..

..

UMNO Pulau Pinang tidak Sedaq , tetapi seronok Tidoq ..

on Tuesday, August 10, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


ikuti kisah sebenar UMNO PP yang tidor ..........


Pisau perhatikan UMNO Pulau Pinang tidak bangun bangun sejak PRU12, dari perhubungan negeri hinggalah ke peringkat bahagian,apatah lagi ke peringkat cawangan.

UMNO Perhubungan Negeri Pulau Pinang sejak dari PRU12 makin lama makin nyenyak tidornya, cuma kadang kala kedengaran beberapa pemimpin mengigau dan berdengkor,yang terbangun sekejap ,itu pun sebab termimpi basah kemudian tidor balik.

UMNO negeri hingga sekarang tidak bergerak malah lebih banyak retoriknya daripada membuat kerja .

Buat Ds Najib, lihatlah mereka mereka yang berada di perhubungan negeri sebenarnya terlalu banyak berbohong dalam laporan mereka,kononnya KPI semua bahagian,graf dan statistik semua hebat hebat, Oh rakyat semua sokong Umno,1 Malaysia semua orang dah faham.

Tujuan mereka mereka ini berbohong kerana takutkan tidor mereka terganggu . Bayangkan kesemua sayap parti dari ketua pemuda negeri,puteri dan wanita kesemuanya tidor.

Ketua bahagian,hampir kesemuanya tidor,setiap kali ada demo atau tunjuk perasaan orang melayu Pulau Pinang,batang hidung pun tak nampak. Yang terbaru di KOMTAR,rata rata marhain pergi ke sana berikan sokongan.Mana perginya ketua bahagian,ketua pemuda & ketua puteri? cukupkah hanya sekadar tengok di TV?

Usah beretorik seperti Datok Musa kononnya memberi amaran kepada DAP "Jangan bermain Api" ceh pirraah! ,sebenarnya api tidak ada didalam UMNO Penang,semuanya aircond,sejuk macam cendol pekan BM, tidoq tak habis habis. Kalau betul sangat nak perjuangkan isu orang melayu kenapa tak turun, simpan la keris buat cungkil kumboh nyoq.

Yb Shabudin ketua bahagian paling sibuk didonia, tak pernah nampak batang hidung, sms atau call jangan harap dia nak jawap,jauh sekali nak bagi kerjasama. PM pun tak sesibuk macam dia.

Ketua ketua bahagian yang lain, buat program syok sendiri,buat ceramah depan penyokong sendiri yang semua orang tau comfirm akan pangkah BN.Buat apa?

YB YB UMNO,tak sedar diri yang depa ni dah jadi pembangkang,Pisau mengikuti setiap kali Sidang DUN berlangsung yang rajin bercakap YB Farid,YB Helmi dan YB Azhar,yang lain ada la cuit cuit ntah apa apa. Nak lawan dengan DAP & Guan Eng pun tercungap cungap ,cakap takdak substance macam tin kosong.

Terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan negeri pakatan,takkan tak reti pickup isu? pegawai khas yb yb ni makan gaji buta ka?

Pemuda UMNO negeri lembik barangkali KJ mahu melihat kesemua pemudanya lembik lembik,pilih kp negeri semua kaki yes bos. Tak reti buat kerja.Kalau dah tak competent tak boleh buat kerja,lantik lah yang baru yang betul betul mahu berjuang.

Buanglah Norman apa susah,dah susah sangat nak buat kerja pilih yang baru,Pemuda UMNO Penang dah jadi macam dalca.Kena pula ketua pemuda bahagian rata rata yang kuat tidoq,padanlah. Yang di Permatang Pauh lagi hebat,retorik lebih dari KJ,bukan KP Bahagian saja pakai baju askar,perwakilan pun pakai baju askar,Cikgu Zaidi,askar askar hang semua dah pasti ka ada teluq?Jangan nanti puak PKR Permatang Pauh gempak sikit pakat lari ramai ramai sudah.

Pemuda UMNO terutamanya,punyai kepimpinan yang lembik ibarat taukua sumbat,Pisau sifatkan bapok padang kota lagi gagah dari pemuda UMNO Penang.Mana perginya ketua ketua pemuda bahagian. Bapok bapok ini tidak layak menjadi ketua pemuda,bacul dan lebih gemar mengejar projek daripada membuat kerja.


Dah berapa ribu daftar pengundi yang UMNO dapat? Sebulan berapa kali ada ceramah? jangan buang masa dengan program yang tak boleh diterjemahkan kepada undi.

Orang UMNO Penang perasan depa ni kuat,tegur tak boleh,kalau tegur kata jahat,kalau tak tegur pakat lena ramai ramai.



Penerangan negeri di bawah Datuk Musa bersama Ramlan, orang yang nak buat kerja mohon bantuan jangan tendang macam bola,jangan buat macam orang mintak sedekah, orang nak berjuang bagi kerjasama la.Ingatlah UMNO dah nak mampuih sudah sudah la tidoq tu dok tunggu apa lagi.

Buat la ceramah setiap daerah seminggu sekali, takkan benda mudah macam tu pun tak boleh?Penerangan longlai nampak lembab sangat ,Datuk Musa jangan kasi malu sama mamu Penang tau.

Buat Datuk Helmi, takpayah lah perabih duit dan buang masa buat war room,nampak sangat retorik,banyak pembohong dari banyak buat kerja,depa yang kat bahagian tu tau buat kerja ka? tau ka pasal gerak saraf?propaganda?gerak kerja?risikan,profiling pengundi? semua tu kena ada, budak blogger tepi jalan pun 100 kali lebih hebat,yang jaga war room tu semua pembohong besar ,setakat pelekat peratusan pengundi dan graf warna warni itu bukan war room tuan.

Sudah berpuluh isu Pulau Pinang dibangkitkan dari blog Pisau dan rakan rakan blogger lain,langsung tak disambut oleh pemimpin UMNO. Rata rata orang UMNO buta politik,nak berhujah dengan pembangkang pun macam teluq separuh masak. Bila buat sesi penerangan isu politik pakat lari keluar hisap rokok.

Isu isu Penang blogger bangkitkan,takkan lah nak tunggu blogger suap pulak,tu dah melampau la.


Walau bagaimana pun,sekali lagi Pisau ucapkan tahniah kepada UMNO Negeri Pulau Pinang kerana mengikuti jejak langkah UMNO Selangor yang menganjurkan SSDE. Program santai UMNO Penang "JOM TIDOQ" mendapat sambutan yang amat hebat.

Kepada ahli UMNO Penang yang nak menyertai program "JOM TIDOQ " anjuran UMNO negeri,sila dapatkan borang sama ada di cawangan atau bahagian anda.Jangan lupa dapatkan bantal dan selimut toto percuma dari bahagian masing masing.

Buat mereka yang tak sertai "JOM TIDOQ", jom ikut Pisau lawan haprak sosialis berlidah biawak guan eng.

sumber : pisau.net


Komen PB

Inilah realiti sebenar UMNO PP yang sekarang ini Tidor !!!! Mereka tidak buat kerja seperti UMNO Selangor buat sekarang yang betul2 bertindak seperti pembangkang dengan siri ceramah SSDE . Jangan mimpi la nak menang pada PRU 13 semata-mata dengan program syok sendiri Juara Rakyat .


Malah ada satu bahagian itu majoritinya melayu , hanya boleh dapat 300 orang pengundi baru sejak dari bulan Januari 2010 tetapi program Juara Rakyat setiap bulan dibuat .... kerana yang tu poket masyuk . ...Tidur lah lagi .....

Ada banyak lagi akan didedahkan tentang program JOM TIDOQ ini ...


One Response

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.