..

..

Ustaz Zakaria mengaku berdoa , PAS & Malik patut malu

on Wednesday, August 25, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


PULAU PINANG 24 Ogos – Khatib Zakaria Ahmad yang dikaitkan dengan isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini mengakui cara dan tempat beliau berdoa itu silap.

Namun, beliau tetap mempertahankan tindakannya untuk berdoa bagi orang bukan Islam supaya diberi hidayah untuk memeluk Islam sebagai tidak salah dari segi agama, cuma pendekatannya sahaja yang tidak betul.

“Insya-Allah, saya mungkin tidak berdoa seperti ini lagi dalam khutbah Jumaat, saya akan berdoa di tempat lain dan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas memberikan penjelasan berhubung isu tersebut kepada barisan panel pihak berkuasa agama negeri selama kira-kira sejam setengah bermula pukul 3.20 petang di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Lebuh Pantai di sini.

Zakaria turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana telah memberikan panduan berhubung perkara itu kepadanya dan akan memastikan ia tidak berulang.

Beliau berpendapat, isu tersebut adalah kecil tetapi disebabkan perkara itu telah dipolitikkan oleh pihak tertentu, maka ia menjadi isu yang besar.

“Jadi saya akan saman mana-mana pihak termasuk media yang telah menjatuhkan maruah saya, seolah-olah saya ini jahil dalam Islam dan sebagainya.

“Perkara ini telah pun dirunding dengan peguam saya,” ujarnya.

Ditanya adakah beliau akan meminta maaf ke atas apa yang telah berlaku, beliau berkata, ia tidak seharusnya dipersoalkan.

“Tidak timbul soal meminta maaf sebab saya tidak bersalah kepada MAIPP kerana saya mempunyai tauliah,” ujarnya.

Pada masa sama, Zakaria memberitahu, pihak polis telah mengambil kenyataannya berhubung isu itu di rumahnya di Taiping, Perak sebelum sesi penjelasan di JHEAIPP hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria ketika ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Zakaria dan perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MAIPP tidak lama lagi.

Tambahnya, pihaknya juga tidak terfikir tentang tindakan yang akan diambil dan buat masa ini MAIPP sedang mencari jalan bagaimana hendak menjernihkan perkara tersebut.Ditanya adakah Zakaria meminta maaf pada sesi itu, beliau tidak menafikan.

“Saya boleh katakan sedemikian, suasana tadi adalah bermaaf-maafan dan berjalan dengan lancar dan baik,” katanya.



Akhirnya ustaz totok PAS mengaku juga tindakan beliau adalah salah membaca doa untuk orang bukan mukmin . Lihat lah sendiri kerana seorang ustaz totok PAS ini saja membuat onar di dalam masjid , satu negara bising kerana tidak puas hati PAS menggunakan masjid sebagai pentas politik.

PAS harus ingat apabila masjid cuba dijadikan pentas politik , tidak semua umat Islam yang hadir ke masjid itu untuk beribadat suka apa yang PAS lakukan itu semua . Mungkin bagi juak2 kopiah putih PAS setuju dan seronok ustaz mereka hantam kerajaan dan memuji Guan Eng tetapi sebenarnya ramai yang meluat tindakan ustaz PAS itu .

Itu yang menyebabkan ramai pihak menyatakan perbuatan ini boleh memecahbelahkan umat Islam . Diharapkan selepas ini PAS tidak lagi sewenang-wenangnya menggunakan masjid sebagai pentas politik .





6 Responses

  1. berbuih ler mulut mulut mereka yang memfitnah umno.

  2. hangkedee says:

    Abang dia mufti besar di negeri kafilah abdul aziz la.

  3. hahn says:

    Dia minat LGE dia punya pasal la. Itu hal peribadi dia. TApi dia sibuk doakan LGE tu tak boleh lah bukan semua orang sama minat dengan LGE.

    Nasib baik dia tak minat Doremon...

    Mau kutbah masuk Doremon

    Belajar tinggi pasal ugama lak tu (Pasal lain mungkin haram tak tau) boleh lak kata terima kasih kerana panduan dari MAIPP. Baru masuk Islam semalam ke?

    Itukah si bodoh yang layak di benarkan oleh MAIPP?

    Kalau dia cerdik sikit jauh sikit dari lepas sebut nama Agung tu boleh lah dia penuhi kehendak nafsu dia yang cintakan LGE. Ni buang langsung sebut Agung.

    Dah lah bos ko yang satu lagi tu N.Ajis bangang tengah 'kipas' sultan. Ko terajang Agung terus! Kerja berkumpulan pun ko tak boleh.

    Perompak pun jahat macam ko gak tapi kerja berkumpulan tip-top.

  4. Anonymous says:

    Hebat... baca respon terbaru nik nazmi isu hudud...

    http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=2230

  5. usin says:

    Alamak! aku silapla. Lepas ni khatib Zakaria Ahmad boleh gunakan gelaran Alamak Zakaria. Buang terus title ulamak. Amacam bro...

  6. ddinbunga says:

    salam, bro, 2 je sebab yg dibuat dik ustaz khawarij tergilakan LGE 1)nak bodek projek 2) dah dapat projek.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.