Singh Is King temberang puak PAS Pakatan boleh menang 40 kerusi DUN PP

on Tuesday, September 21, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pakatan Rakyat is confident of capturing all 40 state seats in Penang in the next general election. DAP national chairman Karpal Singh said the party had given its assurance to Pas and Parti Keadilan Rakyat in working together to win the state.

"Our challenge now is to ensure that we win all the seats and not allow a single one to be won by Barisan Nasional (BN)," he said in his speech at Pas' Hari Raya Aidilfitri open house here yesterday.



Lihat betapa over confident Singh Is King DAP Karpal Singh yang digeruni Wali Selipar dalam isu hudud yang yakin mampu merampas semua 40 kerusi DUN PP pada pilihanraya akan datang .

Tanpa meninggalkan langsung walaupun satu kerusi , Karpal Singh dengan angkuh sekali yakin DAP diketuai Ketua Menteri berlidah biawak mampu bolot semua kerusi DUN di PP termasuk 11 kerusi Dun dimenangi UMNO .

Mungkin cakap orang itu tua hanya untuk temberang penyokong2 PAS yang hadir ke rumah terbuka Aidilfitri PAS supaya mereka terus sokong DAP kerana PAS boleh menang nanti di kerusi DUN yang mereka bertanding . Sekarang ini PAS hanya menang 1 kerusi DUN sahaja di PP iaitu Permatang Pasir .

Karpal tahu DAP dan kerajaan negeri PP diketuai Guan Eng perlukan sokongan orang Melayu yang majoriti di seberang , jadi beliau perlu yakinkan orang Melayu liberal dalam PAS bahawa Pakatan boleh bolot bersih kerusi DUN PP termasuk kerusi majoriti Melayu dimenangani UMNO .

Tetapi sekarang ini situasi dan keadaannya telah berubah terutama orang Melayu di PP yang sekarang semakin meluat dan benci terhadap kerajaan negeri diktator dan zalim diketuai Ketua Menteri berlidah biawak ini . Banyak isu berkaitan umat Islam berlaku di PP sejak Pakatan memerintah negeri ini seperti roboh gerai2 Melayu , isu pembatalan perarakan Maulidul Rasul , nasib kampung2 Melayu , bazaar Ramadhan hinggalah sekarang terbaru isu duit RM 100 dari hasil judi .

Karpal jangan terlalu angkuh dan yakin sangat boleh membolot semua 40 kerusi DUN PP supaya Guan Eng boleh jadi diktator di PP dan boleh buat suka2 hati . Mereka dok berkira2 mahu rampas 11 kerusi DUN dimenangi UMNO tetapi silap-silap 2 kerusi yang sekarang diduduki Mansor dan Malik Itik akan terlepas . Orang PAS di akar umbi sendiri pun sekarang ini meluat kat karpal kerana kurang ajar sangat menentang kuat hukum hudud sehinggakan pemimpin PAS sekarang tidak boleh cakap lagi mengenai hudud.

Terbaru , dalam isu wang ehsan RM 100 dari hasil judi yang didedahkan oleh Pisau.net , orang Melayu terutama warga emas sudah semakin resah bila mendapat tahu duit itu dari hasil judi . ( mungkin judi haram ) . Sehingga hari ini Guan Eng dok memutar belit dan tidak berani menjawab desakan oleh Pemuda UMNO .

Jadi , kepada karpal jangan confident sangat bahawa DAP hebat dan tiada tandingan berkuasa di Pulau Pinang !! Orang Melayu di PP tunggu masa saja mahu menghumbankan DAP - PAS - PKR di PP terutama di DUN majoriti Melayu dalam PRU 13 ini .


p/s : " Anwar Ibrahim harus bertaubat " - Karpal


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps