Persoalan Pisau.net & Wang Ehsan hasil judi

on Wednesday, September 22, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Apabila balaci Guan Eng iaitu Pemuda Pakatan terdiri Ng Wei Aik , Amir Ghazali dan Yusni Md Piah pergi ke SKMM membuat laporan terhadap blog Pisau.net , ramai orang sudah boleh baca taktik basi mereka untuk menunjukkan mereka ini seperti orang tidak salah .

Rakan blogger Pisau.net hanya menimbulkan pertanyaaan & persoalan kepada kerajaan negeri supaya menjawab sumber dari mana wang yang digunakan oleh Kerajaan negeri DAP bagi membiayai sumbangan perhargaaan kepada warga emas. Tetapi bila puak2 chauvinis ini tidak menjawab , sebaliknya memutar belit dan menuduh munafik , jahil , ketandusan modal politik menunjukkan mereka tidak jawab persoalan yang ditimbulkan oleh pisau.net .

Bila wartawan tanya mereka , Guan Eng dan Ng Wei Aik cuma dok ulang ayat sama menyatakan sumber tersebut datang dari lebihan perbelanjaan kerajaan negeri hasil dari berjimat cermat.

Ok , kalau kerajaan negeri cakap duit jimat cermat tolong tunjuk mana buktinya ??? Mana dokumen dan akaun laporan kewangan yang mana mengesahkan kata-kata Lim GE dan Ng Wei Aik ini bahawa kerajaan negeri guna duit jimat cermat untuk sumbangan kepada warga emas ??
Kalau betul lebih duit hasil jimat cermat kerajaan , rakyat PP seperti PB pun mahu juga tengok hasil jimat cermat ini supaya memuaskan hati semua orang.

Guan Eng dan Ng Wei Aik setakat ini cuma cakap sahaja duit lebihan jimat cermat tanpa mengemukakan bukti bertulis pun . Ini yang menimbulkan keraguan dan persoalan dikalangan rakyat iaitu mengapa kerajaan negeri dok putar belit cakap dan tidak berani tunjuk bukti bahawa duit untuk warga emas ini datang dari sumber ini .

Kalau setakat cakap sapa pun cakap , orang sekarang nak fakta dan bukti . PB dan rakyat PP terutama umat Islam nak tahu dari mana sumber duit yang diberikan kepada warga emas ini . Jangan hanya dok melaung-laungkan slogan CAT sahaja tapi tidak aplikasikannya .

Jadi , kepada Ketua Menteri berlidah biawak ... Rakyat tak mahu dengar you cakap putar belit lagi .. JAWAB saja persoalan daripada pihak bertanya seperti Pisau.net dengan bukti lengkap .


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps