Tarif air naik , Hadiah Raya kerajaan Pulau Pinang & Guan Eng

on Thursday, September 23, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Selepas balik dari Shanghai , Guan Eng nampaknya mendapat ilham dan terus melaksanakan satu persatu projek memperbodohkan rakyat PP . Terbaru , Kerajaan negeri Pulau Pinang dan PBA akan memperkenalkan surcaj pemuliharaan air (WCS) mulai 1 November tahun ini kononnya antara inisiatif usaha untuk mengelakkan pengguna membazir sumber air.

Bermakna kadar tarif air akan naik di PP di bawah kerajaan Amar Maaruf Nahi Mungkar selepas 2 tahun memerintah . Apakah Pulau Pinang telah mengalami kerugian sehingga sanggup membebankan rakyat dengan memaksa rakyat menanggung kos kenaikan surcaj air?

Ini lah konsep sebenar yang harus dicontohi sebagai sebuah kerajaan berkebajikan & berjiwa rakyat ala DAP . Akibat 30 % sahaja yang dikenalpasti menggunakan air berlebihan , Guan Eng menghukum seluruh rakyat PP dengan kenaikan tarif air ini . Kenapa tiada jalan alternatif untuk Pulau Pinang menyelesaikan masalah ini? Alasan untuk menjimatkan penggunaan air tidak boleh diterima kerana sebilangan kecil sahaja yang membazir .. Rakyat Pulau Pinang tidak bodoh sehingga sanggup membazirkan air.


Malah lebih menarik lagi, Guan Eng selaku Pengerusi PBA PP cuba menguatkan lagi alasannya dengan menunjukkan fakta bahawa pada 2009, sejumlah 395,388 pengguna domestik menikmati subsidi air dengan kos yang ditanggung PBAPP kira-kira RM41 juta. Adakah Guan Eng menaikkan kadar tarif air ini kerana mahu hapus subsidi air untuk rakyat PP yang sekarang ini ditanggung PBA ??

PB nak tanya mana perginya goblok penjilat2 tegar Pakatan yang dikatakan pejuangkan hak rakyat dalam isu kenaikan tarif air di PP ini ?? Mr Bean Mahfuz yang jadi kepala kempen saman ekor tak nak buat lagi ke di PP iaitu Kempen Anti Air naik ??? Kalau kerajaan pusat naikkan sikit tarif , puak-puak Pakatan ini lah yang dulu ke depan bercakap dan tuduh bermacam-macam . Sekarang Guan Eng naikkan tarif air di PP semuanya bisu malah ada yang puji lagi kononnya mendidik rakyat tidak membazir .


Jadi, syabas PB ucapkan kepada projek terbaru Guan Eng perbodohkan rakyat dengan alasan JiMAT AIR ini . Projek -projek kebajikan seperti inilah harus dilaksanakan selagi Pakatan memegang kuasa supaya senang untuk kaut duit rakyat .


4 Responses

  1. nalapambu says:

    Tarif air naik pun berapa sen sangat kena lebih belanja?

    Yang kerajaan BN naik kan petrol 5 sen senyap2 itu lebih membebankan rakyat.

    Apa tak bising dan buat komen besar besaran dalam blog ini?

    Otak udang punya blogger.

  2. Anonymous says:

    woi nalapambu ...

    hang pa kata kerajan pakatan berjiwa rakyat dan berkebajikan .. ini apa naik harga air ???

    masa BN naik harga minyak bukan main lagi marah sekarang Guan Eng naik harga air semua DIAM BISU ... otak lembu punya nalapambu ...

    dulu zaman BN tak kena naik air pun di PP tp mai pakatan haprak Guan Eng semua dia naik ..

    itu beza kerajan BN dan DAP perintah PP ...

    DAP penindas rakyat PP !!!

  3. Anonymous says:

    Bandingkan tarif air Negeri Pulau Pinang dengan Negeri-Negeri lain dulu baru boleh buat kesimpulan samada logik atau tidak kenaikan tersebut.

  4. Anonymous says:

    Memandangkan permintaan air meningkat dari masa ke semasa dan kekurangan sumber2 air, maka kita tidak dapat lari daripada peningkatan tarif air. Ini adalah bertujuan untuk mendidik para pengguna supaya belajar berjimat cermat mengguna air. Pada pandangan saya kenaikan kadar tarif air ini munasabah dan ia tidak membebankan pengguna. Tunggu bil air anda bulan Oktober atau November 2010 ini samada ia membebankan ataupun tidak. Bandingkan tarif air di Negeri Pulau Pinang dengan negeri2 lain di Semenanjung Malaysia adakah ia terlalu tinggi. Kita kena berfikiran rasional.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps