Mr Bean PAS pun takut Ku Li jadi calon PRK Galas

on Monday, October 4, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Menjelang PRK Galas yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini , beberapa pemimpin PAS terpaksa mengeluarkan kenyataan mengenai PRK Galas akibat daripada ketaq bila dengar nama Ku Li mengetuai jentera BN dan kemungkinan nama beliau dicalonkan calon BN . Sampai ada pemimpin PAS bernama Din Puduraya pun marah kepada Tan Sri Muhyiddin kerana lari dari tanggungjawab sbg Pengarah Jentera kerana kebiasaanya jawatan itu diketuai oleh TPM .

Syndrom Ku Li Phobia kini menghantui kem PAS di Galas walaupun di Kelantan mereka menguasai lebih 2/3 kerusi Dun dan ia sudah boleh dianggap kerajaan yang kuat. Terbaru Mr Bean Mahfuz PAS yang terkenal dengan lawak bodohnya begitu yakin Ku Li akan menolak tawaran keputusan Umno untuk meletakkan beliau sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil N45 Galas.

Selain itu ,seperti biasa Mr Bean juga terkenal dengan perangai kaki bodek dan pujianya sepertimana beliau pernah memuji dan mempertahankan Anwar. Beliau bukan main lagi puji Veteran Umno ini terkenal sebagai seorang berpegang teguh pada prinsip perjuangan menegakkan keyakinannya dalam banyak isu yang timbul khusus di Kelantan terutama royalti minyak.

Apa maksud sebenar Mr Bean puji Ku Li ?? Adakah Mr Bean dan PAS sudah takut dengan pengaruh Ku Li di Gua Musang ?

Yang syok tu Mr bean kaitkan pujian ini dengan isu royalti minyak Kelantan . Kita semua sedia maklum PAS Kelantan sudah failkan tuntutan kepada Petronas mengenai isu royalti minyak . Jadi , kot mana pun mereka terpaksa mengharapkan bantuan ehsan Ku Li yang lebih berpengalaman dalam isu royalti minyak ini . Rupa- rupanya hanya kerana isu royalti minyak , PAS takut sangat dengan Ku Li .


2 Responses

  1. Strategi PAS sekarang adalah mengelak dari bertembung dengan Ku Li di Galas. Kalu tak teruk PAS kecundang nanti....

  2. Anonymous says:

    Teman tahu kenapa Nik Aziz dan Pemimpin PAS lain takut sangat Ku Li jadi calon BN di DUN GALAS.

    1. PAS mempertaruhkan Ku Li untuk memperjuangkan royalti minyak.

    2. Pengaruh Ku Li di kawasan GALAS telah terlebih dahulu dimaklum oleh pemimpin2 PAS.
    Hampir semua pengundi2 di kawasan itu dikenali oleh Ku Li secara peribadi.

    3. Mereka tak boleh nak mengumpat, memfitnah, mencerca dan memaki hamun calon BN kalau Ku Li jadi calonnya kerana mereka berkehendakkan pertolongan Ku Li.

    4. Kekalahan di DUN Galas akan membawa memberi kesan yang amat buruk kepada perancangan Pakatan Pembangkang.

    Tetapi Ku Li bukan calang-calang politician. Sekilat ikan di air, dia dah tahu jantan betinanya.

    Jadi selepas ini jangan hairan dan tekejut Nik Aziz akan meminta pengikut2 PAS supaya mengadakan solat hajat memohon agar Ku Li tidak jadi calon BN di DUN GALAS.

    ahbiz

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps