Pemilihan PKR ganas di Merbok ! tanda pepecahan parti itu semakin teruk

on Saturday, September 25, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Pemilihan PKR kali ini menunjukkan begitu banyak masalah yang berlaku dalam PKR . Sebelum ini mereka banyak menyembunyikan masalah dalaman mereka dan asyik menuduh UMNO dan BN sahaja mempunyai masalah parti. Setiap satu persatu masalah dalam PKR dapat kita lihat ketika pemilihan parti mereka berlangsung .

Terbaru di Cabang Merbok , adegan drama tamil nampaknya berlaku di sana apabila Exco kerajaan Kedah S Manikumar mendakwa mesyuarat cabang tahunan Merbok dicemari dengan aksi "ganas" apabila perwakilan cuba menyerang, mengugut dan menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Selambau telah membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda dekat Kuala Kedah berhubung perkara itu awal petang semalam.

Katanya, dalam mesyuarat di sebuah dewan di Bedong semalam, terdapat "unsur-unsur penyelewengan" dan berlaku kekecohan apabila pengawas pemilihan menghentikannya.

"Ini mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan (perwakilan) pemilihan di situ dan mereka bertindak ganas untuk menyerang saya, mengugut dan menggamburkan kata-kata kesat.

"Saya rasa keselamatan saya dan keluarga saya terancam," laporan polisnya itu dipetik.

Semalam, Malaysiakini melaporkan proses pemilihan PKR cabang Merbok dan Jerai - kedua-dua di Kedah - ditangguhkan ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan.

klik di sini selanjutnya


Lihat lah sendiri keadaan di dalam parti PKR yang memasang angan-angan besar mau tawan Putrajaya pada PRU 13 akan datang . Adakah parti yang mempunyai banyak masalah dalaman ini yang baru perintah di beberapa buah negeri selama 2 tahun hendak kita pilih untuk duduk di Putrajaya menerajui negara ??? Baru 2 tahun saja parti mereka mentadbir negeri , pemimpin2 mereka sudah jadi tamak dan gila jawatan dalam parti di peringkat cabang .

Ini lah masalah bila parti dijadikan seperti PARTI ANAK BERANAK !!


One Response

  1. Anonymous says:

    manikumar penipu paling besar !

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps