..

..

RM 1000 Guan Eng untuk tutup penindasan dan kezaliman DAP

on Saturday, August 14, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Di dalam rakyat rasa kurang ‘good feeling’, pada tahun 2008 dulu pakatan Pas, Dap, PKR janji air percuma, duit RM100 untuk warga emas, RM100 untuk warga miskin, RM100 untuk anak baru lahir, RM100 untuk anak masuk tadika, hidup lebih selesa, kebajikanlah ringkasnya. Mereka janji negara berkebajikan, negeri berkebajikan.

Di dalam keresahan memikirkan ekonomi keluarga, siapa yang tak seronok dengar orang nak bagi duit? Rasanya mereka janji nak bagi tiap bulan, nak bagi kepada semua keluarga, nak bagi kepada semua yang mengundi.

Ramai yang memang resah dan kurang ‘good feeling’ atau juga marah, pilih PKR, Dap, Pas dan Bebas atau tidak keluar mengundi pada pilihan raya itu.

Selepas pilihan raya umum itu sampai sekarang, Pas, PKR, Dap pilih-pilih mana satu janji dia nak buat, pilih-pilih siapa dia nak bagi, sedap-sedap mereka bila nak bagi. Bagi sesekali saja, bagi orang miskin yang mereka pilih saja, ikut sedap mereka saja. Mana yang peringkat akar umbi parti mereka tak suka, memang tak dapatlah. Mengecewakan.

Kemajuan tak nampak apa pun. Cakap dalam surat khabar, internet macam-macam. Tiada apa pun kami rasa.Pemimpin mereka tambah senang, kereta baru, kereta mewah, kereta mahal, pakai baju kain mahal juga. Kereta RM300k-500K sebiji itu mampu tolong ramai rakyat miskin 5 tahun rasanya. Baju mereka RM300 sehelai, boleh beli barang dapur orang miskin dua tiga bulan.

Agaknya duit itu semua hasil pasir, balak, restoran, kegiatan dunia gelap, projek-projek baru mereka cipta.

Pada masa sama, sedikit demi sedikit penyisihan, diskirkiminasi dibuat. Gerai dirobohkan, peniaga kecil disekat berniaga, atas nama kemajuan dan perancangan bandar, mana-mana kelompok yang mereka fikir boleh dinyah akan dikekang daripada maju.

Yang miskin terbiar, yang berpendapatan rendah dan sederhana dimiskinkan.

Sekurang-kurangnya dulu kalau pembangunan dan perancangan bandar dibuat, peniaga, rakyat boleh bantah dan kemanusiaan selalu dapat tempat di hati wakil rakyat. Rakyat terbela. Kalau ada yang tercicir, dapat juga dibela kahirnya.

Kini Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng buat janji lagi, RM1,000 tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas kalau dapat perintah Malaysia. Kata dia senang saja sebab dia cuma perlu RM2.1 juta setahun daripada beribu bilion duit negara untuk rancangan dia itu.

Ringkasnya, bagi dia perintah negara.
RM1,000 itu perkara kecil, senang je nak buat. Tiada saman ekor, tiada senarai hitam.
Ringkasnya, dia nak kata ‘senang hidup dapat duit, buat salah takde saman, takde senarai hitam.”

Senang-senang kami janji manis RM1,000 untuk beli kami?
Macam mana yang bawah 60 tahun?

Kami berniaga gerai, warung, tapak pesta, pusat beli-belah. Dap inilah yang sedang sekat, halau, robohkan kedai kami. Apa nak kami suap apabila anak kami lapar? Raya apa namanya tahun ni apabila kami tak dapat berniaga?

Guang Eng, Kit Siang, Karpal, Tony Pua, Nga, Ngor, Ronnie Liu kami bukan buta!

Kami bukan sebodoh Anwar, Khalid ‘gagap, Khalid Samad, Hassan Ali, Nik Aziz, Hadi, Nizar yang akan terus diam atau lindung kejahatan Dap. Kami bukan tengok dan diam saja, kita beritahu kawan-kawan kami.

Kami bukan bodoh, pekak, tuli dan dayus, kami tidak akan undi kamu lagi.


Pak Ya
Balik Pulau, Pulau Pinang
( email kepada Media UMNO )


2 Responses

  1. Hidup Pak Ya!!!

    Jgn lagi kita benarkan Cina laknatullah itu berkuasa. Sekali pengajaran, kedua pengakhiran..

  2. Anonymous says:

    bagi Kaum lain mungkin mereka tiada masalah dengan tawaran LGE ni... Tapi Bagi Orang Melayu mereka perlu buka fikiran seluas - luasnya. dia menghidangkan gula2 beracun kepada orang melayu. Sedikit - demi sedikit mereka berusaha menghakiskan kuasa politik melayu. ingatlah DAP berusaha mengekalkan kuasa dengan menambah pengundi mereka yang dianggarkan 15000 orang demi mengekalkan kuasa di pulau pinang. Bagi pas dan pkr mereka tidak mampu berbuat apa2 untuk mengangkat bangsa melayu. hanya dari mulut -, tapi zahirnya hancur. Memainkan sentimen rakyat memang kerja pas dan pkr untuk mmecahbelahkan melayu yang akhirnya menyebabkan melayu berpecah berbeza dengan masyarakat cina yang boleh bernaung dibawah MCA tetapi hampir kesemuanya mengundi dap pada pilihanraya lalu. Tidor sebantal mimpi lain lain, pas mahu negara islam, hudud. dap kata langkah mayat aku dulu. pkr tengok saja sebab anwar nak jadi pm. tapi masih lagi boleh sekongkol dan dasar pas sudah tolak ketepi demi untuk berkuasa. mreka kata kerajaan bn zalim. mungkin mereka tidak nampak zalim nye pr di perak 11 bulan yang lalu, diselangor, di pulau pinang, kedah dan kelantan. hakikatnya melayu ditekan secara psikologi. kalu mereka duduk di putrajaya tak tahulah ape yang terjadi. Nauzubillah Hi Minzallik. Bagaimana agama islam boleh terus berkembang sekiranya majoriti pemimpinnya bukan beragama islam. Ingatlah Islam akan lebih menyinar dibawah kerajaan yang yang dipimpin oleh majoriti pemimpin melayu/islam tetapi akan terpinggir sebaliknya. janganlah kerana Lim Guan Eng mengatakan dirinya mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, nga kor ming dan gobalakrishnan membaca potongan ayat suci alquran, chan ming kai & chang lih kang memakai baju melayu, kita sebagai orang melayu menjadi tertarik dengan tindakan mereka. Tindakan mereka ini tidak lebih hanya sebagai umpan untuk menarik perhatian dan akhirnya menjerat orang melayu sahaja. Bukalah mata wahai masyarakat pengundi melayu.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.