..

..

Rakyat cabar MPPP roboh kediaman rasmi CM , bina rumah PPR

on Monday, August 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

rumah banglo mewah sewa yang didiami Guan Eng

kediaman rasmi CM PP Seri Teratai yang sudah lebih setahun
ditinggalkan tiada penghuni



Sudah setahun Guan Eng menjadikan kediaman rasmi Ketua Menteri " Seri Teratai " yang berasal dari senibina kolonial seperti rumah hantu yang tidak ada penghuni . Sebaliknya , Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke banglo mewah di Jalan Pinhon dengan alasan rumah rasmi itu mempunyai banyak semut api, anai- anai dan musang.


Isu rumah banglo mewah Guan Eng ini ditimbulkan oleh Pemuda Gerakan dulu nampaknya ibarat seperti anjing menyalak bukit sahaja. Guan Eng tidak mengendahkannya sebaliknya terus bersandiwara memperbodohkan rakyat PP bahawa kerajaannya sentiasa mengamalkan budaya jimat cermat dan mengelakkan pembaziran .

Selepas setahun , rakyat PP hari ini menerusi NGO , Persatuan Kebajikan Insan Mulia ( PKIM) mendesak MPPP merobohkan kediaman rasmi Seri Teratai dan dibinanya rumah PPR untuk rakyat PP di tapak berkenaan . Pihak NGO ini mendesak jika Guan Eng tidak mahu lagi menduduki kediaman rasmi itu , lebih baik dibinanya rumah PPR kepada rakyat PP kerana tanah berkenaan adalah milik kerajaan negeri . Satu memorandum kepada MPPP juga akan dihantar bagi mendesak kediaman rasmi tanpa penghuni itu dirobohkan .

Syabas rakyat marhaen Pulau Pinang !! Gunakan hak kita sebagai rakyat ... Jika Guan Eng boleh arahkan MPPP merobohkan gerai-gerai Melayu dan memberhentikan projek rumah kos rendah dibina PERDA untuk rakyat , mengapa kita tidak boleh desak MPPP pulak merobohkan rumah kediaman ketua menteri yang dibiarkan kosong di tanah kerajaan negeri .

Kepada MPPP , cukup rugi kepada kerajaan negeri jika kediaman rasmi Ketua Menteri ini dibiarkan kosong tidak berpenghuni tidak mendatangkan hasil . Sebaliknya Guan Eng yang menyewa di banglo mewah yang diubahsuai ratusan ribu menggunakan duit rakyat seronok tinggal di sana dengan setiap bulan duit sewa dibayar kerajaan negeri . Lebih baik dirobohkan saja kediaman itu dan dibina rumah PPR untuk kemudahan rakyat PP memiliki rumah kediaman yang selesa.









Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.