa yang mengharapkan segulung ijazah daripada mengaji di U dan selepas itu boleh membantu keluarga, tetapi akhirnya dirosakkan otak mereka oleh PAS !!




* Nama sahaja mahasiswa yang cerdik pandai , tetapi senang dan mudah dikencingkan oleh PAS


16 Responses

  1. Cg Pian says:

    Menteri Pengajian Tinggi bertindak lah cepat, jangan biarkan pelajar jadi terpesong macam tu, rosak anak Melayu aja.

  2. Anonymous says:

    Pe yg rosak nyer mahasiswa2 ni??..pe yg kementerian tinggi perlu risau ialah masalah2 sosial yg teruk dikalangan mahasiswa..pergaulan bebas>seks bebas>buang bayi..kalau diorg bkempen utk umno confirm korg tak kecoh kan~

  3. seringgit says:

    bagi kena tindakan universiti, xpun gantung universiti, biar menangis menyesal...

  4. Huzaimi says:

    alahai...ape kurangnya kamu semua. bukan ke kamu juga budak suruhan umno? cakap xserupa bikin. xperlu nak tunjuk kebagusan kamu.

  5. Anonymous says:

    Statement yg x matang oleh penulis blog
    "Ini lah pelajar-pelajar yang yang tidak kenang budi , diambil olah kerajaan untuk mengaji di IPTA kerajaan , diberi biasiswa , ditanggung kos pengajian..bla..bla...blaa...."

    rakyat bagi duit(cukai) kpd kerajaan.memang tanggungjawab kerajaan la tu untuk membiayai kos pengajian rakyat. bukan najib atau khalid nordin yg keluarkan duit dari poket diorg untuk bagi kat pelajar sambung pengajian.kalo duit tu dari poket diorg,confirm aku undi Umno-BN sampai aku mati...tapi semua duit2 itu adalah dari rakyat yg membayar cukai.ko kena ingat,gaji najib,gaji muhyidin,dan duit rosmah mansor buat g shopping tu adalah dari duit rakyat yg membayar cukai.so,aku harap pak menteri ni jalankan lah tugas anda dgn sebaiknya..

  6. Anonymous says:

    melayu bengong!!!masalah so..sial byk lg...biar arr mahasiswa nk sokong mne2 pun..knape mahasiswa msti UrM-NO???

  7. Anonymous says:

    anon 9.53 am

    hang ingat cukai daripada rakyat itu cukup ka untuk menampung kos pembelanjaan kerajan ?? inilah otak karat puak2 PAS hasil ajaran pemimpin mereka ..

    Aku nak bgtau kalau tak kerana dasar kerajan BN yang membina 20 IPTA serta berpuluh lagi politeknik dan kolej komuniti di negara ini , pakai tak mengaji la ..itu pun kerajaan tanggung lagi subsidi kos pengajian ..kalau yg dpt biasiswa lagi free la ..

    cuba hang pi India tengok , ada ke kerajaan depa tanggung kos pengajian utk ambil doktor dan lawyer ?? hanya org kaya saja boleh mengaji tetapi di negara kita semua rakyat dr pelbagai lapisan boleh berlajar ..


    Jangan dok bangga sgt dengan cukai hang itu kalau tak kerana dasar kerajaan BN yg ingin memberi peluang kpd rakyat terutama org Melayu supaya berjaya selepas mendapat segulung ijazah .

    PAS apa depa buat sangat di Kelantan ?? ada ke subsidi oleh kerajan negeri untuk rakyat mereka mengaji ...silap2 dok kaut duit yuran lagi untuk keuntungan ..

  8. Zull says:

    Emm..

    pendapatan kerajaan datang dari mana yer. ada ker menteri2 pecah peluh pergi menoreh getah, ambil buah sawit dll, kemudian jual. hasilnya diberi pada rakyat??

  9. BN bukan kerajaan, tetapi dalam kerajaan ada kerajaan... kerajaan hak rakyat, BN hak ahli BN.
    Rakyat Malaysia dari parti apa sekalipun BERHAK ke atas apa sahaja daripada kerajaan Malaysia...

  10. Anonymous says:

    Masa mahasiswa ada lagi.. Belajar le dulu sampai peringkat Phd. Lepas tu barulah gelumang ngan politik... Ni gred CGPA pun cukup makan je...Lepas grad kata tak ade kejo.. Nak kece Orang Putih pun mace tertelan budu je. Dalam hall exam pula asyik meniru je.. menyampah aku.. Lepas tu dok mengetedarah duit Kerajaan,... dok jaja kata duit Hare... Munafik sungguh..

    Aku,..Dr. ** Pensyarah IPTA/IPTS..

  11. Anonymous says:

    pelajar tidak harus terlibat dalam politik yang keterlaluan.cubalah fahami dunia ini dulu dengan mata hati bukan ikut hati,ada kawan aku ni yang hari hari hasut aku sokong totok tapi belajar pulak alahai,pilu dan tilu,sayup yang terlampau.

  12. Anonymous says:

    mahsiswa dan juga mahasiswi tidak perelu terlibat dgn politik.masa masuk universiti untuk belajar tetapi bergelumiang dgn pembangkang kononya nak terang pasal bajet 2011 kepala hotak engkau kenapa pilih sekarang dAN DI GUA MUSANG PULAK TU.

    Membazir duit rakyat lepas tu dah keluar universiti dah tak mau bayar pinjaman duit rakyat..kalau kamu nak main politik berhenti saja dari universiti dan aktiflah dengan parti kencing rakyat atau parti islam sesat nik aziz tu..tuhan mencarutlah,macam-macam lagi PAS kata makan taik kamu semua pun makan pasal Anwar dah upah semua kerja tak betul . sekarang PAS dah jadi kuda tunggangan PKR dan DAP yang hendak mula musnahkan melayu secara terang-terangan di P.Pinang. hentikanlah kerja yang tak berfaedah dan tumpu kpd pelajaran..kalau kita tengok sekarang pelajar melayu yang keluar universiti banyak yang menggangor tetapi kaum lain keluar dengan bergaya dan senang dapat kerja.

  13. nik says:

    lagi elok diorang masuk politik dari masuk clubbing...apa punya turrrrrrr

  14. Anonymous says:

    sekurang-kurangnya budak2 tu cari pengalaman supaya tak jd dungu..ambk tahu hal ehwal semasa..duit hok buleh dr kerajaan utk budak2 tu ngaji pun duit rakyat jgk..jd x salah lah demo tu g berkhidmat utk rakyat d galas..ko ore galas bukan rakyat kerjaan?? mano tahu sbb bajet 2011 baru ni najib x bagi 10sen pun utk ore galas/kelate..pahtu minyak naik pulok..tak tahannya,najib buleh baiki rumah lg,pahtu anjur program Islamic Fesyen Festival rosmah, buwi ko permata 111 juta..Takpo,puok2 GAMIS..buatlah gapo pun..asalkan utk naik nama iSLAM..jgn naik harga barang supo BN..sbb duit hok demo guna tu duit mak bapak kito bayar cukai belako tu...harap ko kerajaan perabis pitih jah reti..pastu berhutang...

  15. Anonymous says:

    http://www.youtube.com/watch?v=Qv0QtoNmbGo

  16. Anonymous says:

    perlulah tengok keadaan, meperalatkan pelajr sebagi kader politik di kampus harus di bendung.
    x boleh salahkan pembangkang sahaja. pihak kerajaan juga berkempen di universiti. Lagi teruk guna kuasa melalui HEP...

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.