Guan Eng mahu rampas tanah di Balik Pulau bina IPT Cina dari Singapura

on Thursday, October 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


PULAU PINANG 6 Okt. - Persoalan mengenai pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini yang timbul awal tahun ini semakin terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.

"Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

"Saya risau akan ada lebih banyak tanah terpaksa diambil untuk menyediakan kemudahan buat mereka," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen sumbangan pakaian terpakai untuk mangsa banjir di Pakistan di sini, hari ini.

Difahamkan, tanah di kedua-dua kawasan terlibat terdiri daripada kebun buahan-buahan yang mempunyai pemilik dan membabitkan kira-kira 10 buah rumah.

Menurut Syed Amerruddin, pihaknya tidak menentang hasrat kerajaan negeri mahu membina universiti di negeri ini tetapi perlu dilaksanakan di kawasan lebih sesuai seperti di Bukit Jambul atau Bayan Baru.

Justeru, beliau menggesa kerajaan negeri menimbang semula rancangan pembinaan universiti tersebut kerana kewujudannya nanti akan membawa lebih banyak kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk tempatan.

"Jika projek pembinaan universiti ini diteruskan, saya rasa dalam tempoh 10 tahun lagi, tiada lagi kawasan hijau dan perkampungan Melayu di Balik Pulau," ujarnya.

Tegas Syed Amerruddin, UMNO bahagian itu akan berusaha menghalang pembinaan IPT berkenaan demi kepentingan alam semula jadi dan kedudukan kampung-kampung Melayu di situ.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan, Aziaan Ariffin menjelaskan, pihaknya akan membantah usaha berkenaan meskipun kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan rancangan itu.

"Setakat ini apa yang kita tahu tanah di kawasan Pondok Upeh seluas 16 hektar di tahap akhir untuk diambil-alih dan kerajaan negeri telah membeli tanah-tanah tersebut dengan harga hanya RM8 bagi satu kaki persegi berbanding harga pasaran antara RM16 hingga RM40.

"Bagi kawasan Kampung Genting pula, minggu lalu kita telah mengadakan perbincangan singkat dengan kira-kira 29 orang pemilik tanah terlibat.

"Mereka tidak bersetuju dengan pengambilalihan itu dan berhasrat menghantar notis bantahan kepada kerajaan negeri," jelasnya


Komen PB

Isu ini sudah lama didedahkan oleh blogger Penang dan nampaknya pembinaaan sebuah universiti Nanyang yang berkiblatkan Singapura semakin menjadi kenyataan . Hasrat DAP mahu Pulau Pinang menuju Singapura ke 2 semakin menjadi kenyataan .

Balik Pulau yang merupakan sebuah daerah ala kampung seperti di Kedah kini bakal menjadi bandar Cina jika dibina universiti dari Singapura . Bukan hanya setakat staf IPT ini berada di Balik Pulau tetapi ribuan pelajar Cina juga akan tinggal di sana.

PB pernah menghantar pertanyaan ini melalui twitter kepada Yusmadi , tetapi beliau hanya menjawab perkara ini tidak benar. tetapi sekarang sah lah Universiti dari negara Lee Kuan Yew yang selalu menghina negara bakal menjadi kenyataan !!





6 Responses

  1. Anonymous says:

    Kerajaan pusat boleh menghalang sebarang IPTA dibina dinegara ini jika bertentangan dengan aspirasi negara. Kenapa orang Melayu P.Pinang nak biarkan Cina Singapor datang 'menaluki' atau menjajah sistem pendidikan negara?.Jangan biarkan LGE bermaharaja lela seperti Israel bermaharaja lela di Palestine. Khaled Nordin dan Najib kena buat sesuatu sebelum terlambat..........

  2. Dimana UMNO ,PAS, Umno Cawangan Penang, Ngo Melayu yang melaungkan akan mempertahankan orang melayu??? tak buat apa-apa ke ttg masalah ni. Jgn le cakap aje lebih nak lindungi hak2 orang melayu tapi x ada apa-apa pun dan sekarang inilah masanya utk mereka buktikannya dan buatlah sesuatu.Harap mereka turun padang dan lihat sendiri nasib orang melayu di penang sbb mereka perlukan bantuan. Orang melayu bukan bodoh, mereka akan lihat sapa yg boleh bantu mereka.

    Bersatulah utk membantu orang melayu tak kira parti, sbb kaum lain pun jika ada masalah mereka akan bersatu x kira parti utk memastikan hak mereka terselamat. Kenapa kita (org melayu) sanggup berpecah belah dan melihat shj bangsa kita ditindas tanpa buat apa-apa?

  3. Anonymous says:

    Biarkan..Biarkan..Biarkan

  4. Anonymous says:

    Biarkan.

    Anak Melayu Penang terlalu mundur di Penang. Dalam pemerintahan UMNO sealam 40tahun, tidak satu pemikmpin UMNO Penang yang tampil ke hadapan untuk menggalakkan pembelajaran bahasa mandarin pada Melayu Penang.

    Pada tahu 1990 keatas, salah satu sebab Melayu Penang ketinggalan kerana tiada penguasaan Bahasa Mandarin yang dimartabatkan oleh majikan2 Cina Penang terbukti dalam iklan2 mereka dan Gerakan memerintah Penang waktu itu.

    Melayu Penang di tipu UMNO.

    Biar lah University Nanyang di bina, biar kerajaan negeri mengacuankan Melayu untuk menjadi tri-lingual (BM BI Mandarin)dalam masa
    10-15 tahun dari sekarang.

  5. AnakBP says:

    Lesen kolej ada pada tangan Kementerian Pengajian Tinggi. Bukan UMNO tak halang puak cina ni, ni pun dok tahan lama dah. Kalau nak bagi kat cina, lama dah lepas, kondo pun boleh naik kat Balik Pulau. Dulu kita jadi kerajaan senang laa jaga, la ni kerajaan DAP punya, tanah depa kontrol. Apa boleh buat? Kerana kebodohan orang kita jugak.

    Hangpa cakap laa sedap-sedap UMNO sapu duit, tapi selama 50 tahun lepas laa adik-beradik, saudara-mara hangpa boleh hidup atas tanah lagi kat Balik Pulau, kat tanjung tu semua pakat dok atas langit dah, tu pun rumah PPR (maaf ya orang Tanjung, ni realiti). Tak payah laa nak tuduh UMNO tak bangunkan sosio-ekonomi Balik Pulau, kalau nak ambik tanah buat pembangunan kaw-kaw, melayu semua buat boleh kejar dak?

    Apa susah sangat nak bawak pembangunan kat Balik Pulau tu? Buat macam kerajaan DAP dok buat la ni saja, ambik tanah, bayar pampasan, dua bulan lagi, siap laa kondominium. Harga tanah naik, jangan harap laa melayu dapat beli rumah, pakat pi dok kat laut laa, ataupun Pulau Betong.

    Peluang belajar, peluang berniaga semua kerajaan BN bagi, habis tu, anak-anak melayu kita jugak yang suka banyak kerja kilang. Yang belajaq tinggi sikit macam Yusmadi tu, pi ikut buntut Anwar, tikam balik tangan yang membantu, jadi macamana kita nak buat?

    UMNO sajalah yang jahat, kita ni semua baik belaka, maksum macam Nik Aziz

  6. masa dah tak ada lagi bagi melayu pulau pinang , bangkitlah dan tentanglah habis2an niat jahat kumpulan ini... sedarlah wahai melayu pulau pinang.. kami sentiasa menyokong demi masa depat melayu yang makin terhakis waema dengan....sekalipun kami sanggup... ayuh ////

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps