Guan Eng tidak jawab , hanya cakap ini kerja MUNAFIK !!

on Monday, September 20, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Lim Guan Eng nampaknya semakin tertekan oleh pendedahan oleh bloggger dan juga cabaran daripada Pemuda UMNO yang mendesak beliau menjawab isu wang ehsan RM 100 daripada sumber judi . Terbaru di twitternya beliau menyifatkan dakwaan tersebut amat tidak bertanggung jawab serta tidak berasas manakala kenyataan dari Reezal Marican pula disifatkan oleh Ketua Menteri ini sebagai munafik.



Guan Eng jelas tidak berani menjawab desakan daripada Pemuda UMNO supaya mendedahkan dari mana Kerajaan Negeri DAP memperolehi sumber wang tersebut. Jika beginilah jawapan dari kerajaan negeri , dakwaan bloggers dan juga Pemuda UMNO bahawa wang ihsan tersebut memang dari hasil judi kini semakin kuat .

Dah panas pungkoq itu yang beliau tak berani jawab dan putar belit pulak menuduh orang MUNAFIK . Manakala seorang lagi pemimpin chauvinis DAP , Ng Wei Aik pulak cuba berbohong depan penyokong PAS kononnya kerajaan negeri berjaya menerajui Kerajaan Negeri pada Mac 2008 mengamalkan konsep berjimat cermat hingga berjaya membawa penjimatan dan wang hasil itu diberikan kepada warga emas.


Satu lagi drama pembohongan oleh orang kanan Ketua Menteri berlidah biawak ini untuk menipu rakyat PP . Seluruh negara telah mengetahui keadaan kewangan negeri yang mengalami DEFISIT sejak diambil alih oleh DAP pada 2008. Jadi mana datangnya lebihan kononnya hasil jimat cermat tersebut? Kerja nak bohong saja puak2 DAP ini , nak tutup pembohongan mereka dengan pembohongan juga ....

Pembohongan DAP diketuai Guan Eng dari hari ke hari sudah sampai ke pengetahuan rakyat dan tidak boleh dibendung lagi. Semua media termasuk arus perdana , blog ,facebook semuanya memaparkan berita ini . Selepas ini Guan Eng dan kerajaan negeri boleh lah cetak la lagi ratusan ribu risalah lagi mengenai isu duit wang ehsan RM 100 ini untuk jawab . Tulis besar2 Kerajaan PP banyak 5S , Sig Sigma dan cost saving hingga boleh ada lebihan duit untuk diberikan kepada warga emas .hahaha



One Response

  1. mana dia berani nak dedah. sebab dah memang sah dari hasil judi..cina dengan judi memang tak boleh pisah.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps