
Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat sebentar tadi menarik perhatian PB untuk sektor awam ialah Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha.
Beliau berkata bantuan khas kewangan tersebut diberikan bagi meringankan beban penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah, dengan pembayaran akan dibuat pada Disember ini.
"Bantuan kewangan ini akan diberi kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan," katanya.
Terima kasih kepada kerajaan BN yang mendengar luahan hati rakyat dengan memberi bantuan ini bagi meringankan beban mereka untuk membeli barang keperluan sekolah untuk anak2 untuk sesi 2011.
Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat-syarat membuat pinjaman perumahan, Najib berkata kerajaan akan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011.
Beliau berkata kerajaan juga akan membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik, selain menggandakan kadar pinjaman untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah kepada RM20,000 berbanding RM10,000 pada masa ini bagi Kumpulan Sokongan Dua.
"Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011," katanya.












Budget 2011: What a disappointment
sila baca di: www.suararakyatselangor.blogspot.com
Jangan nanti nak pau PETRONAS byk2 dah la...cukai dah bayar..duit untuk pusing balik modal nk besarkan bisnes pun kerajaan nk pau...nk tambah koleksi beg tangan dengan kasut yang turun harga kot.....