..

..

Restu Anwar & Guan Eng : peniaga Melayu Bazar Ramadan dihalau dari Komtar

on Monday, August 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, langkah itu diambil selepas beliau menerima maklum balas daripada peniaga-peniaga Melayu yang tertekan dan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri.

“Kami akan berkumpul esok, dimulakan dengan sidang akhbar pukul 10 pagi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang menghalang peniaga Bazar Ramadan beroperasi di Komtar.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia telah wujud setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Menurut Mohamed Ghani, beliau akan bertemu Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman esok bagi mendapat penjelasan sebenar mengenai keputusan PDC tersebut sekali gus membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Hanya dia (Mansor) harapan untuk membantu kami kerana dia ialah pemimpin Melayu tertinggi dalam kerajaan negeri.

“Kalau dia juga tidak dapat membantu, memang dia juga bersekongkol dengan DAP menindas orang Melayu,” tegasnya.

Link

Guan Eng tidak adil kpd peniaga Melayu

Pemimpin pembangkang melayu ikut telunjuk DAP

Komen PB

Lagi kezaliman dan penindasan kerajaan Guan Eng terhadap peniaga Melayu !! Ini lah padahnya yang orang Melayu di PP harus terima apabila memilih kerajaan yang mengamalkan perkauman kuat dan berfikiran chauvinis . Mereka mengamalkan banyak dasar pilih kasih dan bangsa Melayu terutamannya didiskriminasikan secara terang-terang sehinggakan mahu berniaga Bazar Ramadan setahun sekali pun dihalang melalui arahan Guan Eng .

Di negeri2 lain , peniaga2 Melayu di sana begitu seronok mencari pendapatan lebih menjelang a Bazar Ramadan di bulan yang mulia ini, tetapi nasih peniaga Melayu di PP dibunuh terus oleh kerajaan Pakatan diterajui Guan Eng lidah biawak . Anwar yang sehari suntuk berada di PP kelmarin jelas tidak membela nasib orang Melayu negerinya sebalik menyokong apa juga tindakan Guan Eng.

30 Dasar kerajaan berjiwa rakyat yang diedarkan dalam pamplet jelas merupakan satu pembohongan dan retorik , sebaliknya kerajaan Pakatan jelas zalim dan menindas rakyat terutama Melayu Pulau Pinang .



Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.