Kisah benar sebab kenaikan tarif air oleh kerajaan Pulau Pinang

on Friday, September 24, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


PB semalam mendedahkan hadiah kenaikan tarif air oleh kerajaan DAP diketuai Guan Eng yang akan bermula 1 November ini kononnya antara inisiatif usaha untuk mengelakkan pengguna membazir sumber air .

Langkah yang diambil Guan Eng selaku Pengerusi PBA Pulau Pinang dianggap sebagai hukuman terhadap pengguna iaitu rakyat PP yang membazir penggunaan air . Yang menjadi mangsa tindakan kerajaan berkebajikan ini adalah keluarga yang mempunyai anak ramai , masjid dan surau serta peniaga2 yang mengunakkan air dengan kadar yang tinggi setiap bulan . Apa masalahnya kalau air ini tinggi kerana pengguna memang bayar setiap bulan untuk keperluan harian dan bukannya mereka dapat percuma .

Sebenarnya Ketua Menteri berlidah biawak sebenarnya berbohong kepada rakyat PP untuk mengenakan surcaj ini kononnya menggunakan alasan mendidik pengguna berjimat cermat pengunaanaan air . Beliau mengunakan alasan itu untuk menutup masalah kewangan di dalam PBA di mana beliau menjadi Pengerusi PBA PP .

credit untuk Pisau.net yang mendedahkan pembohongan guan eng ini ...


PBA dibawah kerajaan negeri ternyata gagal diurus dengan baik. Cekap ,Akauntabiliti dan Telus hanyalah retorik . Pada 2007 keuntungan dicatatkan berjumlah RM43.9 juta,ini satu peningkatan yang amat tinggi ketika pemerintahan dibawah kepimpinan BN.

Inilah bukti dibawah kerajaan BN pengurusan yang baik berjaya memperolehi keuntungan yang tinggi pada masa yang sama langsung tiada kenaikkan tarif air.


Pada 2008 sejak pemerintahan pakatan haprak PBA dipengerusikan oleh Guan Eng sendiri telah mencatatkan keuntungan yang menurun kepada RM31.3 juta. Pengurusan PBA dibawah akauntan buruk berlidah biawak ini bukan bertambah baik malah makin teruk apabila pada tahun 2009 keuntungan menurun lebih dari pada 50% kepada RM14.8 juta.




Inilah hadiah pakatan kepada rakyat Pulau Pinang. PBA satu syarikat milikan kerajaan negeri mengalami kerugian yang besar dibawah sistem CAT Guan Eng.Ini ternyata satu kegagalan dibawah urus tadbir yang benar benar tidak Cekap, Akauntibiliti yang lemah dan langsung tidak Telus.


Ini kisah benar disebalik kenaikan tarif air oleh kerajaan CAT Guan Eng ini . Ternyata sistem CAT Guan Eng telah gagal menguruskan syarikat milik kerajaan negeri dengan baik sehingga teruk mengalami kerugian . Walaupun alasan Guan Eng iaitu kos pembekalan air di Pulau Pinang telah meningkat 64 peratus , PB percaya rakyat PP tidak la begitu bodoh untuk percaya bulat - bulat alasan jimat cermat .

Tentu ramai yang musykil mengapa perlu tarif air dinaikkan kerana semua orang tahu PBA punya untung jutaan ringgit sejak dulu lagi di zaman kerajaan BN setiap tahun dan boleh beri bonus banyak kepada stafnya . Berdasarkan kepada penurunan keuntungan PBA sejak diambilalih oleh Guan Eng sejak memegang pengerusi , ini menunjukkan kegagalan akauntan berlidah biawak ini menguruskan dengan baik kewangan PBA dan untuk menutup isu ini beliau menghukum rakyat PP dengan kenaikan tarif air .


One Response

  1. Anonymous says:

    grrr..pas ni tadah air hujan ag bogs..

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps