Tunjuk bukti , jika tidak UMNO Perak mahu heret Nizar ke mahkamah

on Sunday, September 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Umno Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

"Umno Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan Umno dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian," kata setiausaha badan perhubungan Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Beliau berkata sebuah akhbar Jumaat lepas melaporkan kenyataan pemimpin PAS itu yang menuduh Umno menukarkan wajahnya yang sedang menyembelih lembu kepada wajah Guan Eng.

"Secara jelas, Nizar yang juga bekas menteri besar Perak dan ADUN Pasir Panjang telah menamakan parti Umno sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak beretika itu," katanya dalam satu kenyataan.

Khusairi berkata perbuatan menunding jari kepada Umno dalam isu itu adalah sangat mengelirukan dan merupakan satu tuduhan yang berat terhadap sebuah parti politik berperlembagaan, berperaturan dan bermaruah.

Beliau berkata pembangkang nampaknya sudah ketandusan modal untuk mengheret Umno dalam polemik sehinggakan sanggup menuduh parti itu melakukan sesuatu tidak beretika yang lumrah dilakukan oleh "cyber-trooper" di dalam internet.

- Bernama



Komen PB

Haha ... Heret saja Nizar Boneka DAP ini ke mahkamah .. Menuduh UMNO tanpa bukti yang sahih patut diajar di mahkamah saja .


5 Responses

  1. Anonymous says:

    SELAMA INI DIA YG SELALU TURUN NAIK MAHKAMAH SEKARANG BIAR DIA PULA YG KENA JANGAN TUDUH TANPA BUKTI WAHAI NIZAR DAP KANG KALAH HABIS ELAUN WAKIL RAKYAT DAN GADAI RUMAH NAK BAYAR KAT UMNO BARU PADAN MUKA PARTI YG BERMARUAH TAK AKAN LAKUAN PERKARA YG JIJIK MACAM PAS BUAT KAT UMNO ADA UBI ADA BATAS KALAU TAHU SUDI JAWAB.

  2. Cencaluk says:

    Seret sahaja mereka ni ke Mahkamah Fintah dan menghina selalu sahaja menjadi makanan mereka tak kira bulan Ramadhan ke syawal ke apa ke? minta maaf tak buat fitnah berjela.

    Jangan diberi muka mereka semua ni kalau boleh saman sampai tinggal seluar dalam aja aku nak tengok ada ke DAP nak tolong dia kalau dah bangkrap nanti.

  3. agbr47 says:

    Jangan niza aje. B.A.B.I, pun heret sekali. B.A.B.I. pun menuduh perkara yang sama.

    Dah dia pasang banner ada gambar Sultan di tuduhnya UMNO. Sendiri buat, sendiri tuduh orang lain. Takde maruah...

    agbr47: Saja beri tajuk kepada blogger pembangkang supaya boleh buat fitnah.

  4. Anonymous says:

    salam..sya sarankan umno perak buat je laporan polis..pastu suh polis siasat org pertama yg kuarkan gmbr nie,dia dpt dari mana..dari situ..kita tahu...mane yg benar...

  5. Anonymous says:

    Si Nizar lembu ni memang gila....ape yang salah semua yang UMNO buat..yang PAS buat semua betul...Jenih gila talak..nie memang perangai cukup huduh....aku paling benci tengok muka dia nie...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps