Nik Aziz tidak suka jadi bangsa Melayu

on Monday, September 20, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



PB pelik dengan sikap wali selipar yang tidak bangga dirinya menjadi bangsa Melayu . Adakah agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengajar kita membuang dan benci bangsa sendiri ?? Habis itu bangsa apa di dalam dunia ini wali selipar banggakan ??? Bangsa Yahudi ke ?? ... Bukankah bangsa Yahudi laknat ini cukup bangga dengan bangsanya dan merekalah paling hebat di muka bumi ini .

Mungkin beliau suka jadi bangsa Siam kerana negeri Kelantan berjiran dengan Thailand . Tetapi lihatlah sendiri nasib umat Islam di Selatan Thai dengan umat Islam di Malaysia yang majoritinya berbangsa Melayu .

Nampaknya wali salipar seperti tidak percaya kepada pengenalan bangsa dan mempertikaikan semua ini . Beliau hanya percaya kepada agama dan mahu dikenali sebagai seorang Muslim , bukannya berbangsa Melayu . Wali Selipar masih lagi dangkal dan keliru hingga tidak dapat membezakan perbezaan antara agama dan bangsa.

Tak sangka sudah lebih 20 tahun menjadi menteri besar baru sekarang beliau mendakwa dirinya tidak berbangga sebagai Melayu. Ini seharusnya menyedarkan orang Melayu Kelantan bahawa menteri besar mereka tidak bangga dengan dengan bangsa Melayu.


Patut lah ramai rakyat Kelatan miskin sehingga tinggal di dalam reban ayam tidak dipedulikan dek kerana MB nya tidak bangga dengan bangsa yang bernama Melayu . Kalau beginilah sikap sebenar Nik Aziz , patut lah beliau menolak perpaduan Melayu antara UMNO - PAS .


Ulasan daripada Ketua Pembangkang Kelantan ,

Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya menyebut tentang bangsa malah baginda berbangga sebagai bangsa Quraisy apabila menyebut 'ana Quraisy'.

"Baginda mengaku berbangsa Quraisy tetapi tidak bermakna baginda memperbesar-besarkan perkara itu, yang penting ialah Islam.

Tidak ada masalah dengan bangsa sebab itu dalam al-Quran, Allah berfirman manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa supaya dapat kenal-mengenal. Maknanya Allah jadikan bangsa, itu fakta.

"Saya tidak tahu apa maksud dia (Nik Abdul Aziz) kata tidak bangga dengan Melayu. Memanglah kita tidak setuju kalau bangsa itu dilebihkan tetapi tidak salah (menyebut bangsa) sebab Rasulullah sendiri kata 'ana Quraisy'


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Tahniah kepada Dato' Nik Aziz kerana terus istiqomah didalam memperjuangkan dan memartabatkan islam. Sebab sekiranya islam di

    martabatkan bukan saja orang melayu.. bangsa lain pun akan mendapat pembelaan seadilnya. Semoga semua kita mendapat taufik dan

    hidayah dari Allah...Amin

  2. akmy says:

    Demi kesetiaan kepada sahabat kafir harbinya, DAP, nik aziz sedia membuang apa sahaja. DAP tak suka melayu, maka nik aziz pun tak bangga jadi melayu. DAP menentang negara Islam dan hukum hudud, maka nik aziz pun kata "mana ada dalam perlembagaan PAS hendak menubuhkan negara Islam". Guan Eng arah supaya Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidul Rasul, nik aziz dengan bangga berkata "dah lebih 20 tahun Kelantan tidak mengadakan sambutan Maulidul Rasul kerana tidak ada apa-apa faedah pun". Kalau masjid, nik aziz bagi sedekah beberapa puluh ringgit saja tapi untuk watt siam, diberinya beberapa ribu ringgit. Apabila kristian hendak menggunakan kalimah Allah, nik aziz sendiri tercari-cari hujah bagi membolehkannya. Sepatutnya dalam soal besar akidah seperti itu, orang Islam haram menyokongnya seperti yang oleh Dr Harun Din, "boleh membawa kepada kekufuran". Semua ini berpunca dari perkataan nik aziz "jangankan dengan DAP, dengan syaitan pun dia sedia berpakat". Perkataan seperti ini tidak seharusnya keluar dari mulut orang-orang Islam, walau pun secara perbandingan atau kiasan, kerana sangat jelas dalam al-Quran mengatakan bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.

  3. di negeri UMNO perintah pun ramai yang miskin macam yang tinggal di reban ayam tu... contoh kedah.. selama 50 tahun lebih UMNO perintah... dan sebab tu juga yang rakyat kedah kalih utk pilih PAS perintah Kedah pada 2008.... sama juga di Selangor negeri maju tu.... penang pun selama ni Bn perintah.. tu yg Melayu terpinggir tu... DAP baru perintah penang 2 tahun lebih saja... tak banyak macam BN 50 tahun dah perintah Penang....

  4. Anonymous says:

    WALI SELIPAR NI TAHAP KETAKSUBAN DAN KEDANGKALAN BELIAU SUDAH TIADA TOLOK BANDINGNYA DI BUMI BUMI CIPTAAN ALLAH INI,....BEGITU JUGA DENGAN SELURUH PENGANUT PAS APA SAJA YG DIPERKATAKAN WALI SELIPAR SEMUANYA BENAR SEOLAH WAHYU......WALI SELIPAR BOLEH KATA DIA TIDAK BANGGA MENJADI MELAYU...KERANA HARTANYA SUDAH BERTIMBUN....PANGKATNYA SUDAH MAKSIMUN.....APA YANG DIA CARI SELAMA INI SUDAH DAPAT ...HARTA DAN KUASA....AGAMA PEDULI APA...ASALKAN AKU SENANG DAN KENYANG SUDAHLAH...RAKAYAT DAN BANGSA AKU PEDULI APA...YANG PENTING UMNO DAN BN HANCUR ITULAH PEMIKIRAN CETEK DAN TERAMAT DANGKAL LAHIR DARI PEMIMPIN CIPTAAN PAS......MUNGKIN NIK AZIZ NI BUKAN DARI KALANGAN MANUSIA SEBAB DIA TIADA BANGSA......MUNGKIN DIA SEANGKATAN DAN SEMULIA MALAIKAT...ATAU BELIAU..........DICIPTA DARI API........FIKIR-FIKIRLAH MAKHLUK PAS......

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps