Guan Eng anjur Konsert Datuk Siti Nurhaliza , apa kata PAS ??

on Tuesday, September 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments





The Penang state government will hold a free Siti Nurhaliza concert in conjunction with Malaysia Day celebrations. Dato Siti Nurhaliza will perform at the Stadium Bandaraya Pulau Pinang on the night of 25th September 2010. This concert entitled “Menyambut Hari Malaysia Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” will be funded by the Penang state government and private sponsors. - LGE BLOG



Tu..dia kerajaan Khalifah Lim Guan Eng yang berteraskan amar maaruf nahi mungkar nak buat Konsert besar-besaran di Penang sempena Hari Malaysia pada 25 Sept ini . Bukan calang- calang artis yang depa jemput , kali ini tauke konsert iaitu Ketua Menteri berlidah biawak ini bakal membawa life Datuk Siti Nurhaliza ke negeri sosialis ini untuk menghiburkan rakyat PP terutama pak lebai kopiah putih PAS .

Apa motif Datuk CT Nurhaliza menerima tawaran konsert oleh kerajaan DAP yang terkenal dengan penindasan orang Melayu dan semangat anti Islam mereka iaitu sehingga hari ini menentang negara ini diisytihar negara Islam . PB difahamkan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K adalah merupakan ahli UMNO dan mengapa mereka ini sanggup bekerjasama dengan kerajaan sosialis DAP ini ??

Berapa agaknya Guan Eng bayar untuk konsert Siti Nurhaliza ini ?? Menurut sumber dari internet iaitu artis seperti Siti Nurhaliza jika dijemput saja menyanyi selama 1 jam sebanyak RM 70K !! klik di sini

Hebat kerajaan Khalifah LGE , di ketika beberapa kampung Melayu di sebelah pulau bakal lenyap bagi memberi laluan pembinaan rumah mewah jutaan ringgit , Guan Eng membazir duit memanggil artis untuk konsert free di Penang . Mungkin sponsor banyak kot yang disebabkan selepas hari raya ini , banyak projek2 rumah mewah di kampung2 Melayu bakal dilaksanakan oleh pemaju yang mendapat kelulusan kerajaan negeri .

PB cukup yakin melalui majlis Menyambut Hari Malaysia bersama Datuk Siti Nurhaliza , sebenarnya Guan Eng gunakan sebagai daya penarik untuk rakyat PP terutama orang Melayu . Di situ nanti di depan ribuan hadirin yang hadir , beliau akan ambil kesempatan gunakan majlis itu sebagai tempatnya berpolitik dengan mengangkat kebaikan dilakukan kerajaannya dan juga provoke untuk memburukkan kerajaan BN .

Nampaknya kini kerajaan Khalifah yang diagungkan PAS kini sedang menukar strategi untuk menarik sokongan rakyat dengan menggunakan pulak artis sebagai tarikan . Apa pulak kata PAS Pulau Pinang seperti Mujahid Yusof Rawa , Salleh Man dan Yusni Md Piah tentang konsert ini ???

Dulu Pemuda PAS menentang keras konsert I Dance yang dirancang oleh kerajaan negeri sehinggakan melakukan Demo di Masjid Kubang Semang dan Masjid Sg Nibong . PAS marah konsert ini kerana boleh memberi kesan pada golongan muda agar tidak menghampiri dadah, ketagihan alkohol , budaya lepak dan perkara-perkara membawa kemungkaran .


Pemuda PAS dulu bantah konsert I Dance , tetapi hari
ini membisu Guan Eng nak anjur konsert Ct Nurhaliza


Tetapi hari ini Guan Eng nak anjur konsert free yang sudah tentunya bercampur lelaki dan perempuan . Tak kan kerana sebab tauke konsert ini Khalifah kesayangan mereka dan juga artis Datuk Siti Nurhaliza yang pernah jumpa Tok Guru boleh dihalalkan konsert ini .


7 Responses

  1. hangkedee says:

    Jawapan standard Nabi......

  2. Anonymous says:

    pakatan rakyat bijak berpolitik. diorang 'menyerang' kelemahan org melayu iaitu:

    1) mudah percaya pada cina2 yang 'baik' dan 'mendekati' masjid/islam. terbukti dengan cina2 ni baca ayat al-quran, jadi khalifah...

    2) sifat dengki melayu. menanam kebencian pada pemimpin negara, polis, mahkamah, menyalahkan segalanya atas kerajaan atas kesusahan yang ditanggung sendiri. malas kerja, tak dpt kontrak, salahkan kerajaan.

    sukakan hiburan. terbukti dengan penganjuran konsert seperti ini, mmglah melayu suka sgt. sudahla sebelum ni disogokkan dgn AF, mentor dan sebagainya, ditambah pulak dgn konsert percuma. terbukti lah peribahasa melayu... hulur tangan kanan, tangan kiri ambil balik.

    hiburan untuk mu, kuasa untukku...

  3. Anonymous says:

    APA KATA PAS???? Boleh tak ada masaalah ... asalkan st sokong kita (PR) POk Nik kata tak haram... asalkan tutup kepala.. (jap tutup kejap buka)

  4. Anonymous says:

    Memang betullah apa yang September 7,2010 12.23 PM kata, tambah2 yang nombor satu tu...la ni depa tengah dok gelak kat bangsa Melayu Islam. Ye la, senang sangat2 kena tipu...

  5. Anonymous says:

    Menurt pegawai PDC yang juga ahli penaja konsert Siti, Namewee akan di jemput sama membuat persembahan sebelum Siti mulakan konsert beliau. LGE nak tunjukkan bahawa Namewee sebenar anak seni yang patriotik dan sebaris dengan Siti.

  6. Anonymous says:

    Pemimpin PAS hendaklah bertegas dalam hal ini dan tidak boleh bersikap berat sebelah.Konsert atau seumpama dengannya jika ditentang sebelum ini hendaklah sama juga ditentang tidak ada kompromi dalam hal ini.

  7. Anonymous says:

    sekutu...takdehal... nak buat party buih pun silakan, asal bukan kat klantan...

    bukan sekutu... apa pon tak boleh!, membazir, buang duit rakyat, nak penuhkan poket sendiri dan kroni, HARAM!!, prghhhh tak cukup sehari nak tulis....

    fikir2kanlah.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps