Gempar !! Kabel TNB Jambatan Pulau Pinang terbakar

on Saturday, September 11, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





Kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Km 2, Jambatan Pulau Pinang di sini terbakar menyebabkan kesesakan teruk di jambatan itu hari ini.Kebakaran kira-kira pukul 10 pagi itu menyebabkan pihak Penang Bridge Sdn Bhd menutup lorong kanan di kedua-dua arah, kata jurucakapnya ketika dihubungi.

Pengguna jambatan itu dinasihatkan agar berhati-hati. Sementara itu , Penang Port Sdn Bhd (PPSB) telah menambah perkhidmatan feri hari ini berikutan kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang akibat kebakaran kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah jambatan itu. PPSB memutuskan menambah sebuah lagi feri menjadikan enam feri beroperasi hari ini bagi mengurangkan kesesakan teruk di atas jambatan terbabit.


p/s : Macam-macam benda pelik berlaku di negeri Khalifah LGE sejak akhir2 ini.... Mana Guan Eng ?? pergi Shanghai holiday tak balik lagi ke ??


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Adakah ini kerana balasan kepada
    TNB yang bercadang nak saman
    seorang insan "BLOGGER"

    "blogenstarz"

  2. agbr47 says:

    Betul juga kata Namewee, TNB memang bermasallah. Tak tentu pasal UMNO akan di fitnah kerana segaja merosakkan tenaga elektik ke PP.

    Kena saman ke aku?

    agbr47: Sedikit demi sedikit belang mula terbuka.

  3. YUSSOF says:

    KEJADIAN SERUPA TAHUN 1995 YG SEBABKAN SEBAHAGIAN PULAU TERPUTUS BEKALAN SEMINGGU DAN KERUGIAN SEKTOR INDUSTRI BERBILION RINGGIT.SEPATUTNYA KEJADIAN INI TIDAK BOLEH BERULANG.NAMPAKNYA TNB TIDAK BELAJAR DARI MASA LAMPAU, KALAU KATNEGARA MAJU CONTOH JEPUN,US ATAU EROPAH CEO DAH KENA SEPAK.

  4. Anonymous says:

    wakakakakakakakakakka

  5. Anonymous says:

    Kerugian kelewatan untuk menaiki flight sebab tersangkut di jambatan Pulau Pinang nak tuntut dengan siapa? MAS dan Air Asia untung Berjuta-juta sebab ramai penumpang yang tanpa sengaja terlewat.... tiket pula kena beli baru.. harga tiket melambung naik ?

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps