..

..

Khalid Samad hina umat Islam - PPIM

on Saturday, August 14, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



KUALA LUMPUR 13 Ogos – `Tahniah buat Khalid’ itulah ucapan dari Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Othman kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menawarkan kawasan baru di Pelabuhan Klang, Selangor kepada pemilik kilang pengeluar minuman keras, Carlsberg memperbesarkan perusahaan mereka.

Dr Ma’amor berkata, beliau kesal dengan kenyataan Khalid yang juga Timbalan Pesuruhanjaya Pas Selangor kerana apa yang dinyatakan itu suatu penghinaan kepada umat Islam dan orang Melayu di negara.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada Khalid kerana sebagai seorang Melayu yang beragama Islam mempelawa Carlsberg untuk memperbesarkan perniagaannya menawarkan kawasan baru yang lebih luas.

“Jarang anak Melayu yang menawarkan tanah kepada syarikat minuman keras, ini suatu pembaharuan yang dibuat oleh Pas yang sanggup mempertaruhkan kesucian agama untuk mendapat sokongan terutama di kalangan orang bukan Islam,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Khalid baru-baru ini.

Pada Jumaat lalu, Khalid di dalam tulisannya bertajuk ‘Lawatan Kerja Ke Kilang Carlsberg’, antara lain mengisahkan, “Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan.”

Kenyataan Khalid berhubung tawaran itu menimbulkan kesangsian dan telah mengenepikan perjuangan Pas yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam di negara ini. Malah tindak-tanduk yang dilakukan oleh pemimpin Pas sejak kebelakangan ini menunjukkan mereka cuba menarik sokongan di kalangan pengundi bukan Melayu.

Dr Ma`amor berkata, sepatutnya Khalid mencari penyelesaian bagaimana untuk menanggani masalah pekerja Islam yang bekerja di kilang berkenaan bukannya menawarkan jawasan untuk meluaskan perniagaan.

“Apa yang patut dilakukan oleh Khalid mencari jalan bantu nasib pekerja Islam, cari jalan bagaimana hendak bantu mereka dan kalau boleh carikan kerja baru.

“Ini lain pula yanga berlaku, kenyaataan Khalid itu lebih untuk mendapatkan publisiti, cuba dapatkan sokongan dari orang bukan Islam untuk buktikan Pas bukanlah parti sahaja parti untuk sesuatu kaum tapi untuk semua. Pas sekarang dah berubah hanya kerana kepentingan survival politik,” katanya. -MediaUMNO

Share|


3 Responses

  1. Father Gonjol Kalid Samad akan membuat transformasi terhebat abad ini dengan menukarkan Shah Alam kepada St. Alam... Tahniah PAS... membangun bersama Islam...

  2. Salam Perjuangan,

    TAHNIAH, kerana perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran mengenai kepincangan Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi mendapat maklum balas positif dari kalangan pengunjung. Kami juga begitu teruja membaca artikel2 yang disampaikan di dalam blog anda.

    Untuk pengetahuan saudara, blog kami yang dahulunya diberi nama UNIT MEDIA WANGSA MAJU telah dibubarkan dan kini telah melakukan beberapa penjenamaan semula. Kami telah membuat keputusan untuk menukar blog kami kepada GELOMBANG WANGSA MAJU.

    Nama GELOMBANG WANGSA MAJU ditubuhkan atas permintaan beberapa pengunjung setia yang mahu blog kami dikekalkan di samping semangat perjuangan kami untuk meneruskan agenda menidakkan Anwar Al Juburi serta barisan keparat beliau.

    GELOMBANG WANGSA MAJU akan menjadi lebih kritis dan terus mengkritik pihak pembangkang secara konsisten. Pihak pemerintah juga tidak akan terkecuali dari kritikan dan teguran blog ini. Tidak ada satu pun parti politik yang akan terlepas pandang.

    Wadah perjuangan blog ini akan menjadi lebih universal dan bebas sekalipun masih tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.

    KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.

    Oleh itu, Kami berharap agar anda dapat MENUKAR NAMA BLOG KAMI DARI UNIT MEDIA WANGSA MAJU kepada GELOMBANG WANGSA MAJU di dalam list blog anda agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dari pihak anda mahupun sahabat2 kita yang lain..


    SEKIAN,

    UMNO Didahulukan...
    BN Diutamakan...

  3. Anonymous says:

    yes.......muka seorang ahli pas, yang konon berjuang bersama Islam....

    Islam versi DAP!

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.