Fakta disebalik kenaikan tarif air Pulau Pinang

on Saturday, October 9, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pembohong serta putarbelit semakin sinonim dengan nama Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng. Setiap isu yang timbul berkaitan dengan Setiausaha DAP ini, pasti berbaur pembohongan dan ayat-ayat mengelirukan rakyat seolah-olah ada agenda tersembunyi disebaliknya.

Sebelum ini saya telah mendedahkan tentang kisah disebalik kenaikan tarif air di P.Pinang yang dikatakan sebagai langkah penjimatan dan hukuman bagi rakyat P.Pinang yang suka membazir air.

Dan ini adalah lanjutan tentang artikel tersebut mengenai kemusykilan yang berlaku didalam Perbadanan Bekalan Air P.Pinang yang tidak diketahui umum.

Sebelum menaikkan tarif air di P.Pinang, Lim Guan Eng serta kerajaan DAP negeri ternyata menyembunyikan fakta sebenar kedudukan kewangan PBAPP. Penurunan keuntungan selama dua tahun berturut-turut yang dialami oleh PBAPP semenjak diambil alih oleh DAP dari Barisan Nasional, langsung tak didedahkan malah seboleh-bolehnya ditutup bagi mengelakkannya diketahui umum.

Kedudukan kewangan PBAPP bagi tahun 2008 dan 2009 telah menunjukkan bahawa keuntungan yang diperolehi oleh Perbadanan berkenaan merosot dengan teruk sejak DAP campurtangan didalam pengurusan PBAPP.

Namun, apa yang menghairankan ialah, tindakan Lim Guan Eng yang tetap menaikkan elaun yang diterima oleh Lembaga Pengarah PBAPP pada setiap tahun. Untuk pengetahuan semua, Lim Guan Eng sendiri ialah Pengerusi Lembaga Pengarah PBAPP.

Sebab itulah lakonan Ketua Menteri P.Pinang ini yang mahu rakyat berjimat dengan menaikkan tarif air merupakan satu pembohongan besar. Ini kerana, dia sendiri tak tahu berjimat dan boros menghabiskan wang PBAPP.

Jika dirujuk kepada laporan tahunan kewangan PBAPP, revenue Perbadanan Bekalan Air P.Pinang tidak selari dengan keuntungan bersih yang diperolehinya pada tahun 2008 dan 2009. Sedangkan, tahun 2007 dan sebelumnya, revenue PBAPP dan keuntungan bersihnya sentiasa stabil.

Dan saya telah katakan didalam artikel sebelum ini bahawa PBAPP sendiri telah mengatakan bahawa salah satu punca kemerosotan teruknya adalah dari beban perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh mereka.

Inikah yang Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang katakan sebagai pemerintahan Cekap, Adil dan Telus?

Ketidak cekapan serta kedungguan bekas akauntan DAP ini sedang menghukum rakyat negeri P.Pinang melalui PBAPP. Apakah ini yang Lim Guan Eng katakan sebagai gaya pemerintahan Khalifah Umar dengan “merompak” hak rakyat?


sumber : che wan mykmu


Komen PB

Lagi pembohongan Ketua Menteri kaki pembohong ini yang cuba menipu kepada rakyat Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air negeri . Syabas kepada Che Wan Mykmu yang mendedahkan fakta yang disembunyikan oleh Guan Eng untuk menghukum rakyat PP .






Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps